《84》

3.4K 326 11
                                    

🐰

Rachel mencalitkan sedikit lipstick merah hati pada bibirnya. Matanya yang sembab sudah ditutupi dengan solekan tipis. Rachel mengeluh perlahan, sungguh dia cakap, moodnya hari ini memang lain. Dia rasa hambar dan dalam masa yang sama dia masih rasa bersalah dengan Jungkook.

Seharian mereka tidak bertegur sama, hanya bertentang mata sebelum keduanya melayang memikir benda lain. Rachel mengeluh perlahan. Hari ini dia bertekad, dia akan betulkan semula hubungannya dengan Jungkook agar tidak dingin dan janggal. Dia mahu Jungkook mengingatinya semula. Tapi caranya semalam seperti memaksa sahaja. Itu salah, semestinya salah.

Untuk kesekian kali Rachel merenung wajahnya di cermin. Dia ketap bibirnya lalu tas tangan di tepi dia capai sebelum langkah kaki dibawa keluar dari bilik. Hampir lagi dia merempuh tubuh sasa yang tengah berdiri tegak dihadapan pintu biliknya itu. Nasiblah dia sempat brek.

"Jungkook?"

"Em, awak dah siap? Niat saya nak ketuk pintu tadi, tapi saya takut awak masih marahkan saya. Jadi saya.." kata Jungkook perlahan seraya menggantungkan ayatnya yang terakhir bila Rachel meletakkan jari telunjuknya pada bibir Jungkook. Lelaki itu terdiam.

"Saya tak marah. Saya yang patut minta maaf. Mian tau.." kata Rachel lalu senyum segaris. Jungkook membalasnya dengan senyuman juga. Jungkook angguk perlahan. Dia meneliti pakaian Rachel atas bawah. Dengan dress maroon yang off- shoulder. Rachel malam ini memang cantik. Terlebih cantik!

"Jadi ini.. gaun yang secretary moon bagi awak?" Tanya Jungkook, Rachel mengangguk kecil. Wajahnya sedikit cemberut bila terdengar nama secretary moon disebut oleh Jungkook.

"Ya.." meleret- leret jawapan yang Rachel bagi. Jungkook melirik ke arah Rachel, mereka mulai beriringan berjalan ke arah lobi. Disitu sudah ada sebuah kereta yang disediakan untuk Jungkook memandu ke destinasi yang mereka tuju.

Jungkook menggosok hidungnya sebelum menekan punat kereta Audi 07 tersebut.

"Your dress is showing too much skin. I don't like it" luah Jungkook, dia bukakan pintu kereta untuk Rachel. Gadis itu hanya menyengih sebelum bergerak masuk kedalam kereta. Jungkook menghela nafas berat, dia bergerak masuk ke tempat duduk pemandu.

"Don't go around like this. It's uncomfortable" kata Jungkook seraya menghidupkan enjin kereta lalu memandu ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, Rachel hanya melirik ke Jungkook yang diam sedari tadi.

"Emm Taehyung ada call awak?"

"Tak ada, kenapa tanya?" Soal Jungkook semula. Rachel menggeleng kecil, phone dikeluarkan dari tas tangannya lalu dibelek.

"Mungkin dia dah on the way ke sana, lagipun dia adalah diantara orang terpenting dalam acara tu. Termasuk saya dan beberapa orang kenamaan lain. Awak tak payahlah risaukan dia, dia dah besar. Pandai jaga diri" kata Jungkook perlahan. Terselit nada tak puas hati dalam bicaranya kali ini. Rachel hanya menyisip senyum.

Beberapa minit memandu, Jungkook memarkingkan keretanya di tempat letak kereta sebelum keduanya bergerak keluar dari perut kereta. Jungkook membetulkan tali leher, Rachel di tepi dia pandang sekilas. Gadis itu sedang memasukkan phonenya kedalam tas tangan. Mereka beriringan masuk kedalam dewan.

Sebaik saja masuk kedalam, satu wajah manusia yang amat dikenalinya sudah buatkan Rachel mengetap bibir. Langsung saja dia mengalihkan pandangan memandang ke tempat lain. Chae woon melambaikan tangan dan disambut dengan senyuman lebar dari Jungkook.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now