🐰
Jungkook memarkirkan keretanya di tempat letak kereta, rachel disamping dia toleh sekilas. Gadis itu nampak macam gelabah saja, maklumlah baru first time dapat jumpa family jungkook dan err.. family rachel?
Rachel keluar dari kereta diikuti dengan jungkook. Gadis itu mendongak untuk memandang rumah agam yang sudah hampir kelihatan seperti istana ini. Ish, kalau tinggal kat sini, konfem patah pinggang nak mengemas bagai, fikir gadis itu. Jungkook melonggarkan tali leher hitammya, rambut dikusutkan. Ada motif ya? Selepas itu, jungkook melirik rachel yang sedang asyik menikmati permandangan didepan matanya ini. Lelaki itu berdehem kecil.
Rachel menoleh, jungkook mendongak dan tarik lengan rachel pelan agar gadis itu berhadapan dengannya.
" nak apa? " soal rachel, wajah jungkook yang sedang tersenyum dia pandang aneh. Sebelum menjawab, jungkook melingkarkan tanggannya ke pinggang rachel, menarik gadis itu agar lebih rapat dengannya.
" betulkan " arah jungkook, rachel mengerutkan dahi, tapi tangannya tetap dinaikkan untuk membetulkan tali leher jungkook.
" saya nampak oke je tadi, awak sengaja eah? " kata rachel, kali ini tangannya dia naikkan ke atas, rambut jungkook yang sedikit kusut itu dia perbetulkan. Jungkook tersengih suka, seketika kemudian lelaki itu memejamkan matanya, menikmati sentuhan lembut isterinya.
" wangi " bisik jungkook pelan, tapi masih boleh didengari rachel. Kening diangkat satu sambil wajahnya mulai merapat ke bahu rachel yang agak terdedah tu.
" jungkook, i know what are you talking about. Jangan nak menggatal jungkook. Jangan sampai saya cubit awak. " kata rachel lalu menolak pelan tubuh jungkook. Jungkook mencebik, niat untuk menghujani isterinya dengan kiss tak menjadi. Wajah cantik rachel dipandang sebelum lelaki itu berjalan meninggalkan rachel dibelakang. Terkedek- kedek rachel berlari dengan high heels warna hitam dia tu.
Jungkook pula hanya buat muka selamba je sambil cepatkan lagi langkah kaki dia tu. Memang nak kene baling dengan pasu agaknya anak jeon ni kan. Dia enak- enak jalan, isterinya malah ditinggalin. Ehhh— indon ni tang mana datang?
Jungkook memasuki rumah agam disambut oleh para pekerja yang digajikan oleh puan jeon sebagai penyambut tetamu. Lelaki itu menghentikan langkah kakinya apabila menyedari yang rachel tidak ada disamping.
Para pekerja wanita yang sedang berdiri di tepi pintu tu tiba- tiba saja memerah pipinya. Mungkin perasan yang jungkook sedang merenung dirinya. Ciss pala hotak engko, aku tunggu rachel, bukan nak tenung muka kau desis jungkook dalam hati.
" yah— " rachel tercungap- cungap, gadis itu mengambil nafas sebelum membuka mulut untuk memarahi jungkook. Belum sempat dia berkata- kata, tubuhnya ditarik, dan pinggangnya dilingkari dengan lengan sasa jungkook.
" lambat " ucap jungkook sepatah. Rachel mencebik dan membuang pandang ke tepi, pekerja wanita disitu sedang memandangnya tajam. Ecececececececece kome nak jeles eah? Jeles sebab jungkook peluk aku?
" aw— "
" pedulikan mereka " potong jungkook dan menarik rachel memasuki rumah agam tersebut. Masuk- masuk je dalam rumah tu, automatik semua mata tertumpu pada mereka berdua. Membuatkan rachel tertunduk malu. Adakah pemakaiannya pada malam ini sangat melebih?
" yo jungkook! " rumah agam yang tadinya sunyi dengan kehadiran mereka tu terus menjadi hingar bingar balik. Rachel memandang ke satu sudut, seorang lelaki berkot hitam sedang menghampiri mereka dengan senyuman yang makin melebar. Manis.
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari