🌙
Lima tahun kemudian...
Keriuhan di ruang tamu semakin menjadi- jadi dengan kedatangan Namjoon dan tunangnya, Yein. Yalah, bertahun- tahun keluarga ni menunggu, akhirnya Namjoon bawa juga tunangnya datang rumah. Selama ni mana pernah dia bawa keluar tunangnya itu. Alasannya adalah sebab dia tak nak perkara yang tak diigini berlaku.
Hem, yalah Namjoon.
"Mommy, Baby want phone! But daddy refuse to give it to me!" Jeon Hyunee, kanak- kanak berusia 5 tahun itu merengek sebelum berlari naik ke pangkuan aku. Jungkook yang sedari tadi hanya memerhati mulai merapati aku untuk memujuk Hyunee.
"Baby kena makan dulu. Then i'll give it to you, okay?" Pujuk Jungkook. Hyunee menggeleng kuat.
"Noo! I don't want!"
"Baby, daddy dah berlembut tu, takkan baby nak merajuk lagi. Tak baiklah, tu, mommy ada buat pudding strawberry, baby tak nak?" Soal aku, tangisan Hyunee mulai reda bila ternampak Yoongi menayangkan puding strawberi kepadanya.
"Uncle yoongi!"
Terus saja dia melompat turun dari pangkuan aku untuk mendapatkan uncle yoongi-nya itu. Dalam banyak- banyak pakcik, Yoongi adalah pakcik yang paling dia rapat. Kalau bukan Yoongi pun, dengan Hoseok atau Ren. Memandangkan Ren dan Hoseok pergi honeymoon, jadi melekatlah dia dengan uncle Yoonginya itu. Disebabkan hari ni, Jungkook nak buat majlis makan makan bersama, jadi dia jemputlah semua. Hyunee pulak, tak berkepit dengan aku, Minjoo yang dia cari. Hyunee memang manjalah dengan semua orang.
Jangan pelik dengan kefasihan Hyunee bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebab itu memang kemahirannya sejak dari awal 3 tahun lagi. Pelat jugaklah Yoongi nak bercakap dalam bahasa inggeris dengan Hyunee, lebih- lebih lagi Namjoon yang sering mengajarnya bahasa itu dengan lebih dalam lagi. Hem.
"Sayang dah makan?"
"Dah, awak tentu belum makan, kan?" Soal aku pada Jungkook. Dia menggeleng kecil lalu ketawa.
"Saya tunggu sayang suap je"
"Amboii, dah tua pun nak makan bersuap ke?" Perli aku buatkan Jungkook ketawa lagi. Dia capai sepinggan puding strawberi berserta sudu lalu hulurkan pada aku. Dia jongketkan kening, mulutnya dia buka kecil.
"Makan puding? Mana kenyang-"
"Saya makan puding berlaukkan sayanglah!" Jawabnya buatkan aku pukul lengan dia perlahan. Jungkook ketawa besar sebelum dia cuit lengan aku perlahan, aku potong sedikit puding strawberi lalu suapkan pada dia. Jungkook membuka mulut lalu menunjukkan tumbs up pada aku.
"Dahlah, nah. Saya nak tolong Minjoo unnie kat dapur-"
"Alah tak payahlah, duduk sini dengan daddy Jeon, alaa bucu bucu baby sayang. Wangi semerbak!" Lengan Jungkook dipukul lagi, meletus tawa Jungkook jadinya.
"Mommy! Mommy! Hyun nak puding strawberi!"
"Minnie pun nak!"
"Eah sibuk je!" Min Ji Hyun, anak sulung perempuan Yoongi itu terus melangkah naik ke pangkuan aku. Tak mahu kalah, anak kedua Yoongi, Min Jae Min pula memanjat naik kaki aku. Jungkook mengalihkan piring puding kecil dari aku.
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari