《92》

4.3K 383 40
                                    

🐰

"Kim Jieun, kes jenayah yang dilakukan adalah cubaan membunuh, meracun hingga menyebabkan mangsa, Rachel Kim keguguran dan cubaan untuk menggelapkan wang syarikat AK HOLDING'S pada tahun ini. Berkerjasama dengan penggodam untuk mencuri duit secara dalam talian. Dengan ini mahkamah mencadangkan agar Kim Jieun dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun."

Sebaik saja kata- kata itu diungkapkan oleh hakim, terdengar suara jeritan diselangi tangisan seorang perempuan. Tidak lain tidak bukan, dia adalah Jieun. Gadis yang dikatakan bersalah itu. Beberapa polis wanita terus menggarinya sekali lagi apabila Jieun bertindak untuk mencederakan Hakim pula.

"Aku tak bersalahlah!! Lepaskan aku!!!" Jieun menjerit histeria seraya meronta- ronta minta dilepaskan dengan kudratnya yang ada. Namun sia- sia saja bila polis wanita berbadan sedikit berisi itu lebih kuat berbanding dirinya yang kurus itu. Jieun dibawa keluar dari dewan perbicaraan.

"Huh.."

Jimin mengeluh perlahan, dia tak sangka yang Jieun mempunyai jenayah yang lagi besar selain jenayah yang dia tahu. Menggelapkan wang syarikat serta berkerjasama dengan penggodam untuk mencuri duit. Wahh! Patutlah, barang kemas keliling pinggang!

Jimin hanya memerhati gadis itu diseret keluar kemudian barulah dia melangkah keluar dari dewan tersebut, topi hitamnya dibetulkan. Untuk ke sekian kali Jimin mengeluh, berat untuk dia meninggalkan Jieun begitu saja, berat juga dia hendak melangkah. Jieun, gadis itu pernah mengisi hatinya dulu hinggalah sekarang.

"Jimin.."

Jimin menoleh, bibirnya mengukir senyum hambar kepada lelaki bersurai hitam dengan senyum kotak tersebut.

"Ahh Tae.. maaf sebab buat kau susah" Jimin berkata seraya menggosok lengannya. Taehyung hanya mengangguk kecil.

"Kau.. kenapa terfikir nak buat macam tu?" Soal Taehyung, dari hari itu lagi perasaan ingin tahunya membuak- buak. Yalah, 3 hari sebelum Jieun ditangkap, Jimin datang dengan bukti yang dikumpulnya dari dulu dan saat itu jugalah Yoongi juga datang untuk menemuinya dan tika itu juga lelaki putih pucat itu dapat tahu semuanya. Sempat juga Yoongi layangkan satu tumbukan pada pipi kiri lelaki itu.

"Aku tak nak dia terus buat jenayah dan kesalahan.." kata Jimin perlahan lalu berjalan ke satu kerusi panjang yang terletak di luar dewan perbicaraan.

"Aku tak fahamlah dengan kau ni Jimin, kau suka Rachel dan kalau kau teruskan rancangan kau tu, berkemungkinan kau akan dapat Rachel. Bukan aku nak menghasutlah, tapi apa hasut kau sampai hati kau terdetik nak hentikan rancangan kau tu?" Tanya Taehyung, Jimin mendiamkan diri sebentar. Taehyung hanya menanti dengan sabar.

"Aku masih cintakan dia.."

Taehyung terkesima, terus dia menoleh memandang Jimin. Lelaki itu tampak tenang walaupun dalam keadaan seperti ini. Memang ada riak kecewa pada dirinya, tapi Jimin kekal dengan wajah tenang.

"Jimin, aku minta maaf. Maafkan aku sebab masukkan Jieun dalam penjara-"

"Nahh it's okaylah. 15 tahun bukanlah waktu yang sangat lama" kata Jimin seraya gelak kecil. Taehyung melopongkan mulut sebelum lengan Jimin dia pukul perlahan.

"Bukan lama kau cakap? Aku tunggu Chae woon selama hampir 5 tahun pun dah macam nak mati! Inikan pulak 15 tahun!! Pergi matilah!" Jerit Taehyung buatkan Jimin ketawa besar. Bukan dia tak tahu dengan Taehyung ni, bila dia dah sayang, sampai bila- bila dia akan sayang. Taehyung ni kira macam cinta mati dengan Chae woon, ha kau. Cinta mati!

"Tak apalah, aku dah banyak kali kena macam ni. Aku.. aku nak berhijrah ke Canada, sementara tunggu.. Jieun keluar dari penjara" kata Jimin perlahan. Taehyung menepuk bahu Jimin lalu mengangguk kecil.

"Aku harap kau bersabar.."

"Terima kasih.. maaf tau sebab susahkan kau dengan apa? Yo- yoongi? Itu baru abang dia, macam mana aku nak minta maaf dengan Jungkook pula?" Soal Jimin, wajahnya dia raup dengan tapak tangan. Sungguh dia menyesal dengan perbuatannya yang dahulu.

Mengganggu kebahagiaan orang lain merupakan suatu kesalahan yang tak dapat di maafkan, kan?

"Jimin, aku akan tolong kau. Jangan risau kay?"

"Em.."

...

"Sayang, tak nak.."

Jungkook menolak botol ubat yang dihulurkan oleh Rachel kepadanya, lelaki itu menggeleng tanda tidak mahu sebelum membalut tubuhnya dengan selimut putih yang tebal. Rachel mengemam bibir. Dah manjalah pulak?

"Macam mana nak sembuh kalau tak minum ubat? Demam awak belum kebah tahu tak?" Kata Rachel, dia letakkan botol ubat atas meja lampu sebelum duduk di birai katil. Jungkook mengiringkan badan menghadap isterinya sebelum lengan gadis itu dia cuit.

"I don't need those medicine, i just need you to heal me. Sayang, please? Awak tahukan yang saya rindukan awak? Awak tak rindukan saya? Baby tengoklah mama ni, mama tak rindukan papa. Papa sedih.." rengek Jungkook lalu dia sentuh perut aku perlahan. Aku hanya buat muka sebelum aku tekup pipi dia dengan kedua belah tapak tangan aku.

"Siapa cakap saya tak rindu? Saya dah separuh mati rindukan awak, itu awak cakap saya tak rindu? Hisy!"

Jungkook tersengih, dia keluarkan tangannya dari selimut sebelum aku ditariknya hingga tersembam di dada bidang lelaki itu.

"Saya tahu.. cuma saja nak test sayang. Sayang masih garang rupanya.." bisik Jungkook lalu dia cium dahi aku. Aku hanya tersenyum kecil sebelum betulkan posisi dan baring disamping lelaki itu. Jungkook mengusap rambut Rachel yang mengurai panjang itu sebelum menghadiahkan sekilas ciuman di pipi Rachel.

"Saya suka.."

"Suka apa?"

"Saya suka clingy clingy dengan sayang. Wangi. Rasa nak babap je. Eeee, wanginya sayang saya ni!!" Jungkook cium pipi aku lama kerana geram yang amat. Aku hanya mampu merelakannya kerana aku tahu, pembawaan bayi terkena pada Jungkook bukan pada aku.

Heu.

.

.

Smile!

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now