Khai P. O. V
"Petang ni awak dah boleh discharge." Beritahu doktor wanita itu selepas melakukan pemeriksaan keatas aku. Aku melepaskan keluhan lega. Akhirnyaa...
Aku melirik pandang kearah Syakila yang setia berdiri ditepi katil aku. Jelas sekali dia tersenyum lebar. Aku turut ikut tersenyum.
" Nanti jangan lupa ambil ubat ya." Sempat doktor itu memberikan peringatan. Aku mengangguk tanda aku faham.
Syakila mengiringi doktor dan nurse keluar sehingga ke pintu wad. Aku sekadar menghantar melalui pandangan sahaja.
"Yeah!!! Dah boleh dating puas-puas." Tiba-tiba sahaja Syakila berlari anak kearah katil. Wajah dia sudah semestinya tersangat gembira.
"Aik? Dalam wad ni bukan dating ke? Tak puas lagi ke?" Tanya aku, sengaja mahu mengusik. Laju sahaja dia menggeleng.
"Tak. Dalam ni tak best, Sya nak dekat tempat biasa juga." Suaranya berbunyi manja. Eh! Lepas get back ni makin manja pula dia ni.
Aku tersenyum.
"Okay nanti kita pergi." Balas amu senang. Makin melebar senyumannya.
"Sayang, duduk sini kejap." Aku bergerak ke tepi sedikit, memberikan ruang. Syakila menurut tanpa banyak soal.
Kami duduk saling berhadapan.
Aku mencapai kedua tangan Syakila lalu menggengam erat. Syakila sekadar memerhati.
"Khai minta maaf untuk semua yang Khai dah buat pada Sya sebelum ni. Khai tak pernah terpikir pun nak berpisah dengan Sya macam yang Khai buat hari tu. Semua yang Khai cakap dekat Sya, sumpah memang bukan dari hati Khai."
Mata aku mula berkaca.
"Khai minta maaf sangat-sangat. I'm so sorry. Khai buat semua tu sebab tak nak Sya sedih. Khai tak nak Sya risau. Dan tu je jalan yang Khai terfikir masa tu. Khai tahu Khai bodoh. Khai ingat Khai kuat boleh lawan semua ni sendiri tapi..."
Airmata aku mula menitis. Aku pandang Syakila, dia juga turut sama mengalirkan airmata.
" Thank you sayang sebab sudi datang semula dekat Khai, terima Khai. Khai happy sangat-sangat. Lima bulan yang lepas adalah keputusan terburuk Khai pernah buat dalam hidup Khai. Kita sama-sama tanggung sakitnya. Dan sekarang, Khai janji takkan buat macam tu lagi. Khai janji..." kata-kata aku terhenti sebaik Syakila menutup mulutku.
" Kita lupakan semua tu boleh? Sya dah tak nak ingat apa-apa pun yang jadi selama lima bulan tu. Kita move on dan teruskan semula hubungan kita ni sampai bila-bila. Tak perlu ingat kisah lima bulan tu. Kita lupakan, dan sekarang kita create memori baru pula. Yang lebih manis dan indah. Boleh?" Pinta Syakila. Aku mengangguk laju. SenyumN manis aku lemparkan buat dirinya.
Dan aku teringatkan sesuatu!
" Oh ya, sebelum Khai lupa." Ucap aku lalu menarik sesuatu yang telah aku gantungkan pada leher bersama rantai. Rantai tersebut aku buka.
Dua bentuk cincin jatuh diatas tapak tangan aku. Syakila menutup mulut, mungkin kerana teruja atau juga terkejut.
"Jadi selama ni Khai memang bawa cincin ni kemana-mana?" Soal Syakila tidak percaya. Matanya mula berkaca semula.
Aku mengangguk. Sekali pun aku tidak pernah meninggalkan cincin ini. Aku sengaja menjadikannya sebagai buah rantai untuk menyorokkan dari pandangan Syakila.
Tangan kanan Syakila aku ambil lalu menyarungkan semula cincin yang pernah berada pada tempatnya. Syakila tidak henti-henti menepis airmata pada pipinya.
Cincin yang telah tersarung pada jari manis Syakila aku kucup lama.
"Jangan tanggalkan ye saayang." Ucap aku. Dia mengangguk dan terus sahaja memeluk aku erat. Aku tersenyum.
Belakang kepalanya aku belai apabila esakan dia semakin kuat.
"Shhhh... Dah lah, tadi kata nak lupakan cerita lima bulan tu." Aku berbisik memujuk. Kemudian barulah perlahan-lahan esakan dia berhenti.
Aku menjarakkan sedikit badan lalu memberikan ciuman pada dahi Syakila. Lama.
Syakila menutup mata.
Kemudian aku beralih kepada kedua mata Syakila.
Dia masih memejamkan mata.
Perlahan - lahan pada kedua pipi Syakila.
" I love you, Nur Syakila. Only you, My love." Bisik aku penuh romantik sebelum perlahan aku mendekatkan semula wajah aku kepada wajahnya.
Bibir merah bak delima miliknya aku cium. Dan dibalas oleh Syakila. Saling berbalas ciuman tanpa memikirkan keadaan sekililing. Hanyut.
" Ehem!" Suara orang berdehem mengejutkan kami. Serta merta Syakila menjarakkan tubuhnya. Serentak kami memandang kearah suara tersebut.
" Nak romantik- romantik, nak sweet- sweet pun agak-agak lah. Ni hospital, bukan hostel." Perli Lia, namun dilemparkan juga sengihan mengusik.
Elly disisinya menutup mata dengan tangan. Malu mungkin melihat adegan kami tadi.
Wajah Syakila sudah berona merah. Tapi aku masih selamba.
" Dont worry, malam ni aku buat lagi romantik dari ni. Lebih lagi pun boleh." Aku tersenyum nakal, menjeling Syakila yang semakin merah mukanya. Sedas cubitan tepat diperut aku.
"Adehhhh!!! Ampun sayang. Sakit!!" Aku menyeringai. Lia terbahak-bahak mentertawakan aku.
"Eh, bila kau discharge?" Soal Lia.
"Petang ni, tu yang aku nak beromantika malam ni. Lama dah aku puasa, malam ni aku nak langsai puasa. Kau jangan kacau!" Aku memberi amaran.
"Eleh, ingat kau je boleh beromantika. Aku pun boleh lah. Baik aku 'main' dengan sayang aku ni dari kacau kau." Balas Lia pula, nakal. Tidak tunggu lama, giliran Lia pula dicubit oleh Elly.
"Eee... Tak malu ke cakap macam tu depan orang." Marah Elly.
Aku dan Syakila tertawa mellihat adegan Lia cuba untuk memujuk Elly.
Ruang bilik wad ini penuh dengan gelak tawa kami tengahhari itu.#vote
#komen........... Pliissssssss
YOU ARE READING
Only you, my love! (GxG)
Romansa"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...