🐰
Rachel mengemam bibir, mug berisi kopi panas yang baru dia siapkan tadi dia renung sebelum memgangkat wajah memandang Jungkook. Lepastu tunduk balik.
What?!
Jantung jangan buat hal!
"So, you're Rachel Kim?"
Rachel mengangguk laju bila disoal dengan soalan yang lelaki itu sudah tahu. Jungkook memandang resume kerja Rachel yang Taehyung hantar kelmarin. Semuanya lengkap diisi.
"Apa cerita pasal hospital? Kenapa awak cakap saya ni suami awak?"
Gulp!
Mati kau Rachel!
"Err.. saya pun macam awak ju- juga. Lepas bangun dari tidur, saya terus rambang je cakap lelaki yang baru saya nampak suami saya. Saya minta maaf, saya buat tindakan luar kawal berdasarkan mimpi saya.." nada suara Rachel mengendur. Pandangan matanya mulai samar- samar. Rasa nak nangis pulak dah!
"Sebelum ni pernah kerja dengan Taehyung je ke? Dengan orang lain tak pernah?"
"Hah?" Rachel mengerutkan dahinya. Sejak bila dia berkerja dengan Taehyung pula?
"Dalam resume awak ni ada tertulis yang awak dah berkerja dengan Taehyung hampir 3 tahun. Kenapa tak teruskan?"
"Sa- saya nak cuba benda baru-"
"Awak fikir kerja ni main- main? Saya perlukan seseorang yang boleh guide saya. Seorang yang bertanggungjawab, bukan seorang yang kerja secara sambilewa. Bukan makan gaji buta. Now tell me, awak nak kerja dengan saya sebab apa? Ada motif lain ke?" Meninggi suara Jungkook menyoal Rachel.
"A- aniya. Saya betul- betul ikhlas nak kerja dengan awak. Tak ada langsung niat lain, ka- kalau awak tak nak terima saya, it's okay, saya boleh pergi, saya boleh je kerja tempat lain. Thank you.."
Rachel mengangkat punggung lalu berlari keluar dari meeting room tersebut. Bila dia sudah berada di luar bangunan pipinya yang basah akibat air mata itu dikesat, sakit pulak hati dia dengan Jungkook ni. Baru je dia nak capai phone, nak call teksi. Beg tangan dia pulak tak ada!
Hisy!
Mahu tak mahu dia terpaksa kena naik atas balik. Nak ambil beg dia sebab dalam tu ada document peribadi. Rachel menghendap- hendap melihat kedalam pejabat Jungkook, lelaki itu tidak ada disitu. Disitu, beg tangan Rachel tergeletak elok diatas sofa didalam pejabat Jungkook.
Aish!
Rachel masuk kedalam sebelum memandang kiri dan kanan, dengan langkah persis seorang pencuri, dia masuk kedalam pejabat Jungkook. Isi didalam beg tersebut digeledah sebelum dia menghela nafas lega. Lega sebab lengkap, tak ada kurang satu pun.
"Kenapa naik atas balik?"
Rachel mengetap bibir, sebaik dia pusing belakang melihat tuan empunya suara. Dia rasa macam kena panah. Jungkook sedang berpeluk tubuh memandangnya dengan kening yang terangkat satu. Gosh! Mengancam jiwa dan raga gue!
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari