《76》

3.2K 377 23
                                    


Dear reader, segala comment dan vote dari anda amatlah dihargai. Terima kasih kerana menyokong!💓

🐰

"Hey, petang ni saya tak dapat ambil awak balik. Jadi, em saya tinggalkan Yeontan kat awak, boleh?"

"Boleh je, tapi awak hantar jam berapa? Rasanya saya akan balik lambat hari ni. Jungkook tu, moody semacam je sehari dua ni" kata Rachel seraya melahap sandwich tunanya. Taehyung ketawa kecil bila melihat bibir gadis itu muncung sedepa.

"Awak ada buat silap lah tu ataupun mungkin dia cemburu" kata Taehyung. Dia memberhentikan kereta ketika lampu bertukar merah. Rachel menelan sandwichnya sebelum menjawab.

"Buat apa dia nak jeles? Saya bukannya keluar dengan lelaki lain, just bercakap dengan beberapa staf lelaki, itu je. Bukannya melalut bukan- bukan" jawab Rachel. Taehyung hanya menyengih. Jungkook ni, hilang ingatan pun boleh cemburu buta. Kalau dia ingat sekalipun, habis dia lancarkan perang dingin dengan Rachel sebab cemburu buta.

"Ahh Tae! Hari tu ada seorang perempuan ni datang, saya tak berapa kenal. Tapi Jungkook panggil dia Jieun noona. Eii! Dia tu annoying lah! Berlakon macam dia tu isteri Jungkook. Clingy betul! Saya selaku isteri dia tak clingy macam tu" Rachel mencebik. Taehyung menggeleng kecil. Jieun ni, tak habis- habis.

"Iyeke tak clingy?"

"Eheee clingy tu clingylah jugak! Tapi saya taklah sampai datang pejabat Jungkook semata-mata nak tanya dia okay atau tidak! Eeeee geramnya saya!!" Rachel menepuk- nepuk pahanya macam dia tengah tepuk muka Jieun. Nampak tak kat situ yang tahap kegeraman Rachel tu dah sampai mana?

Nasiblah boleh tahan lagi, kalau tak, Jieun dah boleh buat temu janji dengan doktor sebab rosak saraf muka.

"Jealous eah?"

"Siapa je yang tak jealous? Kalau boleh saya nak. Eeeeee rasa nak pak pak je muka dia-"

"Garangnya awak ni. Jangan sampai ada orang mati sebab rasa cemburu awak tu" kata Taehyung sebelum membelokkan kereta dan berhenti di hadapan gerbang bangunan putih milik Jungkook itu.

Rachel membetulkan rambutnya sebelum bergerak keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup.

"Bye Taehyung! Hati-hati bila memandu tu" pesan Rachel seraya melambaikan tapak tangan dan disambut anggukan dari Taehyung. Dia senyum kotak sebelum memandu keluar dari perkarangan syarikat Jungkook.

Rachel berjalan masuk kedalam bangunan dan menekan butan lift tingkat 8. Dia melirik ke jam tangan di pergelangan tangan, dia awal 15 minit dari Encik Suami. Ehe!

Ting!

Rachel bergerak keluar dari lift dan sebaik dia keluar, June, selaku staf bahagian pemasaran melambaikan tangannya pada aku. Aku naikkan kening sebelum melangkah merapatinya. Dia pegang lengan aku sebelum berbisik perlahan.

"Ada lelaki handsome nak jumpa awak. Dia mengaku yang dia tu boyfriend awak." Kata June buatkan dahi aku berkerut pelik. Aik? Sejak bila aku berteman lelaki ni? Setahu aku, aku sudah berkahwin dan tak mungkin mempunyai hubungan dengan mana- mana lelaki.

"Siapa nama dia?"

"Em, Jeman? Jemun? Hisy saya dah lupalah! Tapi dia kacak tau, bertuah awak.." pujinya seraya menggosok lengan aku. Meremang bulu roma aku jadinya. Bukan apa, June ni lembut sikit, tulah bila dia buat macam tu aku rasa geli geleman. Ya tuhan!

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now