《78》

3.2K 370 28
                                    

🐰

"Awak dah bagitau Taehyung yang awak tak balik dengan dia hari ni?" Jungkook menyoal. Rachel menganggukkan kepala, dia tarik tas tangan dia atas meja sebelum mengejar langkah Jungkook yang dah berdesup keluar pejabat tu.

"Tapi, saya tak boleh balik lambat"

"Kenapa?"

"Dia nak hantar Yeontan kat tempat saya nanti malam" kata Rachel. Mereka berdua beriringan masuk kedalam lift lalu butang tingkat lobi di tekan. Jungkook mendiamkan diri.

"Taehyung selalu ke datang rumah awak?"

"Selalulah jugak, tapi kadang waktu malam je. Waeyo?"

"Awak tak terfikir ke yang dia akan buat benda bukan-bukan?" Kata Jungkook seraya memasukkan tapak tangannya didalam poket seluar. Rachel menoleh memandang Jungkook yang dah buat muka masam mencuka tu. Dia senyum kecil.

"Tak adalah, dia tu baik. Saya percayakan dia. Lagipun Yeontan selalu kena tinggal seoarang kat rumah-"

"Masalahnya Taehyung tu lelaki, macam mana kalau dia mabuk, terpukul, tertengking, terpijak, ter- terbuat benda tak senonoh kat awak macam mana? Dia tu bukannya boleh dipercaya sangat pun!" Kata Jungkook, suaranya mengendur ketika lift berhenti di tingkat 4 dan beberapa pekerja masuk kedalam, buatkan mereka terpaksa bersesak.

Perkara tersebut buatkan membuatkan jarak Jungkook dengan Rachel semakin rapat. Gadis itu hampir tersembam di dada Jungkook bila lelaki itu merapat untuk memberikan ruang kepada pekerja lain. Jungkook menahan tubuhnya dari terus merapat, dia tak nak ada sentuhan yang berlaku.

"Maaf sebab buat awak tak selesa" bisik Jungkook pada Rachel. Gadis itu menggeleng tanda tidak apa.

"Tak apa-"

Buk!

Disebabkan tolakan kecil tersebut, bibir Rachel hinggap di leher Jungkook. Buatkan lelaki itu terdiam kerana kaget. Rachel membulatkan anak mata, dia menggosok tapak tangannya tanda meminta maaf.

"Hey, jangan tolak!"

"Maaf Tuan" kata salah seorang pekerja. Jungkook masih mendiamkan diri. Entahlah, Rachel mengingatkannya dengan seseorang. Seseorang yang selalu memanjakannya.

Ting!

Berpusu- pusu mereka keluar dari lift tersebut, meninggalkan Jungkook dan Rachel terakhir yang keluar dari situ. Rachel membetulkan rambutnya. Sengaja mahu menutup rasa janggal dengan Jungkook.

"Maaf pasal tadi"

"Tak apa" jawab Jungkook, dia menggosok lehernya, ada kesan gincu bekas ciuman Rachel tadi. Tanpa sedar dia senyum sendiri.

"Awak sengaja apply gincu banyak- banyak sebab tahu perkara macam tu akan berlaku, kan?" Kata Jungkook seraya sengih kecil buatkan Rachel laju menoleh kearahnya. Gadis itu menggeleng cepat.

"Mana ada! Saya apply gincu pada kuantiti yang selalu saya applylah! Gila ke nak pakai banyak- banyak? Membazir!" Rachel membebel. Dia mengikuti langkah kaki Jungkook ke parkir kereta. Jungkook menggosok lehernya.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now