🐰
"Sayang.."
Jungkook tahan Rachel dari bergerak keluar tanpa menunggu dirinya. Rachel mengeras didepan pintu, kalau boleh kan mahu je dia pelengkung Jungkook ni. Dari tadi asyik merengek- rengek aje. Hisy.
"Let me go Jungkook, hajima.."
Rachel menjerit kecil bila Jungkook mengangkat tubuhnya dan meletakkan tubuh kecilnya diatas meja solek. Badan Jungkook yang masih tak berbaju tu dia pukul. Macam mana Rachel tak menjerit kalau Jungkook hanya mengenakan tuala mandi sahaja yang melilit dipinggangnya. Gila anak jebon ni.
"Apa awak buat hah? Pergi pakai bajulah!" Rachel menekup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Jungkook ketawa kecil, dia peluk pinggang Rachel lalu menghujani leher isterinya dengan ciuman lembut. Eiii Rachel ni pepagi dah buat dia tergoda. Rachel menahan dada Jungkook dari terus menerus mencium lehernya. Rasa geli geleman dibuatnya.
"Kau ni asal wangi sangat? Pakai jampi apa hah?" Tanya Jungkook dan mengepung Rachel menggunakan kedua tangannya. Kekadang dia terfikir juga, Rachel ni ada pakai guna- guna sampai Jungkook rasa tak nak renggang aje dari budak ni.
"Saya pakai jampi pengasih, biar awak tak lepas dari saya. Eiii awak ni dah gila ke apa? Manalah saya tahu selok belok nak guna jampi- jampi ni. Lagipun buat apa saya nak jampi awak yang sudah sedia 'terjampi' oleh saya ni? Membazir duit aje buat benda tak berfaedah tu" bebel Rachel, dia larikan pandangan dari memandang Jungkook yang semestinya sedang menyengih lebar. Nak tayangkan badan dia yang berketak- ketak la tu.
"Ye ke?"
"Yalah" laju Rachel menjawab. Dia pandang Jungkook dan beranikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki itu, tapi makin wajah dia panas adalah. Jungkook gelak kecil. Dia cium sekilas bibir mungil Rachel sebelum lengan gadis itu ditarik.
"Nak pergi mana lagi ni?"
"Senaman sayang, macam selalu" katanya dan cempung badan Rachel yang ringan saja bagi Jungkook tu dan buat senaman sit up. Rachel kalungkan lengan dia pada leher Jungkook. Jungkook mulai melakukan senamannya dengan kiraan dari Rachel yang dah rasa mengantuk tu.
"12.. 23-"
"Heyy, kiralah betul- betul" protes Jungkook. Rachel tidak menjawab, dia hanya pandang Jungkook tanpa sebarang perasaan dan sambung kira balik. Hisy, ni yang tak best nak buat senaman kalau Rachel tak membebel ni.
"Apa kata kita ubah?" Bisik Jungkook. Rachel angkat kening, nak ubah apa lagi? Elok- elok dah buat macam ni, nak ubah tang mana lagi tu? Dalam Rachel berkerut memikirkan posisi senaman yang baru, terasa badannya terhumbam diatas katil, cadangan Jungkook yang memang tak masuk akal.
"Awak nak saya patah tulang ke ap- Yah jangan datang dekat Jungkook!" Rachel menutup wajahnya dengan tangan apabila Jungkook sudah merangkak diatas katil dengan muka miang dia. Ya ampun! Jungkook sengih kecil dia sekarang dah on- top Rachel. Lelaki itu menarik tangan gadis itu untuk melihat wajah isterinya.
"Jungkook, jangan jadi gila boleh tak?! Hisy" Rachel muncungkan bibir, nak naikkan egonya sedikit. Walhal wajah dia dah rasa macam nak terbakar je bila tengok wajah Jungkook sangat dekat dengannya. Rachel telan air liur bila Jungkook mengunci tubuhnya menggunakan kedua tangannya. Dapat dia rasakan yang jarak Jungkook dengan dirinya makin dekat kerana nafas lelaki itu menampar- nampar pipinya.
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfic[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari