《59》

3.4K 332 8
                                    

🐰


"Tuan, meeting hari ni-"

"Jam berapa dah ni?" Soal Jungkook pada Minjung. Gadis itu menjongketkan keningnya. Bila melihat wajah dingin Jungkook, cepat- cepat dia kerling jam tangannya.

"Jam 8:45 malam, Tuan. Kejap lagi Tuan ada meeting dengan-"

"Batal! Batalkan semua aktiviti yang aku perlu buat malam ni. Cari hari lain, aku tak masa sekarang ni, aku kena pergi!" Tengking Jungkook sebelum berlari keluar dari pejabatnya.

Berkali- kali dia kerling melihat jam di dashboard kereta. Semuanya salah dia sebab terleka dengan kerja di pejabat sampai lupa akan janjinya dengan isteri kesayangan untuk dinner malam ni. Haish!

Rosak! Semuanya rosak!

Jungkook memukul stereng kereta bila dia tersangkut di kesesakan jalan raya malam itu. Bibirnya diketap, rasa bersalah dengan Rachel lebih tepatnya. Akhirnya apabila sudah hampir 15 minit terperangkap dalam jam, Jungkook memarking kereta Audinya di kotak parking sebelum berlari keluar dari kereta menuju ke Restaurant tersebut. Rasa bersalah makin bergunung bila restoran tersebut sudah tutup.

"No way.." keluh Jungkook seraya memegang lututnya. Udara sejuk pada malam itu tidak dapat menyejukkan hatinya yang sudah panas kerana rasa bersalah sangat dengan Rachel.

"Jungkook!" Panggil seseorang serentak lengannya dipukul perlahan. Perlahan- lahan lelaki itu memutarkan tubuh untuk memandang empunya suara. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Rachel? Dengan muka monyok Rachel memeluk tubuhnya yang hanya mengenakan dress pendek berwarna hitam kerana udara sejuk.

"Kenapa lambat? Awak tahu tak kaki saya dah kebas sebab lama sangat berdiri. Tengok, restoran pun dah tu-" tanpa sempat Rachel menghabiskan bebelannya. Jungkook sudah menarik gadis itu kedalam dakapan hangatnya. Automatik dahi Rachel berkerut. Jungkook memeluk Rachel erat, seperti tak ada hari esok.

"I'm sorry sayang. I'm so sorry.." bisik Jungkook perlahan. Dia sembamkan wajahnya pada leher Rachel untuk menghangatkan bahagian leher gadis itu. Rachel hanya mendiamkan diri, dia masukkan separuh tubuhnya dalam kot hitam Jungkook lalu memeluk pinggang Jungkook.

"Nan gwenchana" kata Rachel menandakan yang dia benar- benar okay. Tapi itu semua tidak dapat meredakan rasa bersalah Jungkook. Lelaki itu meleraikan pelukan sebelum menekup kedua belah pipi Rachel.

"Aku minta maaf, aku sibuk sangat dekat ofis sampai lupa-"

Cup!

"Saya cakap tak apa tu, tak apalah kan? Sekarang belanja saya makan jjampong dan teobeokki! Saya dah lapar ni, sebab tunggu awak dari tadi. Boleh kan?" Kata Rachel setelah menghadiahkan sekilas ciuman pada pipi Jungkook. Lelaki itu diamkan diri, kaku lebih tepatnya bila melihat keberanian Rachel sekarang.

"Rachel-"

"Kajja eo? Naneun begoppa!" Rachel menarik lengan Jungkook lalu berlari menyeberang ke sebelah apabila lampu bertukar merah. Jungkook hanya menuruti permintaan Rachel dengan senyuman yang tak lengkang di bibir.

Mereka sampai di sebuah gerai kecil yang terletak berhampiran dengan Sungai Han.

"Ahjumma, saya nak 2 mangkuk jjampong dan satu mangkuk teobeokki."

"Ne"

"Come here, anja" Rachel menarik Jungkook bila lelaki itu nampak seperti Rusa masuk kampung saja. Terpinga- pinga sejak masuk kedalam gerai kecil tersebut.

"Waeyo Jungkook- ah?"

"Ani.." jawab Jungkook seraya menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia mengambil tempat di samping Rachel lalu melihat ke seliling, sebenarnya, ini first time dia makan kat gerai makan kecil macam ni. Hem, for the first time in forever..

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now