🐰
"Hem? Rachel belum masuk kerja lagi?"
Jungkook bertanya kepada staf perempuan disitu, gadis itu menggeleng tanda belum buatkan dahi Jungkook berkerut. Dia lirikkan anak mata memandang ke jam di pergelangan tangannya.
Sudah jam 7:19 pagi, selalunya gadis itu akan datang awal dari dirinya sendiri. Mungkin masih dalam perjalanan? Atau mungkin gadis itu tersangkut dalam kesesakan jalan raya? Mungkinlah. Jungkook hanya berfikir positif sebelum memasuki ruang kerjanya.
Sejam dua jam menunggu, kelibat gadis itu masih lagi belum kelihatan. Kalau Rachel sakit pun, takkanlah dia tak maklumkan langsung? Tak pun call-lah kejap. Tapi ini tak, tak ada panggilan mahupun mesej dari gadis itu. Hem.
Sehari Jungkook tanpa kehadiran gadis itu rasa tidak lengkap, semalam dia berjanji yang dia ingin menelefon Rachel, tapi dia terlajak tidur dan hasilnya dia terlupa. Aih! Sayang!
"Mana awak sayang?"
Jungkook mencapai phonenya, Rcjeonjeon, kontak nombor lama Rachel ditekan. Dia mengetik beberapa pesanan untuk gadis itu.
Mana awak?
Knapa tak dtg?
Kalau awak mrh pasal smlm sya minta maaf tau
🙏Beberapa minit menunggu, tidak ada tanda- tanda yang gadis itu akan membalas. Jungkook mengeluh kecil, kemudian tanpa bantuan PA- nya. Jungkook kena handle sendiri segala meeting dan fail untuk disemak. Sungguh, dia memang perlukan gadis itu dalam segala hal, termasuklah untuk mengurus diri dan hal pejabat. Baginya, Rachel adalah segala- galanya untuknya.
Ting!
Rcjeonjeon
+maaf, saya tak berapa sihat hari ni
+maaf tau..Sakit apa?
+sakit hati
Huh?
Siapa yg sakitkan hati awak?
Biar saya belasah!+it's okay☺
+sakit sikit je, lepas tu sembuhlahEm.
Sehari tak ada awak,
Rasa kosong pulak..
Cepat sembuh ya sayang?
Sya tunggu awak kat pejabat🙈+em💞
Jungkook mengeluh lega. Dia harap sakit Rachel tak melarat. Sebab dia rindu! Rindu akan senyuman Rachel. Rindu.. rindu semualah! Hisy, Jungkook lupakan hal macam tu sekejap, work tengah berlambak, jadi fokus, fokus!
Jungkook menepuk pipinya berulang- ulang kali untuk menghilangkan bayangan Rachel dari dalam otaknya. Dia mengeluh perlahan sebelum fail dia capai, kemudian, bayangan Rachel kembali menerpa, buatkan fokusnya hilang.
"Haa sayang!"
...
Rachel duduk memeluk lutut diatas katil, sekarang ni dia dikurung oleh Yoongi didalam rumah. Yoongi tak benarkan sesiapa untuk datang melawat mahupun mendatangi Rachel.
Tok! Tok!
"Rachel.. boleh unnie masuk?"
"Em.." Rachel menjawab dengan deheman sahaja, dia penat dan tak berdaya. Semalam dia menangisi nasibnya. Yoongi,kalau dia kata satu, maka hasilnya mestilah satu juga. Tak ada dua atau tiga. Apa yang dikatakan lelaki itu harus dituruti, kalau tidak, punah semuanya!
"Rachel, kenapa tak nak makan?" Ren mengambil tempat disamping gadis itu. Lengan Rachel dia sentuh sebelum tapak tangan gadis itu dia genggam erat.
"Rachel tak lapar.." jawab Rachel separuh menggeletar. Percuma da mahu mogok dengan Yoongi, lelaki itu kalau sudah terbawa perasaan, langsung tak ada perasaan simpati pada dirinya. Jangan harapkan simpati dari Yoongi, hati dia keras, sekeras batu. Minjoo unnie saja yang boleh pecahkannya.
"Tak baiklah macam tu, kalau Yoongi oppa dapat tahu macam mana? Lagi teruk lagi nanti, makan sikit eh? Rachel jangan risau, Minjoo unnie dengan Hoseok tengah pujuk Yoongi. Rachel janganlah risau.."
"Unnie, Jungkook tu suami Rachel. Apa salahnya kalau Rachel cuba untuk sembuhkan Jungkook? Tempat seorang isteri adalah mesti selalu disisi suaminya, menemaninya setiap masa. Tapi tengoklah apa Rachel tengah buat? Kalah dengan abang sendiri? Unnie.. please, Jungkook perlukan Rachel, dia tengah tunggu Rachel.." rayu Rachel. Dia sudah semakin lemah, perutnya memulas. Tekaknya rasa lain dan dalam masa yang sama, dia rindukan Jungkook...
Sakura Ren mengeluh kecil. Dia tepuk perlahan tapak tangan Rachel lalu mengangguk kecil.
"Unnie tahu dan unnie faham. Unnie tak dapat nak buat apa- apa sekarang ni, yang unnie boleh buat adalah nasihatkan Rachel untuk banyak bersabar. Ini dugaan orang yang tengah alami alam perkahwinan. Rachel janganlah mengalah, sampai harinya, Yoongi sendiri akan mengalah juga. Sabar sikit eah?" Kata Ren, sekali lagi tapak tangan Rachel ditepuknya.
Dia tak pernah lagi nampak Yoongi bersikap sedemikian, Yoongi memang lain ketika marah. Yoongi seperti orang lain, lelaki itu tak akan memikirkan baik buruk suatu keputusan kalau dia memutuskannya dalam keadaan tergesa- gesa. Yoongi adalah Yoongi, itulah sisi lain abang angkatnya yang sebenar.
"Rachel rindukan Jungkook.."
"Call je lah"
"Rachel nak cakap apa? Rachel takut Rachel tak kuat, dia.. dia tengah tunggu Rachel. Macam biasa, kat pejabat. Dia dalam proses penyembuhan unnie, Rachel nak Jungkook jadi macam dulu. Rachel nak Jungkook ingat Rachel semula. Rachel nak Jungkook yang dulu.." Rachel kembali menangis, Ren hanya mampu menyabarkan gadis itu.
Haish, Yoongi ni memang cari masalah betul!
.
.
☺
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari