🐰
"Eo? Ren unnie!"Rachel yang baru melangkah masuk kedalam rumah, terus meluru mendapatkan wanita berusia 20- an bernama Sakura Ren, kacukan korea-jepun, bermata bulat dan merupakan tunang Hoseok. Sememangnya cantik. Ren menjongketkan kening, Rachel yang sedang bergayut dilengannya dia pandang serba- serbi.
"Ehh Rachel?" Ren tersenyum kecil lalu dia tepuk lengan Rachel supaya gadis itu berganjak sedikit darinya. Rachel ni memang, semua orang dia nak peluk, taklah semua, i mean, mereka- mereka yang dia kenal aje. Jungkook hanya memerhati dengan pandangan pelik, dia ambik tempat duduk diatas sofa, didepannya Yoongi sedang menghirup kopinya yang masih berasap kecil.
"So, problem dah selesai?" Soal Yoongi dengan nada suara yang sedaya upaya direndahkan. Dia pandang gerak geri Rachel, Ren dan Minjoo yang sedang bergelak ketawa didalam dapur kemudian dia pandang Jungkook balik. Jungkook senyum segaris sebelum tersengih kecil, alah malu- malu kucing gitu. Yoongi anggukkan kepala, faham.
"Hyung.. thank you sebab benarkan aku bawa Rachel pergi- err.. bercuti" kata Jungkook, sedikit tergagap bila dia menyebut perkataan 'hyung', serentak ketiga- tiga kepala memandang kearahnya, siapa lagi kalau bukan Namjoon, Hoseok dan Yoongi yang turut serta dalam perbualan tersebut. Yoongi hanya menyengih saja, sekarang, dia sudah mampu meletakkan 80% kepercayaannya kepada Jeon Jungkook untuk menjaga Rachel. Manalah tahu, sesuatu yang tak baik berlaku pada mereka, manalah tahu kan? 20% lagi? Fuhhh tak tahulah nak terangkan macam mana.
Sejujurnya Yoongi masih ragu lagi dengan Jungkook. Lelaki itu, dia rasakan seperti ada aura lain pada Jungkook. Entahlah apa itu, yang pastinya Yoongi boleh merasainya bahkan sekarang juga. Dia renung tepat kearah anak mata Jungkook, buatkan lelaki tertunduk, see, there's something fishy.
"Lepas ni kau nak masuk office balik ke?" Tanya Namjoon, dia capai remote tv yang ada ditepi paha Yoongi sebelum dia tukar ke siaran yang lebih menyenangkan, kemudian dia capai biskut cip coklat dan disumbat masuk kedalam mulutnya. Jungkook hanya berdehem, tanda ya. Kemudian dia pandang Rachel yang sedang mendaki anak tangga naik ke tingkat atas.
"Ahh hyung, aku naik dululah" kata Jungkook sebelum dia meluru mengikuti Rachel naik ke tingkat atas. Rachel yang baru hendak membuka pintu bilik terus menoleh bila Jungkook dah berura- ura mahu merempuhnya. Refleks tubuhnya tersandar pada pintu bilik kerana Jungkook merapatkan dirinya dengan Rachel.
"Ya- yah nak apa?"
"Kau, aku nak kau" bisik Jungkook seraya tombol pintu dipulas dan refleks tubuh Rachel tertolak masuk. Nasiblah tak tersembam jatuh ke lantai kalau Jungkook tidak menahan badannya. Laju saja Jungkook menolak pintu bilik menggunakan kakinya sementara tangannya yang satu lagi membuka butang baju kemejanya. Anak mata Rachel terbeliak besar.
"Yahh!!! Apa awak nak buat hah?!" Rachel tolak tubuh Jungkook buatkan lelaki itu terjarak dengannya. Jungkook naikkan keningnya satu, mengendahkan suara bebelan Rachel sementara dia sudah selesai melepas bajunya sendiri. Rachel telan air liur bila Jungkook mengatur langkah menghampiri Rachel dalam keadaan half naked.
"Kau rasa apa aku nak buat? Think positive sayang.." kata Jungkook, rambut hitamnya dia raup kebelakang, dia smirk nakal bila tengok Rachel yang dah macam tercekik tulang ikan tengok Jungkook yang sedang meregangkan badannya. Sengaja nak nampakkan otot- otot musclenya itu. Tch, Dasar Bunny!
"Nak senaman huh?"
"Pabo" sepatah perkataan terpacul di bibir merah mereka Jungkook sebelum dia bergerak ke katil dan hempaskan badannya diatas katil. Rachel larikan pandangan mata, nanti tak pasai- pasai dia kena cap tengah meng-usya body Jungkook. Haaa. Dia berjalan ke arah almari dan mencapai tuala mandi disana. Entahlah badan rasa melekit saja. Rasa tak selesalah pulak.
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fiksi Penggemar[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari