《81》

3.3K 372 31
                                    

🐰

Rachel mendepakan tangan sebaik ketiga mereka keluar dari kapal terbang. Dia menghirup udara US seraya tersenyum lebar. Sudah lama dia tak ke sini, dulu pun selalu pergi bila dengan Yoongi dan Minjoo unnie saja. Tak pun dengan Hoseok sebab nak ikut khusus bussiness.

"Luggage dah ambil?" Tegur Taehyung, Rachel menoleh sebelum menggelengkan kepala. Belum pun dia sempat berkata- kata, Jungkook sudah menghulurkan luggage milik gadis itu kepadanya. Taehyung membuat muka.

"Thank you!"

"Dah jom, kita pergi hotel." Ajak Jungkook sebelum mereka beriringan keluar dari lapangan terbang. Di luar, sudah ada sebuah kereta sedang menunggu. Jungkook menghulurkan bagasinya kepada lelaki bersut hitam dengan kaca mata hitamnya.

"Jungkook, aku pergi sana dulu eah? Nak jumpa seseorang sebelum pergi hotel. Aku titipkan Rachel pada kau, jaga dia dan jaga diri" pesan Taehyung seraya melambaikan tangan. Dia senyum segaris pada kedua pasangan suami isteri tersebut.

"Awak nak jumpa siapa?"

"Adalah, someone. Don't worry, i'll back around 8. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Jungkook kan ada" kata Taehyung bila Rachel nampak tak senang dengan tindakan Taehyung. Lelaki itu tersenyum seraya mengambil jalan yang bertentangan dengan mereka. Rachel hanya memerhati hingga kelibat Taehyung hilang dari pandangan mata.

"Dahlah, masuk dalam kereta. Kita pergi hotel dulu, lepas tu rest. Malam ni tak ada event, tapi malam esok ada. Pakaian awak, secretary moon dah sediakan."

"Secretary moon?"

"Yep. Orang kanan saya. Dia tolong saya buat semua benda bila ada event kat US. Termasuk hantar driver dan book ticket flight. Come in" Jungkook membukakan pintu kereta tempat duduk belakang untuk Rachel. Tidak mahu berlama- lama disitu, laju saja Rachel masuk. Jungkook ikut masuk dan duduk disamping Rachel. Pintu kereta ditutup.

"Awak rasa Taehyung nak kemana eah?" Soal Rachel. Jungkook diamkan diri sebelum kepalanya tergeleng menandakan dia juga tidak tahu. Smartphone dikeluarkan dari poket seluar. Enjin kereta dihidupkan dan pemandu tersebut mulai memandu ke destinasi yang diarah.

"Rachel.. awak tahu siapa ni?"

Jungkook menghulurkan phonenya kepada Rachel. Skrin menayangkan sebuah chat conversation dengan kontak bernama RcJeonjeon. Anak mata gadis itu membulat sebelum dengan cepat dia menggeleng kuat.

"Tak.. tak kenal" kata Rachel seraya mengalihkan pandangan. Jungkook mengerutkan dahinya, dia ambil semula phonenya dan renung sekejap. Rachel sudah tidak senang duduk. Air liur ditelan paksa, gadis itu mengetap bibirnya.

"Tak kenal? Tapi nama dia hampir sama dengan nama awak.."

"Yep, tapi dia bukan saya-"

"Saya tak cakap pun yang dia tu awak. Awak yang cakap sendiri atau, Rachel tu.. memang awak?" Kata-kata Jungkook buatkan Rachel membeku. Dia kekal berada dalam posisi duduk yang statik dan mengeras. Tapak tangannya berpeluh sejuk. Sekali lagi bibirnya dikemam.

"Tak.."

"Tak? Betul ke tak? Apa yang awak cakap masa kat lapangan terbang korea tu, macam relate dengan saya. Awak tegah saya tinggalkan awak, tapi hakikatnya kita tak pernah berjumpa pun. Apa sebenarnya-"

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now