Khai P. O. V
"Eh, Khai? Tak pergi kelas ke?" Tegur Elly.
Aku sibuk bermain-main dengan telefon pintar milikku diatas motor sewaktu Elly, roommate Syakila menegur aku. Seperti kebiasaannya, aku akan menunggu Syakila untuk sama-sama menaiki motor ke kelas.
"Tengah tunggu Kila lah ni, lambat pula dia hari ni. Dia dah siap ke, Elly?" Jawab aku pantas.
"Eh, dia dari tadi dah keluar lah. Dekat sejam juga dia dah keluar. Ingatkan Kila pergi dengan awak."
"Hah!? Dia tak bagitau saya pun?"
Cepat-cepat aku membuka aplikasi whatsapp, takut-takut sekiranya aku tidak terbaca mesej daripada Syakila. Dahi aku berkerut.
'Takde pun? Peliknya.'
Last mesej kami adalah pagi semalam, sebelum Syakila pergi berjumpa dengan Hisyam. Malamnya pula aku tidak menghantar apa-apa mesej selepas kejadian di balai polis tu. Aku tau dia penat, jadi untuk tak mengganggu aku ambil keputusan untuk tidak berchat seperti biasa.
"Ohhh... Saya lupa, dis ada cakap dengan saya semalam. Macam manalah boleh tak ingat?" Ucap aku sambil tergelak. Gelak palsu.
"Ni awak nak pergi kelas ke?"
"Ha'ah."
"Marilah saya hantarkan." Pelawa aku.
"Tak perlulah, laluan fakulti kita beza kot. Menyusahkan awak je nanti. Tak apa, saya naik bas je." Tolak Elly.
"Kalau macam tu awak kata, tak apa lah. Hati-hati ye. Saya pergi dulu." Pamit aku sebelum menghidupkan semula motor, dan berlalu pergi.
*****
"Sya!" Panggil aku dari jauh.
Tetapi dia sedikit pun tidak berpaling pada aku. Menonong sahaja dia berjalan tanpa mengendahkan panggilan aku.
"Apa kena dia ni?"
Aku berlari untuk mengejar langkah Syakila yang semakin menjauh.
"Sya!" Aku genggam pergelangan tangannya. Panas!
Syakila berpaling menghadap aku. Wajahnya pucat dan tidak berseri seperti selalu.
"Awak okey tak? " Tanya aku risau. Aku melekapkan tangan aku pada dahinya. Panas juga.
"Awak demam ni, buat apa datang kelas."
"Kita kan ada test hari ni." Balas Syakila lalu melepaskan genggaman tangan aku pada lengannya, dan berlalu pergi.
Aku mengejar langkahnya dan sekali lagi menarik lengan Syakila.
"Kita pergi klinik, saya hantarkan." Ucap aku.
"Tak payah lah, tadi saya dah makan ubat. Kejap lagi kebah lah tu." Mendatar sahaja dia membalas. Aku terdiam.
"Awak masih marahkan saya ke? Sebab semalam?"
Diam.
"Saya nak masuk kelas, kelas dah nak mula. " Dalih Syakila dan terus meninggalkan aku dengan persoalan aku tadi.
*****
"Time's up. Hantar kertas jawapan sekarang." Arah Prof. Zulaika, pensyarah business kami. Seorang demi seorang berdiri menghantar kertas jawapan kepada Prof. Zulaika.
Aku berjalan melepasi meja Syakila yang duduk selang lima meja dihadapan aku. Dia tertunduk sambil memandang telefon bimbit miliknya. Sempat aku mencuri pandang.
'My Love'
Hmmm... Dia tengah tunggu chat dari Hisyam rupa-rupanya.
"Okay, awak semua dah boleh balik. Syakila, tunggu kejap. Saya nak jumpa awak." Yang lain terus memandang Sya
Perlahan-lahan mereka berlalu meninggalkan kelas termasuk aku. Aku sempat mengerling kearah Syakila sekilas sebelum aku menutup pintu kelas.
Baru beberapa langkah aku, telefon bimbit aku bergetar. Menandakan ada mesej masuk. Aku buka mesej tersebut.
Terbuntang mata aku melihat isi kandungan yang dihantar. Bahlul mana pula yang hantar benda ni dalam group kelas.
'Video panas!'
Entah kenapa, aku pun ikut gatal tangan pergi tekan download video tu. Dan bila sahaja video tersebut habis di download.
Sungguh! Memang video panas. Tapi yang lebih memanaskan hati aku kerana video tersebut merupakan video Syakila. Wajah Syakila yang merayu dan meraung didalam video itu menghiris hati aku.
Tangan aku bergegar menahan marah. Tidak habis aku menonton, aku terus tutup dan delete video tersebut. Lupa hendak melihat siapa yang menghantarkan mesej tersebut.
"Sial! Siapa yang buat benda ni?" Aku menghentak penghadang besi tempat aku bersandar.
Tidak lama selepas itu, aku terdengar gelak tawa lelaki tidak jauh daripada aku. Aku menjeling. Faisal and the gang!
"Pergh!!! Sedap siak. Kalo aku dapat dia ni." Ucap Wan. Panas telinga aku mendengar.
"Stim doe aku. Ni budak kelas kita kan." Tambah Muaz pula.
"Aish! Melepas aku nak rasa dulu. Rupanya dah kena tebuk. Tapi tak apakah, yang dah kena tebuk ni yang senang dapat selalunya." Balas Faisal, diiringi gelak tawa rakan-rakannya.
"Jangan lupa share-share dengan kami pula." Mereka sambung bergelak ketawa.
Hati aku menggelegak marah. Aku mendekati mereka dan terus merampas telefon bimbit yang dipegang. Tanpa berfikir panjang aku menghempaskan telefon tersebut ke dinding sehingga berderai. Tidak cukup dengan itu, aku memijak-mijak nya sehingga lunyai.
"Sial! Telefon aku mahal sial." Wan menolak tubuh aku. Aku cuma menjeling tajam.
"Kau nak mati ke?" Tolak Faisal pula.
"Dah puas hidup?" Tambah Faisal.
"Korang tu yang nak mati!" Teriak aku kuat.
"Memang Sial lah pengkid ni." tanpa sempat aku mengelak, sedas tumbukan mengena perut aku. Aku tertunduk menahan senak.
"Kau dah puas hidup kan!" Sekali lagi aku, perut aku ditumbuk. Kali ini ditambah pula dengan tumbukan pada pipi aku. Aku terus tersandar pada dinding.
Tidak melepaskan peluang, bertubi-tubi Faisal dan ahli kumpulan nya membelasah aku. Aku tidak sempat berbuat apa-apa, hanya mampu menghadang wajah aku dari ditumbuk.
"Woi! Woi!" Kelibat polis bantuan berlari dapat aku lihat dalam kesamaran mata aku yang hampir tertutup. Kelam kabut Faisal and the gang lari meninggalkan aku yang terbaring lemah dengan darah keluar pada mulut aku.
Aku tersenyum lemah, sebelum perlahan-lahan aku menutup mata. Bunyi-bunyi bising di sekeliling aku lama-kelamaan semakin menghilang ditelan kegelapan.
YOU ARE READING
Only you, my love! (GxG)
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...