《74》

3K 332 35
                                    

🐰

"Haah, yalah. Nanti saya siapkan Yeontan. Mandikan, beri makan. Awak janganlah risau, saya bukannya baru sehari dua dengan Tan yang perlu diingatkan beberapa kali. Hisy, pergilah sambung kerja! Saya nak marah ni! Nak marah!"

Rachel membebel seraya mengemas fail yang berantakan di meja kerjanya. Baru je beberapa minit kemudian Jungkook letak 4 buah fail atas meja dia untuk disemak. Haish, nak cakap dia ni PA je nampaknya dah lebih dari satu tugas yang tengah dia galas.

"Ahh, okay. Annyeong!"

Rachel mematikan panggilan. Taehyung tu memang risau sangat dengan Yeontan walhal Yeontan belum pun dia hantar kat rumah. Eee! Rachel memasukkan phonenya kedalam tas tangan dan belum pun sempat dia hendak melabuhkan punggung atas kerusi, dia nampak Jungkook tengah melambai- lambaikan tangannya kearah Rachel.

Adui, apa lagi yang dia nak ni?

Mahu tak mahu, dia terus bergerak masuk kedalam pejabat Jungkook. Dia jongketkan kening bila lelaki itu mengarahkannya untuk mendekat.

"Wae-"

"Sekarang waktu apa?" Soal Jungkook dengan nada dingin. Rachel melirik jam tangannya lalu pandang Jungkook semula.

"Waktu kerja?"

"Awak tahu sekarang waktu kerja, tapi kenapa masih sempat berfoya- foya dengan telefon? Call siapa tadi?" Soal Jungkook direct to the point. Dia alihkan pandangan, pura- pura sibuk dengan tumpukan kertas yang perlu dia tandatangan.

"Err saya call Taehyung-"

"Untuk?"

"Dia minta saya jagakan Yeontan dia. Anjing dia. Nanti malam dia hantar, maaf kalau hal macam tu menganggu waktu kerja saya" Rachel membungkukkan badan tanda meminta maaf. Jungkook mendiamkan diri, hatinya yang tidak tenang cuba ditenangkan.

Dia mendongakkan kepala, pandangan mata mereka bertemu. Mereka merenung satu sama lain dalam masa agak lama sebelum Jungkook mengalihkan pandangan. Kalah dengan pandangan mata yang seakan familiar terhadap dirinya itu.

"Apa sebenarnya hubungan awak dengan Taehyung?"

"Em? Ahh saya dengan dia hanya sepupu je-"

"Ya, i know. There's nothing special?" Jungkook menyoal. Rachel terkebil- kebil sebelum bibirnya mengukir sebuah senyuman kecil.

"Obsseo (tidak ada). Kenapa awak tanya?" Giliran Rachel pula menyoal. Lelaki itu terdiam, dia menyelak lembaran kertas, memikirkan jawapan yang tepat.

"Just asking. Lagipun sepupu dengan sepupu bukannya tak boleh bercinta pun kan? You can married each other"

"Macam mana kalau kami ada something?"

Laju Jungkook mendongakkan kepala. Dia pandang Rachel seakan ingin menelan gadis didepannya itu sekarang juga. Pen yang dipegang digenggam erat.

"What is something?"

"Aniya. Just asking because sometime you don't expect to whom you gonna fall in love with-"

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now