🐰
"Goodnight""Huwa!"
Rachel terbangun dari tidurnya. Perkara pertama yang dia lihat adalah siling berwarna putih. Terbuktilah yang dia masih berada dalam bilik dan lelaki itu telah mengangkatnya masuk ke dalam bilik.
Rachel menoleh kesamping, selalunya wajah kacak Jungkook akan menghiasi waktu paginya ketika dia mula- mula membuka kelopak matanya. Tapi sekarang, mana lelaki tu pergi? Pada awal pagi macam ni?
Rachel duduk bersila diatas katil, dia mengeluh perlahan. Wajahnya diraup dan disaat itulah dia sedar bahawa di dahinya terlekat satu kertas bewarna merah hati. Laju dia cabut dari dahi dia dan mendapati ada nota bertulis tangan disitu.
Dinner with me?
At IT's Restaurant,
See you there, my love♡.
-JKSerta merta bibir Rachel menaik menguntum senyuman. Dia genggam kertas sticky note tersebut sebelum menciumnya lagak seperti orang muda yang kemaruk cinta. Yeontan yang tidur di tepi paha hanya mencelikkan matanya sekejap sebelum pejam balik. Malas nak urus hal dunia dan hal orang yang sedang dilamun cinta. Rachel- lah salah satunya.
"Sugar pop pop! Lolipop pop!" Rachel bernyanyi riang sebelum memasuki kamar mandi. Bukan main gembira lagi dia sampai selimut yang dia lipat pun terlipat Yeontan sekali. Nasib masih bernafas anjing tu. Kalau tak, habis meroyan Taehyung jadinya.
"I know i can treat you better, better than he can!"
"Rachel!" Minjoo memanggil gadis itu berkali- kali dari luar bilik. Risau dengan dia barangkali. Yalah, masa dia bangun tadi pagi, Jungkook dah pun meluru keluar dari rumah tanpa cakap apa- apa. Selalunya nak bermanja- manja dulu barulah liat keluar rumah. Ini tak, zzup keluar rumah.
"Waeyo unnie?" Rachel membuka pintu bilik seraya tersengih- sengih. Makin berkerut dahi Minjoo jadinya. Takkanlah Rachel baru jatuh kamar mandi pulak? Pastu wayar dia putus?
"Okay tak ni? Unnie dengar-"
"Rachel okaylah unnie! Kajja kita pergi sarapan pagi sama Yoongi oppa da yang lain- lain" potong Rachel sebelum lengan unnienya ditarik menuruni anak tangga lalu masuk ke dapur.
"Awal bangun, mana suami?" Tegur Yoongi, sandwich tuna dia masukkan dalam mulut sambil anak matanya terjeling- jeling ke arah Rachel yang berkepit dengan Minjoo-nya itu. Rachel tersengih menampakkan lesung pipit sebelum mengambil tempat di hadapan Yoongi.
"Dah pergi kerja"
"Awalnya"
"Yep, dia kena pergi awal hari ni. Ada hal penting" jawab Rachel. Hoseok yang sedang menguap hanya mengangguk tanda faham. Normal apa kalau orang pergi kerja awal ni. Namjoon hari ni tak ada sebab dia tengah cari jodoh kat Busan. Cik, dia ada urusan dekat Macau, kena uruskan cuti dia kat sana.
"Apa pandang- pandang?" Kata Rachel bila Yoongi dari tadi asyik memandangnya seperti hendak terkeluar biji mata. Tak apa yang salah dimata abangnya itu. Rachel teruskan menyumbat makanan kedalam mulutnya, tak nak pedulikan pandangan Yoongi yang menusuk sampai ke tangkai hati tu. Sakit noh!
"Kamu bergaduh lagi?"
"Eisy mana ada! Muka Rachel yang tengah senyum lebar macam ni pun nampak yang macam saya ada masalah ke? Rachel happy- lah oppa! Tengok ni saya senyum!" Jawab Rachel seraya tersenyum menampakkan gigi kepada Yoongi. Sekali lagi Rachel mendapat jelingan dari Yoongi. Auch! Kali ini bukan tembak hati, tembak jantung aku sekali.
Bang! Bang! Bang!
🐰
Jungkook memandang jam tangan berjenama rolex di pergelangan tangannya. Sudah hampir sejam lebih dia berpanas punggung duduk didalam cafe tersebut. Sekejap lagi punggung dia nak kebas.
Heish.
Lelaki yang ditunggu-tunggu hampir sejam lebih itu akhirnya menampakkan batang hidung. Dia melihat sekeliling cafe sebelum menghampiri meja yang menempati Jungkook.
Lelaki itu tersenyum menampakkan eye smile- nya. Tangan dihulur untuk disalam, tapi langsung tak disambut oleh Jungkook. Dia berdehem sebelum menjeling kerusi, meminta lelaki itu untuk duduk.
"Ada apa nak jumpa aku ni? Awal pagi macam ni? Tak sempat aku nak senaman untuk bina six pact" seloroh Jimin lalu ketawa kecil untuk melembutkan suasana yang dingin disebabkan Jungkook yang tak memberi sebarang respon sejak dia masuk mula- mula tadi.
Dia tahu kenapa Jungkook ingin berjumpa dengannya. Tak perlulah cakap, yep mestilah soal Rachel. Tetapi Jimin tetap tersenyum macam tak ada apa- apa yang berlaku. Setelah mereka selesai memesan minuman dan beberapa minit kemudian minuman yang diminta dihidangkan diatas meja.
Satu Cappucino untuk Jimin dan satu Americano untuk Jungkook.
"So, apa khabar-"
"Apa kau buat kat taman kelmarin, sampai terserempak dengan isteri aku? Kawasan perumahan kau tak ada taman ke?" Tanpa berbasa- basi Jungkook terus menyoal Jimin. Lelaki itu tersengih kecil, napkin di atas meja dia capai lalu mainkan sekejap.
"Saja je, tukar angin-"
"Are you checking my wife?" Potong Jungkook dengan nada dingin. Jimin diamkan diri, tapi bibirnya tersenyum menguntum senyum. Cappucino yang masih berkepul asap kecil dihirupnya perlahan. Well, action speak louder than words.
"If i said so, what's you gonna do about it?"
"Stay away from her, i warn you" kata Jungkook. Lelaki itu mengetap bibirnya geram. Sikit lagi melayang buku limanya kalau tidak dia pandai menahan diri. Kali ini Jimin tersengih lagi, sengihan yang paling sinis dia buat untuk buat lelaki tinggi dihadapannya itu sakit hati.
"You never learn, Jungkook. Macam 6 tahun yang lalu jugak. Salah siapa jugak bila Jieun pergi tinggalkan kau dan lebih memilih aku? Perempuan macam Jieun noona kau tu perlukan perhatian. Perempuan macam mereka tak suka dikongkong, mereka akan rimas." Kata Jimin memberi 'nasihat' kepada Jungkook.
"Sekarang apa? Kau dah dapatkan Jieun noona, kau nak apa lagi? Dia dah jadi milik kau, stay away from my wife."
"I see your wife is quite pretty and little bit sexy, don't you agree?"
"Shut up!"
Disebabkan tak tahan dengan kata- kata Jimin yang boleh buatkan kemarahan Jungkook mencanak naik. Sebiji penumbuk melayang mengenai pipi Jimin. Tak nak mengalah, Jimin pun membalas tumbukan Jungkook sekuat hati.
Dan disebabkan itulah, cafe tempat perjumpaan mereka menjadi riuh disebabkan pergaduhan tersebut. Kedua- duanya kerasa kepala, kedua- keduanya inginkan hak mereka.
.
.
"Hey, don't go around looking pretty. I don't like it"
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari