🐰
"Ni, telan ubat ni"
Rachel menghulurkan panadol serta satu gelas air mineral pada Jungkook. Lelaki itu mengambilnya tanpa banyak bunyi. Jungkook menebuk 2 biji panadol sebelum dimasukkan kedalam mulut bersama air. Kemudian dia hulurkan semula gelas pada Rachel.
"Kalau sakit kepala awak tu tak kebah lagi, baik kita pergi hospital. Nanti melarat" kata Rachel seraya meletakkan gelas diatas meja lampu. Jungkook hanya memerhati gerak geri Rachel dengan senyuman kecil. Dia sandarkan tubuh pada papan katil, rambut hitamnya diraup.
"It's weird"
"Hem?"
"Everytime you around me, it's feel so.. so weird. Everything seem familiar.. is that.. Love?" Kata Jungkook dengan nada rendah yang sedikit menggoda. Rachel mengetap bibir, dia renung sekejap lampu tidur sebelum bergerak ke bagasinya. Fail berwarna biru muda dicapainya lalu dia bergerak menghampiri Jungkook semula. Kening Jungkook terangkat sebaik Rachel menyuakan fail kepadanya.
"Laporan kerja dan surat kontrak yang perlu awak bawa esok. Kalau tak ada apa- apa, saya rasa awak boleh balik bilik sendirilah" kata Rachel cuba menukar topik buatkan Jungkook terdiam sejenak. Dia merenung fail yang dihulurkan Rachel. Fikirannya melayang seketika. Dia tarik sengih kecil.
"Em.."
Jungkook menyambut huluran fail tersebut lalu meletaknya di tepi sebelum sepantas kilat dia tarik lembut pergelangan tangan Rachel bila gadis itu bertindak ingin menjauh darinya. Sikit lagi Rachel hampir jatuh menyembam Jungkook, nasiblah dia pandai imbang badan. Kalau tak..
"Kenapa nak lari?"
"Siapa yang lari?" Rachel mengetap bibir. Dia tahu apa yang Jungkook cuba sampaikan. Lelaki itu sedikit sebanyak boleh membaca gerak geri serta mungkin perasaannya. Tapi Jungkook yang dulu bukanlah sekarang. Dia Jungkook yang lain, lelaki yang mampu buatkan hatinya terguris hanya dengan mengatakan perkataan maaf, saya tak ingat. Ergh, sakitnya!
"Awaklah. Selalu sangat nak lari dari saya. Saya ni scary ke?" Bisik Jungkook, dia eratkan pegangan buatkan Rachel semakin tertunduk. Wajah mereka berhadapan antara satu sama lain yang jarak mereka hanya beberapa inci. Rachel menelan liur bila merasa deru nafas Jungkook terasa di pipinya. Serta merta jantungnya berdegup kencang. Sepantas kilat dia jarakkan diri dari Jungkook.
"Ma- mana adalah! Awak pergilah balik bilik awak. Saya nak kemas barang ni. Fuhh" Rachel mengipas wajahnya sebelum dia bergerak duduk diatas kerusi di meja kecil di suatu sudut di bilik tersebut. Kalau berlama- lama dia dekat dengan Jungkook lain yang jadi nanti. Haih! Susah betul dapat suami hilang ingatan ni. Lebih- lebih lagi mengancam jiwa raga!
"Thank sweetheart, sebab siapkan fail yang saya minta." bisik Jungkook tepat ditelinga aku. Mahu jatuh terjelepok aku bila dia bisik dengan suara dia yang menggoda tu. Kan aku dah cakap?! Jungkook ni mengancam jiwa raga aku! Tambah lagi dengan penampilan dia yang hot ni. Heisy! Aku selaku isteri pun rasa terancam.
Rachel jarakkan diri, belum pun sempat dia hendak berdiri, Jungkook lebih pantas menghalang jalannya dengan meletakkan kedua tapak tangannya di kiri dan kanan penghadang kerusi, buatkan Rachel kakukan tubuh.
Pandangan Jungkook, tambah lagi dengan wangian maskulin Jungkook buatkan atmosfera menjadi overwhelming. Begitu menyamankan. Jungkook jongket kening, dia tarik sengih kecil bila Rachel merenungnya dengan pandangan innocent, nampak comel saja di pandangan matanya.
PA- nya itu memang cantik. Dengan solekan tipis ataupun tidak bersolek langsung kerana gadis itu sudah sedia semula jadi cantik. Neutral beauty. Yup. Jungkook kemam bibir.
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari