🐰
Seperti biasa, Taehyung akan ke sungai Han untuk mengambil angin sambil membawa anjing kesayangannya itu. Dia pasangkan earphone pada telinga dan berlari- lari anak mengejar anjingnya.
Pemakaiannya hari ni simple je, hanya t- shirt putih dan seluar slek hitam dengan bandana jenama gucci melilit dikepala. Dia nampak hot dengan pemakaian macam tu, yup he's look like boyfriend material.
"Yah, jangan pergi jauh" jeritnya pada anjing kecilnya tersebut lalu meregangkan badannya sikit. Inilah rutin harian Taehyung, dia akan ke Sungai Han untuk jogging pada setiap hari rabu or khamis dan pada hari itu jugalah Sungai Han akan penuh dengan para anak gadis yang nak mengorat Taehyung.
"Huhu hhuu"
Taehyung kerutkan dahi, suara tu nampak macam familiar aje di telinga dia. Refleks kepalanya tertinjau- tinjau untuk mencari mana datangnya suara orang tersebut. Eih, frust teruk ni. Dan di satu sudut, dia akhirnya menjumpai kelibat seorang gadis sedang duduk memeluk lutut dengan dress paras lutut berwarna pic dan higheel yang dipandankan sama dengan dress milik gadis. It's simple, but look so elegent. Fit her well.
"Huhuhhu huuu huu"
Taehyung rapatkan diri, dia regangkan lengannya. Anak matanya melirik kearah gadis itu sedikit, wait, macam kenal. Dia rapatkan diri lagi lalu menunduk, disebabkan tindakannya itu, para anak gadis yang lain mulai memandang serong pada dirinya. Tch.
"Hey, i think i know you" katanya pada gadis tersebut. Untuk beberapa detik seterusnya, hanya bunyi gadis menarik hingus dan melap hidungnya. Masih belum nak angkat wajah. Taehyung senyum, dia rogoh saku poket seluarnya lalu menghulurkan napkin miliknya.
"Here, guna ni untuk lap hingus awak tu" katanya. Lambat- lambat gadis itu mendongak, pandangan mereka bertaut seketika. Fikir Taehyung, yang dia akan berjumpa dengan jodohnya hari ni. Yep, macam cerita yang lainnya, angkat muka, hati akan bertaut. But wait a minute, ini isteri orang.
"Tae?"
"Rachel? What are you doing here?" Soal Taehyung lalu ikut duduk mencangkung dihadapan gadis itu. Dengan dahi yang berkerut dia pandang seraut wajah polos yang basah dengan air mata didepannya ini. Rachel pout, dia rasa macam nak nangis balik bila tengok Taehyung. Like what i've say, he's look like a boyfriend material. Dan itu buatkan Rachel jeles, sepatutnya Jungkook yang ada depan mata dia sekarang, bukan Taehyung. Huaaa!!
"Mana husband? Jungkook?" Tanya Taehyung tanpa sedar yang dia akan buatkan hati Rachel yang sedia hancur tu makin hancur ke kepingan lalu pecah lagi hingga tinggal cebisan. Semuanya sebab Jeon Jungkook punya angkara!! Lagipun Taehyung manalah tahu apa- apa, dia pun pelik takkanlah Jungkook tinggalkan isteri kesayangan dia ni kat sini? Nak kena sambar kumbang lain ke apa ni?
Belum sempat Taehyung hendak menanyakan soalan Rachel meraung balik. Gelabah lelaki itu jadinya, eih dahlah orang- orang yang lalu lalang kat sana dah pandang dia lain macam. Adoii, nanti kena cakap dia buat onar dekat anak orang.
"Ehhh kenapa ni?"
Laju je tangan dia tepuk belakang Rachel untuk menangkan gadis itu. Tidak cukup dengan itu, dia tarik Rachel kedalam pelukan, biarlah dia kena cop ambil kesempatan dekat Rachel sekalipun, sebab dia rasa yang dia patut tenangkan gadis itu sekarang. His instict say that.
"Jungkook.. he.. hurgh huwaa!!" Kata Rachel disebalik sendu tangisannya. Sepatutnya dia keluar berdua dengan Jungkook, menikmati mi jajang dan buat momen romantik balik. Tapi Jungkook sendiri yang tempah bala, aish! Tengoklah apa dah jadi sekarang?!
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari