《93》

4.6K 365 44
                                    

🐰

"Penerbangan ke Perancis akan berlepas sebentar lagi, harap para penumpang menunggu di platform yang betul. Terima kasih atas kerjasama anda."

Minjoo yang sedang mengelamun itu terus berdiri dari duduknya. Nasiblah dia tidak terleka, kalau tak, habis peluang dia nak balik ke Perancis terbang macam tu saja. Minjoo menarik bagasinya untuk membuat pengesahan waktu penerbangan.

"Em, ini Cik Kim Minjoo?" Soal petugas wanita sebelum memerhatikan pasport aku. Aku mengangguk kecil.

"Ya, saya?"

Petugas tersebut memandang aku berkali- kali sebelum berbisik kepada petugas wanita yang sedang bekerja disampingnya. Petuga tersebut senyum segaris.

"Maaf cik, kami mendapat makluman bahawa, nama Cik Kim Minjoo didapati di senarai hitamkan dari keluar dari Korea. Saya harap Cik faham, ini pasport cik. Terima kasih" kata petugas wanita tersebut sebelum memberikan semula pasport aku.

"Wait, ke- kenapa pulak? Saya rasa saya tak buat salah sampai nama saya dipilih untuk disenarai hitamkan. Siapa yang report?" Minjoo menahan rasa marahnya. Petugas tersebut mengangguk perlahan bertujuan untuk menenangkan Minjoo.

"Maaf, kami hanya menurut arahan Cik."

"Siapa yang arahkan dan atas alasan apa?" Soal Minjoo seraya mengetap bibirnya geram. Hampir beberapa minit lagi sebelum kapal terbangnya berlepas. Siapa pulak yang nak menghalangnya ni?

"Maaf cik, kami sendiri tak tahu atas alasan apa. Kalau cik nak tahu, cik boleh berjumpa dengan Tuan-"

"Saya tak ada masa! Bagitau dia, jumpa saya selepas ni, kalau tak, tengoklah apa yang terjadi!" Minjoo menarik bagasinya keluar dari barisan yang mulai panjang. Dia mengeluh berat sebelum wajahnya dia raup. Minjoo memejamkan mata sebelum dia labuhkan punggung atas kerusi besi tempatnya menunggu tadi.

"Masalah betul!"

"Noona Min!"

Seorang kanak- kanak lelaki melambaikan tangannya kepada Minjoo sebelum berlari kearah gadis itu. Kanak-kanak tersebut menghulurkan satu sampul surat berwarna putih kepada Minjoo. Dahi Minjoo berkerut.

"Err, dari siapa?"

"Dari samchon pilot tu! Annyeong noona!" Kanak- kanak tersebut menundingkan jarinya ke satu sudut sebelum berlari meninggalkan Minjoo terkulat- kulat disitu. Pandangan Minjoo teralih ke sudut yang diarahkan tadi, tak ada orang disitu.

"Hem.."

Penat berteka- teki, Minjoo membuka sampul surat berwarna putih tersebut.

I told you, you can't escape from me. Hey, I'm sorry, okay?
Come back to me, I'm waiting.
Please..

-MYG-

Minjoo membuat muka. Mesti dari Yoongi ni!

"Minjoo.."

Minjoo mengetap bibir, dia genggam erat sampul surat yang ada ditangannya lalu mengalihkan pandangan, dia hanya sempat melihat hujung kasut empunya suara saja.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now