《75》

3.5K 361 14
                                    

🐰

"So, Taehyung tunggu awak kat pejabat ke?"

"Probably-"

"Ouh. Tapi saya tak ada niat pun nak patah balik kat pejabat." Jawapan dari Jungkook buatkan Rachel terdiam. Dia yang sudah berada didalam perut kereta dana memandang ke arah Jungkook memasang wajah selamba saja seraya menghidupkan enjin kereta.

"Jadi macam mana?"

"Huaa nan molla! Kenapa awak tak cakap ke tadi? Time macam ni mana ada teksi! Grab pun saya tak pernah guna" Rachel meremas rambutnya. Jungkook mendiamkan diri lalu meletak tangannya pada stereng kereta. Dia menoleh kereta sebelum berdehem kecil.

"Bagi alamat, saya hantar awak pulang" Jungkook berkata, dia mengundurkan kereta lalu membelokkannya kereta menuju ke destinasi yang ada dalam kepala dia.

"Betul ni awak nak hantar saya?"

"Ya"

"Huwaaa gomawo Jungkook- ah!!" Rachel mengatakan alamat rumahnya dengan lancar sebelum Jungkook membelokkan kereta, kearah jalan yang bertentangan dengan jalan rumahnya. Dahinya berkerut, kerana alamat rumah tersebut seakan familiar ditelinganya, begitu jugak dengan jalan ke rumah tersebut.

Buktinya, dia langsung tidak bertanya kepada gadis itu tentang jalan tersebut. Betul atau tidak, dia hanya memandu mengikut naluri hatinya sahaja.

Kereta Jungkook bergerak masuk ke halaman rumah banglo dua tingkat. Disitu sudah ada kereta lain yang terparkir di luar rumah. Kereta Taehyung semestinya. Taehyung yang sedang bersandar pada kereta itu cepat- cepat menegakkan badan.

"Thank you Jungkook-"

"Taehyung buat apa kat sini? I mean, waktu malam macam ni?" Soal Jungkook. Dia matikan enjin kereta sebelum bergerak turun dari kereta. Rachel menepuk dahi sebelum mengemas segala barangnya lalu dibawa keluar.

"Err Taehyung ni-"

"Aku just nak hantar Yeontan je. Jangan risaulah, kami tak ada apa- apa. Dari mana Jungkook? Keluar berdua je ke?" Taehyung membuka pintu kereta, serentak Yeontan melompat turun dan berlari mendapatkan Rachel. Hampir terjatuh gadis itu bila Yeontan bertindak melompat ke badannya.

"Aigoo, rindu mama eah?"

Rachel mengelus Yeontan lalu mengangkatnya. Laju Taehyung menghalang bila fail- fail yang dipegang hampir jatuh ke atas tanah. Dia ambil fail tersebut.

"Pergi bukak pintu dulu, nanti saya tolong bawakan fail ni" kata Taehyung lembut, dia melirik ke Jungkook. Lelaki itu hanya merenung mereka sebelum memandang ke arah lain. Tubuhnya dipeluk. Rachel mengangguk faham lalu mengeluarkan kunci, membuka pintu rumah.

"Bye Jungkook!"

Rachel melambaikan tangannya kepada Jungkook. Lelaki itu menjeling buatkan Taehyung ketawa kecil. Dia bergerak menghampiri Jungkook dengan memeluk 3 buah fail dari Rachel.

"Kau buli dia, Kook?"

"Tak adalah. Itu part time job yang dia kena buat. Bukan style aku nak buli pekerja bagai" jawab Jungkook. Taehyung menganggukkan kepala. Masing- masing terdiam buat seketika. Jungkook memandang lurus ke depan. Taehyung pun begitu, masing- masing dengan pemikiran mereka.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now