🐰
Rachel mendiamkan diri, Taehyung sudah tidak senang duduk dikerusi besi bersebelahan dengan gadis itu. Wajah keruh Rachel diperhatikan, bila- bila masa sahaja Rachel akan menangis kerana bila gadis itu mendapat tahu yang janinnya teracuni, dia terus mendiamkan diri."Siapa yang buat, Tae?"
"I don't know-"
"Mereka tak ada hati perut ke? Sa- saya rasa mereka bukan manusia. Mereka tu binatang! Sanggup mereka buat saya macam ni? Apa salah saya pada mereka Tae? Apa salah saya?!" Rachel sudah menangis, sepatutnya dia sudah boleh senyum gembira bila mendapat khabar bahawa dia mengandung, dia dah lama tunggu untuk menimang cahaya mata, tapi..
Apa yang dia dapat sekarang?
"Ya, saya tahu. Please jangan banyak bergerak, perut awak tu masih sakit. Mungkin akan bagi effect tak bagus pada rahim awak" pesan Taehyung seraya menahan lengan Rachel. Tubuh gadis itu disandarkan pada papan katil. Taehyung mengeluh kecil, Rachel yang sedang menundukkan wajahnya dia pandang sayu.
"Rachel.."
"Mana Jungkook, Tae? Dia tak tahu ke saya ada kat hospital?" Soalan Rachel buatkan Taehyung terdiam. Lelaki itu menjadi serba salah untuk menyatakan perkara sebenarnya, dia takut yang itu akan memberi effect pada kesihatan dia.
"Tae.."
Lengan Taehyung disentuh Rachel perlahan, gadis itu memandang Taehyung dengan anak mata redupnya. Taehyung menjadi serba salah. Tapak tangan Rachel dia sentuh lalu genggam lembut, dia senyum kecil sebelum mengetap bibir.
"Jungkook, dia.. terlibat dalam satu kemalangan jalan raya" jawab Taehyung berhasil buatkan Rachel terdiam dan memandangnya tak percaya.
"Mwo?"
"Jungkook dia-"
"Jangan tipu saya!" Lengan Taehyung ditepis Rachel, dadanya berdegup kencang, hatinya yang sedia berkecai tambah berkecai bila mendengar berita tersebut. Air mata Rachel jatuh bercucuran pada pipi, sungguh kejam manusia yang melakukan perkara tersebut kepada mereka.
"Hhh huu hhhh!!"
Taehyung menarik Rachel kedalam pelukannya, bibirnya diketap, sedaya upaya menahan air mata jantannya jatuh. Rachel sudah menangis histeria dipelukannya, selepas satu, satu yang datang.
"Taehyung!"
Taehyung menoleh ke pintu wad yang terbuka. Wonwoo sedang tercungap- cungap kerana baru lepas berlari menuju ke wad pesakit Rachel yang jauh di hujung bangunan.
"Jungkook, dia- dia dapat diselamatkan. Tapi still tak sedarkan diri lagi. Aku harap sangat yang Rachel melawat dia." Kata Wonwoo, Taehyung diamkan diri. Rachel melepaskan pelukannya pada pinggang Taehyung lalu memandang Wonwoo. Lengan Taehyung digoncang.
"Tae, saya nak jumpa Jungkook!"
"Tapi Rachel, awakkan belum sembuh-"
"Aniya! Saya dah sembuhlah! Please.. bawa saya jumpa dia. Saya nak tengok dia, Taehyung.. please.." rayu Rachel seraya menggoncang lengan Taehyung. Lelaki itu mengetap bibir, bukan dia nak menjadi batu penghalang untuk menghalang Rachel menemui Jungkook. Cuma, Rachel kan baru sahaja kehilangan anak, kalau dia banyak bergerak mungkin akan bagi effect pada rahim.
"Tae.."
"Okay, saya bawa awak jumpa dia. Tunggu sini, saya ambil wheelchair kejap." Kata Taehyung lalu berlari keluar lalu kembali sambil membawa wheelchair. Tubuh Rachel diangkat lalu diletakkan disitu. Mereka menyusuri koridor untuk pergi ke wad vip milik Jungkook.
"Saya tinggalkan awak kat sini" kata Taehyung lalu meninggalkan Rachel bersama Jungkook yang masih dalam keadaan koma. Taehyung tak dapat tahan perasaan bila Jungkook dah berada dalam keadaan macam tu.
"Kau dah bagitau Puan Jeon?" Tanya Taehyung pada Wonwoo, lelaki itu menganggukkan kepalanya tanda ya. Taehyung mengambil tempat di atas kerusi menunggu.
"Ya, dia dalam perjalanan"
"Tuan Jeon?"
"Hah.. dia tak sambut panggilan. Mungkin dia tengah berada di luar negara sekarang ni" jawab Wonwoo, rambut hitamnya diraup lalu pandangannya tertumpu pada kaki lima, disitu terlihat seorang lelaki lengkap berpakaian kot hitam sedang berjalan kearah mereka.
"Kau ada bagitau Jimin ke?"
"Aniya-"
"Taehyung, macam mana dengan keadaan Jungkook?" Jimin yang baru sampai terus menanyakan soalan. Dahi Taehyung berkerut, setahu dia, dia tak maklumkan sesiapa lagi perihal Jungkook kepada orang lain. Yang ada pun, hanya Puan Jeon dan kenalan Rachel.
"Kau.. macam kau tahu Jungkook kat hospital?" Soal Taehyung, dia sudah berdiri dari tempat duduknya dan menghampiri Jimin. Lelaki itu kekal tenang, mankala Wonwoo sudah mengagak perkara seperti ini akan berlaku.
"Aku ada orang dalam-"
"Apa maksud kau? Jangan cakap yang kau.." Taehyung mencengkam kolar kemeja Jimin, lelaki itu masih dengan wajah tenangnya.
"Bukan aku yang buat-"
"Habis tu siapa?!" Tengking Taehyung lalu melepaskan kolar baju Jimin kasar. Dia meramas rambutnya kasar. Perilaku Jimin sudah buat dia menjadi salah seorang suspect. Jimin membetulkan kolar bajunya.
"Aku nak jumpa dia-"
"Buat apa? Kau tahu tak apa yang berlaku pada Rachel? Pada Jungkook?"
"Aku tahu-"
"Kau tahu? Macam mana kau boleh tahu?" Jimin mendiamkan diri. Dia akan mengundang curiga jika dia menjawab lebih banyak soalan yang akan ditanya.
"Aku nak masuk"
Lengan Jimin ditahan oleh Taehyung. Lelaki itu masih lagi berasa curiga pada kehadiran Jimin. Wonwoo hanya memerhati dalam diam, kalau perkara yang tak diingini berlaku, dia akan masuk campur.
"Jimin, kalau aku tahu kau terlibat dalam perkara ni, aku takkan lepaskan kau. Kau bukan sahabat aku-"
"Believe me, bukan aku yang buat. Kau kenal aku, kan?"
"Aku memang kenal kau, sampai aku still tak boleh lupakan apa kau buat pada Jungkook. Jangan lupa Jimin, siapa Jungkook pada kau. Dia bukan orang asing, dia kawan kau, sahabat kau"
"Aku tahu" jawab Jimin, lengannya ditarik dari pegangan Taehyung. Bibirnya menahan senyum.
Pergi mati dengan sahabat kau!
.
.
"Don't get involved to this love triangle, i already warn you.
Didn't i?"To be continue..
YOU ARE READING
[C] TE AMO | JJK ✓
Fanfiction[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari