OY 18

4.2K 159 17
                                    

Khai P. O. V

Aku berlari menghampiri Elly dan Lia. Mereka berdua sama termengah seperti aku.

"Jumpa tak?"

"Nope!" Lia membalas sekali dengan gelengan kepala. Aku mengeluh berat. Peluh sudah membasahi dahi  berserta tampalan luka pada kening aku.

Aku meliarkan pandangan kearah suasana tasik yang tidak ramai orang. Masih awal untuk beriadah.

"Awak dah cuba tanya classmate yang lain. Mana tau diorang ada dengan Kila?" Tanya Elly.

Aku menepuk dahi.

"Ya juga, kenapa aku tak terfikir benda tu." Pantas aku mengeluarkan telefon daripada poket seluar. Seorang demi seorang aku telefon, bertanyakan tentang Syakila.

"Oh yeke. Takpalah, thanks. Sorry ganggu." Balas aku lalu menutup telefon. Lia dan Elly setia menunggu disisi aku. Aku menggeleng membalas pandangan mereka berdua.

Buntu! Sungguh aku buntu sekarang.

'Mana awak pergi ni Syakila?' Bisik hati aku, resah. Aku bercekak pinggang menghadap tasik universiti. Masih berfikir tempat yang berkemungkinan untuk Syakila pergi.

Lia menepuk bahu aku perlahan.

"Beb! Aku kena gerak sekarang. Aku ada discussion group setengah jam lagi. Sorry aku tak dapat nak tolong kau cari Kila sekarang. Habis discussion aku sambung tolong kau cari dia."

"Sokay, kau baliklah dulu. Aku boleh cari sendiri. Thanks sebab tolong."

Lia tersenyum membalas.

"Anything, call aku." Pesan Lia sebelum bergerak meninggalkan aku dengan Elly. Aku menghantar dengan pandangan sahaja.

"Khai!" Panggil Elly. Aku mengalihkan pandangan kearah Elly pula.

"Apa kata saya cari Kila di bilik. Mana tau dia dah balik bilik." Cadang Elly.

"Mungkin juga. Pegilah. Kalau dia dah ada dekat bilik, inform saya tau." Ujar aku mengingatkan. Elly membuat isyarat tangan tanda okay.

Aku kembali memandang tasik sambil mata aku melilau melihat tubuh-tubuh manusia yang semakin ramai.

"Dekat mana lagi yang aku tak cari?" Aku memandang bangunan didalam kawasan universiti ini satu persatu. Mata aku terhenti di satu kawasan.

"Ya!  Tangki air!" Tanpa lengah, aku berlari meninggalkan kawasan tasik.

*********

Aku terduduk ditangga melepaskan lelah. Macam nak pitam aku rasa sekarang. Apa tidaknya, daripada tasik hendak ke tangki air ni aku berlari sepanjang perjalanan. Ada lebih kurang 3 kilometer juga jaraknya.

Tambah lagi aku perlu memanjat tangga sebelum sampai ke tangki besar yang diletakkan setinggi 30 meter bagi menampung sejumlah air untuk beberapa kawasan didalam universiti ini.

Tak pernah aku berlari jarak sejauh ini. Demi Syakila aku sanggup. Bodohkah aku?

Perlahan-lahan aku bangun dan bergerak kearah seseorang yang aku pasti dia tidak menyedari kehadiran aku. Nafas aku masih berat dan tidak teratur sepenuhnya. Peluh jangan katalah, dah boleh perah agaknya peluh dekat baju aku sekarang ni.

"Sya... "Panggil aku perlahan.

Dia nampak tersentak sedikit, pantas berpaling menghadap aku. Riak wajah dia nyata terkejut.

"Ma.. Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Soal Syakila, sedikit gagap. Aku menjongket bahu.

"Awak buat apa dekat sini sebenarnya? Awak tahu tak Elly tu tengah risaukan awak. Kalau ye pun nak keluar, jangan lah tinggalkan telefon! " Suara aku sedikit meninggi.

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now