《55》

4.2K 363 16
                                    

🐰

"So, bila plan ni nak jalan?"

"Biar dia enjoy dengan wife dia dulu"

.

.

"Drank, swalla la la"

Rachel yang bernyanyi kecil ditepi meja solek dijeling sekilas. Dia renung wajahnya kedalam cermin sebelum kot hitam dicapai dan disangkut kebaju. Lengan gadis itu dicuit, bibirnya memuncung ke arah neck tie yang terletak elok diatas meja kecil samping gadis itu.

"Takkan tak pandai pakai neck tie pulak awak ni?" Berkerut dahi Rachel bila Jungkook meminta dia pakaikan tali leher. Macam- macamlah anak arnab ni. Yeontan yang berada didalam pelukan Rachel diletakkan atas lantai lalu anjing kecil tersebut berlari naik ke atas katil. Dengan gerakan melambat Rachel merapatkan diri dengan Jungkook dan capai neck tie tu dalam gerakan melambat.

"Hari ni balik lambat ke?"

"Kalau tak ada anak ayam mengacau, aku balik awal- lah" jawab Jungkook buatkan dahi Rachel berkerut sekali lagi. Asyik berkerut je sekor ni, tua cepat kang baru tahu. Melihatkan ekspresi wajah Rachel dah boleh buatkan Jungkook tergelak. Tapi dia tahan je, nak control macholah katakan.

"Anak ayam apa hah? Anak ayam apa? Tak cukup ada saya nak ada anak ayam lain jugak ke? Berapa dah awak pasang?!" Soal Rachel dengan dada yang rasanya yang nak meletup bila- bila masa saja. Mahu diseliginya kepala Jungkook ni agaknya. Jungkook tergelak kecil, dia rendahkan badan dan kedua tapak tangannya diletakkan dikiri dan kanan dimeja solek belakang Rachel. Menghalang gadis itu dari berjalan pergi tinggalkan dia dalam bilik seorang diri.

"Gurau jelah-"

"Gurau- gurau jugak Jungkook. Ni, kalau tapak tangan saya sampai kat sini, makan pakai straw awak nanti" balas Rachel lalu dia tekupkan tapak tangannya pada pipi Jungkook. Lelaki itu tersengih suka, bibirnya memuncung panjang. Alahh gurau- gurau manja gitu, apa salahnya dengan wife jugak- kan. Lainlah kalau gurau dengan wife orang lain. Tempah maut ke apa manusia sekoq ni?

"Mianhae.." lirih Jungkook, tapak tangan putih mulus Rachel dicapai sebelum dikecup berulang- ulang kali kerana geram. Sebenarnya dia tak ada niat pun nak cakap macam tu, bila dia tak ada benda nak cakap, mulalah dia melalut benda bukan- bukan. Dia tak ada ayat lain pun nak cakap selain, I love you.

"Saya keluar dengan Yeontan hari ni boleh?"

"Kau nak bawa pergi mana pulak anjing tu?" Soal Jungkook dengan nada suara tak puas hati seraya menekan perkataan anjing yang merujuk kepada Yeontan. Rachel menjeling Jungkook, neck tie lelaki itu dia betulkan sebelum dia tarik perlahan hingga wajah mereka berhadapan.

"Dengan anjing pun nak jealous ke. Macamlah anjing tu boleh bawa saya lari. Saya nak bawa dia walk dekat taman hujung sana. Bukannya jauh sangat pun, dengan Ren unnie, sekaligus ajak Ren unnie jalan- jalan tengok sekitar perumahan ni" terang Rachel dengan bibir yang termuncung- muncung. Jungkook jongketkan kening.

"Dia kan dah ada Hoseok, kenapa tak ajak Hoseok hyung je?" Kata Jungkook, dia jarakkan diri dengan Rachel, gadis itu lepaskan pegangan pada neck tie lelaki itu sebelum berpeluk tubuh.

"Hoseok oppa sibuklah! Nanti malam baru dia ada free time untuk Ren unnie. Bolehlah Jungkook, kejap je" Balas Rachel lagi. Jungkook tidak merespon, dia masukkan kedua tapak tangannya kedalam poket sebelum memalingkan wajahnya pada Rachel, pipi ditolak menggunakan lidah.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now