《89》

3.3K 342 43
                                    

🐰

Sudah seminggu lebih Rachel tak menjenguk pejabat Jungkook. Jungkook jadi seperti orang lain, lelaki itu menjadi resah dan tak senang duduk tambahan lagi keadaanya yang sering mual dan selesema. Tekak dia pun rasa lain dan rasanya dia hampir mahu menangis bila menerima surat perletakan jawatan dari gadis itu dari Taehyung, bukan Rachel sendiri.

"Mana dia, Tae?"

"Aku tak tahu, dia.. dia tak nak jumpa kau lagi" kata Taehyung seraya melarikan pandangannya dari memandang Jungkook. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Jungkook sekarang seperti kanak- kanak tidak berdosa. Memang wajar kerana lelaki itu langsung tidak tahu menahu tentang Rachel dan abang angkatnya yang strict itu. Rasa kasihan dan bersalah.

"Bagitau Jungkook, Rachel tak nak jumpa dia dah. Jangan jumpa Rachel lagi, jangan cari dia. Aku mohon, aku tak nak dia terseksa, Jungkook boleh mulakan hidup baru dengan perempuan lain, lupakan adik aku. Jungkook perlukan yang terbaik dari yang terbaik dan Rachel bukanlah salah satu daripadanya. Aku harap kau faham aku, aku buat semua ni, demi keselamatan dia.."

Taehyung mengetap bibir. Yoongi memang pentingkan diri! Dia tak fikirkan benda lain selain keselamatan dirinya. Huh! Yoongi ni memang hati singa ke apa? Rasanya singa pun ada hati perut, yoongi ni hati apa?

"Taehyung, aku rindu dia. Ak- aku nak jumpa dia-"

"Percuma saja Jungkook. Dia tak nak jumpa kau, dia dah serik, dia- dia betul- betul tak nak jumpa kau dah" bergunung- gunung rasa bersalah Taehyung dalam hati. Jungkook, aku minta maaf! Aku tahu aku salah, tolong maafkan aku! Taehyung mengetap bibir sebaik terlihat cairan jernih di hujung alis mata Jungkook.

"Kenapa? Aku ada buat salah ke? Kalau ada, aku nak minta maaf, please Tae.. aku nak jumpa dia. Aku- aku rindukan dia Tae. Aku rindukan dia sangat- sangatt" rayu Jungkook. Taehyung hanya memasang telinga, dada dia rasa sesak dan kalau boleh dia mahu menangis disitu juga.

"Aku.. tak boleh"

"Tae, aku ni suami dia. Di- dia tak rindukan aku ke? Dia cakap dia sayangkan aku. Tae.." Jungkook mengetap bibir bila rasa mualnya mulai datang kembali. Entahlah kenapa dia rasa tak enak badan sejak dua menjak ni. Nak dikatakan dia makan tak ikut masa dan tak menentu, rasanya tak jugak. Jadi apa masalahnya sekarang?

"Jungkook, maaf aku betul- betul tak dapat tolong kau kali ini. Maaf Jungkook, aku minta maaf" berkali- kali Taehyung menggungkapkan kata maafnya untuk Jungkook sebelum bahu lelaki itu dia tepuk lalu dia beredar keluar dari pejabat Jungkook dengan hati yang berdenyut sakit.

Maafkan aku, Jungkook!

...

Uwek! Uwek!

Masuk kali ini, sudah 4 kali Rachel keluar masuk tandas, muntah. Perut dia rasa senak, berapa kali dia jamah makanan pun asyik keluar balik. Rachel mengeluh, dia rasa lemah, perutnya yang kempis dia sentuh. Tubuhnya yang lemah dia sandarkan pada dinding kamar tab mandi. Keadaan kesihatan dia sejak dua menjak ni makin risau.

Tok! Tok! Tok!

"Rachel! Bukak pintu ni! Apa dah jadi?" Jerit Minjoo unnienya diselangi dengan ketukan pintu yang bertalu- talu. Rachel hanya mampu memasang telinga, dia tak mampu nak bersuara mahupun memberi respon.

Dengan sekali tolakan, pintu kamar mandi terbuka luas, dengan pantas Minjoo mendapatkan Rachel yang sudah duduk lemah diatas lantai. Lengan gadis itu diraih, dahinya disentuh. Dahi Rachel panas, begitu juga dengan tubuhnya.

"Kenapa ni? Muntah lagi? Kamu tak makan ke? Kan unnie dah pesan, mesti makan kalau tak-"

"Ra- rachel nak jumpa Jungkook.." sayu saja nada suara gadis itu buatkan Minjoo rasa bersalah yang teramat. Dia tidak memberikan sebarang respon untuk Rachel, tubuh gadis itu dia papah keluar dari kamar mandi. Rachel didudukkan atas katil sebelum Minjoo berlari keluar untuk mengambil ubat demam. Dia kembali dengan ubatan didalam tangan.

"Unnie.."

"Rachel minum ubat ni dulu, unnie cakap dengan Yoongi dulu eah?"

"Unnie.. Rachel cuma minta satu benda je. Rachel nak jumpa Jungkook.. dia dah lama tunggu Rachel. Tolonglah.."

"Rachel, bukan unnie tak benarkan. Tapi Yoongi- Rachel! Rachel!" Belum pun sempat Minjoo menghabiskan ayatnya, Rachel sudah terbaring tak sedarkan atas katil.

"Rachel kim!"

.

.

Heuuu

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now