《61》

3.4K 321 24
                                    

🐰

"Good morning, sweety"

Laju- laju Rachel mencelikkan kelopak matanya bila terdengar suara Jungkook gemersik berbisik di tepi telinga. Jungkook senyum kecil, dia rapatkan wajahnya pada Rachel sebelum dahi gadis itu dihadiahkan sekilas ciuman. Terkebil- kebil Rachel bila diperlakukan begitu.

"Erg.." Rachel menggeliat kecil. Lengan Jungkook yang ada atas perutnya secara automatiknya dia tepis perlahan. Jungkook sengih kecil, jaraknya dengan Rachel dirapatnya seraya meletakkan lengannya dibawah kepala Rachel, refleks tubuh gadis itu mendekat dengannya.

"Wake up, aku nak pergi pejabat dah ni. Aku tinggalkan kau kat Hotel, nanti aku minta Taehyung ambil kau. Dia balik hari ni. Ara?" Jungkook sebelum dia kecup dahi dan kelopak mata Rachel lembut. Gadis itu diamkan diri, Jungkook ikut mendiamkan diri, tapi lengannya merayap mengusap pipi gebu Rachel.

"Janganlah Jungkook! Geli tau tak-"

"Macam ni pun dah geli? Come here, biar aku geletek kau puas-puas" Laju tangan Jungkook merayap ke arah pinggang Rachel lalu menggeleteknya. Habis senak perut Rachel sebab ketawa tak ingat dunia.

"Berhentilah Jungkook! Argh! Appo!!"

"Wae, waeyo?" Gelabah Jungkook duduk bersila atas katil sebelum menarik Rachel rapat dengannya. Risau Jungkook bila wajah Rachel dah berkerut menahan sakit. Rachel menekan perutnya, keningnya bertaut, nampak macam menahan sakit yang teruk.

"Appo.."

"Eodi? Bi- biar aku tengok" perlahan-lahan Jungkook mengesot menghampiri Rachel lalu menyingkap sweeter baju Rachel. Belum sempat lelaki itu melihat perut isterinya, tawa Rachel meletus secara tiba- tiba.

"Huduhnya muka awak! Pwahahahahhah- Argh! Andwaee!!" Sekali lagi Jungkook menggeletek pinggang Rachel.

"Kau main- mainkan aku? Sini kau"

"Arghh!!! HAAHhahahahh. Lepaskan saya, yah Jeon Jungkook!"

Bukannya melepaskan Rachel, makin ligat pulak tangan Jungkook menggeletek Rachel. Habis merah muka Rachel jadinya.

Haih, payahlah Jungkook ni.

...

"Breakfast set for two people" pesan Jungkook. Dia menyerahkan set menu pada pelayan sebelum pelayan wanita itu berlalu pergi untuk membuat menghantar pesanan kepada tukang masak.

Rachel hanya memerhati dekorasi didalam restoran tersebut. Perhiasannya tidak banyak, hanya beberapa bingkai gambar dengan potret monalisa dengan tokoh- tokoh dunia yang lainnya. Nampak macam dekorasi yang sudah tua, tapi antik.

Perlahan- lahan dia merasa jari- jemari tapak tangannya yang diletakkan atas meja terasa hangat. Rachel menoleh, jari-jemari Jungkook  bertaut erat dengan jarinya.

"Ada oranglah!"

"Bukannya aku buat benda tak elok pun, pegang tangan je kan?" Jawab Jungkook laju seraya menjongketkan keningnya satu. Rachel menjeling sekilas, pegangan tangan dia cuba leraikan, tapi makin dia cuba, makin erat genggaman tangannya pada Rachel.

"Sayang, don't you want to further you study?"

"Eo? Further my study? Where?" Soal Rachel separuh berminat. Umurnya yang masih muda itu memang masih boleh memohon masuk ke universiti. Dulu pun, dia tak jadi nak sambung belajar sebab Yoongi tergesa- gesa bawa dia balik korea.

"Here" jawab Jungkook seraya meletakkan jari telunjukkan pada dadanya sendiri. Serta-merta jelingan tajam dihadiahkan pada Jungkook.

Fake hope betul!

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now