🐰
Bibir Rachel muncung sedepa. Kalau ikutkan hati mahu saja dia pelengkung kepala Jungkook ni. Tapi bila mengingatkan yang Jungkook dah peluk dia kuat sangat. Dia matikan niat jahatnya itu. Rachel jeling Jungkook yang sengih suka.
"Tepilah Jungkook! Saya nak mandi ni, apa mama cakap nanti kalau kita lambat- lambat turun?" Untuk kali ke-3 ayat itu diulang Rachel. Sekali lagi Jungkook menggeleng tanda tidak. Tubuh isterinya dipeluk erat. Eii, rasa nak gigit je budak sorang ni, comeii tak sudah. Rachel mencebik, Jungkook yang baring mengiring tu mengambil kesempatan untuk curi- curi mencium bibir merah isterinya.
"Yaish!"
Rachel menepuk lengan sasa Jungkook. Eee tak padan dengan muka kacak. Bajet dingin konon, hakikatnya Jungkook ni manjanya tak sudah. "Morning kiss?"
"Again?!"
Jungkook mengangguk cepat. Leher jenjang isterinya dikecup geram. Jungkook longgarkan pelukan dan tarik tangan Rachel untuk peluk lehernya. Rachel bergumam protes. Apsal dengan Jungkook ni weh? Kena sampuk iblis ke apa?
"Jungkook lepas!" Rachel menggeliat sebab geli dengan tindakan Jungkook yang mula mencium lehernya sekali lagi. Nak kata budak ni lapar, tak jugak. Masalah betul. "Andwae.." gumam Jungkook, pelukan di pinggang Rachel dieratkan lagi apabila gadis itu bertindak untuk melepaskan diri.
Apakehei dengan Jungkook ni noh?
"Come, kita buat senaman sikit" Lengan Rachel ditarik. Tubuh gadis itu dicempungnya, Rachel diangkat secara bridal style. Jungkook mulai berdiri tegak. "Pegang kuat- kuat sayang, aku nak buat sit up ni" bisiknya ke Rachel. Hidungnya digeselkan ke hidung Rachel. Ewahh Jungkook. Kemain lagi kau.
"Tapi saya berat" beritahu Rachel dengan bibir yang muncung, lengannya melingkar dileher Jungkook. Meleret- leret senyuman Jungkook jadinya. "Suami engkau ni kuat, sayang. Takapa, tahulah aku menimang kau ni berat ke tak, kalau berat, senang cerita, aku humban je" jujur je Jungkook menjawab. Rachel pukul pelan bahu Jungkook. Wuish, nak maroh ni nak maroh.
"Kenapa tak tanya aku nak humban kau kat mana?" Soal Jungkook, ketika itu dia sudah memulaikan senaman sit up- nya. "Awak nak humban saya kat mana pula?" Layan Rachel. Saja nak main tarik tali dengan Jungkook. Heii, Jungkook ni pandai tarik tali tau tak? Jungkook senyum senget. "Kat hati akulah" jawab Jungkook, Rachel mencemik lagi. Pepagi lagi ni dah nak bercia- cia Jungkook. Tak penat ke?
"Supportlah sikit, dengan Cia cia cia ke, kang aku humban kau bebetul baru tahu" ujar Jungkook berura- ura mahu melambung Rachel ke katil semula. Rachel terjerit kecil. Eee Jungkook ni mana boleh dibuat main. Kang bebetul dibalingnya aku kat katil. Patah riuk tulang aku.
"Janganlah Jungkook!" Rachel sembamkan wajahnya dileher Jungkook. Perkemaskan lagi pelukan di leher lelaki itu sebagai persediaan kalau- kalau Jungkook tetiba melepaskannya. Jungkook tergelak kecil. Comeii benar isteri dia pepagi buta ni.
"Count for me" bisik Jungkook. Rachel mendongak. "Goal awak apa?" Rachel bertanya. Jungkook menjongketkan keningnya satu.
"20, tapi kau kena start kira dari 0.1" kata Jungkook dengan sengihan yang melebar. Rachel menarik telinga Jungkook kuat. "Kalau saya mula kira dari angka tu, esok pun tak habis Jeon Jungkook!" Jerit Rachel ke telinga Jungkook. Lagak Rachel tu mengundang tawa dari Jungkook.
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari