《85》

3.8K 351 31
                                    

🐰

"Dah tau akan mabuk teruk macam ni kenapa minum jugak? Tahu tak alkohol tu tak bagus untuk kesihatan? Nasiblah saya ada, kalau tak?" Jungkook membebel sebaik dia memapah Rachel menuju ke bilik hotelnya. Rachel hanya bergumam tidak jelas sementara pelukan pada pinggang Jungkook hampir terlepas.


"Hisy! Mana kunci bilik?" Jungkook menyeluk tas tangan Rachel lalu memasukkannya kedalam lubang kunci lalu memulas tombol pintu. Jungkook memapah Rachel masuk kedalam bilik. Tubuh gadis itu dibaringkan atas katil sebelum dia mengambil tempat di birai katil. Penat sangat!

"Huh.."

"Jungkook.."

"Hem?" Jungkook menoleh, Rachel kembali duduk berteleku diatas katil seraya memejamkan matanya. Jungkook mengeluh perlahan. Baru sahaja dia mahu baringkan Rachel atas katil semula, gadis itu sudah menolak Jungkook. Sekarang Jungkook pula yang terbaring atas katil dengan wajah terkejut.

"Rachel.. ke- kenapa ni?"

"Duduk diam- diam! Saya nak confess sesuatu pada awak. Encik, Jeon- Jung- Kook" kata Rachel, dia duduk diatas riba Jungkook, buatkan lelaki itu mengetap bibir. Perasaannya pelbagai. Rachel menggosok matanya sebelum dia letakkan tapak tangannya atas dada Jungkook. Sungguh dia cakap, dia sekarang tengah berada dibawah pengaruh alkohol dan sukar untuknya menyedari perbuatan yang sedang dia lakukan.

Jantung Jungkook berdegup kencang, seperti baru lari marathon. Memanglah gadis itu sedang dibawah pengaruh alkohol, tapi ini memang benar- benar menguji dia!

"Apa awak buat pada hati saya? Puaslah sebab seksa saya macam ni? Sukalah bila hati saya sakit?" Kata Rachel, dia renung wajah Jungkook yang tidak tahu apa- apa itu. Dahi lelaki itu berkerut, dia menelan liur bila Rachel merapatkan wajah tapi kembali menjauh. Sedikit sebanyak Jungkook mulai diterpa rasa kecewa yang amat. Adakah sekarang Rachel sedang mempermain- mainkannya? Jungkook hanya memerhati gerak geri Rachel.

"Jungkook.. ini saya"

"Rachel, I know. This is you. Rachel Kim, my PA-"

"No! Saya bukan PA awak! Saya bukan orang asing! Ini saya Jungkook! Cubalah ingat saya! Ini saya, Rachel Kim. Isteri awak.." kata Rachel buatkan Jungkook mendiamkan diri. Lidah dia terkelu, dia tak tahu nak balas apa. Macam mana dia hendak percayakan gadis itu?

"Jungkook.."

"Rachel, how can I believe you?" Soal Jungkook, Rachel mengetap bibir sebelum tanpa amaran dia kecup bibir Jungkook. Membulat anak mata lelaki itu bila gadis itu bertindak sedemikian. Jungkook mulai membalasnya, tapi hatinya mengatakan yang ini salah. Jungkook kemam bibir, dia duduk diatas katil. Rachel meleraikan ciuman.

"Awak nak saya buktikan macam mana lagi? Saya memang isteri awak yang sah. Jungkook.. this is me. Your wife, Rachel Kim" rayu Rachel. Jungkook menahan tubuhnya dari berbaring lagi. Wajah Rachel yang merah ingin menangis itu dia renung dengan perasaan bersalah.

"Saya.. tak ingat awak"

"Rcjeonjeon itu saya. You use that for my nickname. Tolonglah ingat saya Jungkook.. tolonglah percayakan saya" Rachel memeluk leher Jungkook, matanya kuyu, dia memang dibawah pengaruh alkohol dan dalam masa yang sama dia dibawah pengaruh emosi juga. Dia memang mahu Jungkook mengingatnya, tapi kalau dengan paksaan, dia bimbang kesihatan lelaki itu terjejas lebih- lebih lagi bila acap kali sakit kepala akan menyerang bila Jungkook cuba mengingatinya.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now