《86》

3.8K 341 25
                                    

🐰

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celahan langsir dalam hotel tersebut buatkan lena Rachel terganggu. Gadis itu mencelikkan kelopak matanya perlahan- lahan sebelum membukanya luas. Benda pertama yang dia lihat adalah siling bilik hotel berwarna putih.

Rachel menoleh ke kiri, kosong. Ya, mestilah kosong, takkanlah ada orang lain yang tidur-

"Hai, dah bangun?"

Suara garau seorang lelaki buatkan mata Rachel yang masih layu tadi terus menjadi segar bugar. Laju dia dia duduk diatas katil. Jungkook yang memakai bathrobe ditubuhnya itu dipandang dengan pandangan tak percaya. Rachel bulatkan mata, dia intip tubuhnya dibawah selimut. Dia naked!

"Apa awak buat?!" Jerit Rachel sebelum bantal kepala dia baling pada Jungkook. Sungguh dia rasa nak menangis sekarang ni, takkanlah disebabkan dia tak tahu apa- apa dan bertindak di luar kawalan semalam, Jungkook hanya relakan saja apa yang dia buat terhadap lelaki tersebut? Tanpa ada niat langsung nak menolak?

"Hey, hey. Sayang, it's okay. Bawa bertenang, saya akan ceritakan semuanya, perlahan- lahan dan satu- satu. Awak janganlah risau.."

"Macam mana saya tak risau?! Apa awak buat pada saya hah?! Jeon Jungkook?!"

"Rachel, awak mabuk teruk semalam. Awak.. hilang kawalan dan goda saya dulu. Maaf, saya.. saya tak dapat nak kawal-" Belum pun Jungkook habiskan ayat dia, Rachel sudah menangis kuat. Jungkook jadi gelabah, laju dia hampiri Rachel sebelum tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan.

"Maafkan saya, saya tak sengaja. Maafkan saya sayang, maafkan saya.."

"Jungkook.."

"Saya ingat benda ni okay, sebab awak sendiri cakap yang saya ni suami awak, dan awak ni isteri saya. Saya anggap kita dah halal" kata- kata Jungkook buatkan Rachel berhenti menangis. Dia jarakkan diri dari Jungkook untuk memandang wajah lelaki itu.

"Apa awak cakap?"

"Saya ni suami awak dan awak ni isteri saya, itu yang saya tahu berdasarkan apa yang awak beritahu saya semalam.." kata Jungkook, dia kesat air mata Rachel dengan ibu jarinya perlahan kemudian memperbetulkan selimut yang membaluti tubuh gadis itu sebagai langkah berjaga- jaga sahaja.

"Saya.. isteri awak dan awak ni suami saya?" Tanya Rachel semula kerana dia bimbang yang dia tersalah dengar. Jungkook mengangguk kecil. Laju saja Rachel melompat memeluk leher Jungkook. Mahu saja dia menjerit sebab gembira yang teramat. Bibir Jungkook menaik mengukir senyum lebar, dia gembira kalau gadis itu gembira.

"Jadi, a- awak dah ingat?"

"Belum.. tapi saya akan cuba. Awak bantulah sekali, jangan asyik nak buat saya jealous je. Saya tak kuat nak tanggung sakit cemburu tu macam mana, saya tak tahu apa akan jadi kalau awak asyik buat saya cemburu. Maaf sayang, sebab tak notice awak dari dulu" bisik Jungkook sebelum dia meleraikan pelukan. Rachel hanya tersengih kecil.

"Saya akan tolong awak dengan kuasa cinta saya!"

"Ceh, cinta konon. Bila saya tanya kenapa saya penting dalam hidup awak, mulalah nak berdalih bagai. Cinta ke macam tu?" Jungkook mulai mengungkit seraya menghadiahkan jelingan pada gadis itu. Rachel ketawa kecil, dia betulkan selimutnya.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now