《65》

2.7K 293 18
                                    

🐰

Sudah 1 minggu berlalu dan keadaan Rachel semakin sembuh tapi tidak bagi Jungkook. Lelaki itu masih dalam keadaan dan posisi yang sama. Dia masih dalam keadaan koma tak sedarkan diri.

"Rachel, come.. kita discharge awak dulu" Taehyung memanggil. Beg berisi pakaian Rachel diangkat untuk dimasukkan kedalam kereta. Hari ini, gadis itu akan berangkat keluar dari hospital hari ini.

"Jimin.."

Langkah mereka berdua terhenti apabila melihat Jimin sudah berdiri tegak di hujung lorong. Lelaki itu tersenyum kecil lalu perlahan- lahan dia bergerak menghampiri Rachel. Taehyung menahan.

"Waeyo Taehyung- ah?"

"No, kau buat apa kat sini Jimin? Kat aku cakap jangan datang dekat dengan-"

"Salah ke? Aku nak jumpa Rachel. Kejap je, boleh kan?" Kata Jimin, Rachel hanya mengangguk kecil tanpa syak apa- apa. Taehyung memejamkan matanya, pergelangan tangan Rachel dia raih sebelum gadis itu berjalan meninggalkannya.

"Taehyung, wae-"

"Call me if anything happen. Saya ada kat sini, awasi awak" kata Taehyung, dia menjeling pada Jimin. Lelaki itu sedang menyandarkan tubuhnya pada dinding.

"Ada something ke dengan Jimin?"

"No, it's nothing. Dengar cakap saya, awak akan baik- baik saja" pesan Taehyung, dia letakkan tapak tangannya atas kepala Rachel lalu mengusapnya perlahan. Rachel hanya terkebil- kebil sebelum menuruti permintaan lelaki itu.

"Ada apa nak jumpa saya?" Tanya Rachel, Jimin senyum kecil. Dia menarik Rachel untuk duduk ditepinya, gadis itu hanya menurutinya saja.

"Awak okay?" Soal Jimin, cuba berbasa basi dengan Rachel sebelum dia cuba untuk masuk jarum.

"Awak nampak keadaan saya macam saya ni okay ke Jimin? Dengan keadaan Jungkook macam tu? Awak fikir saya boleh okay?" Luah Rachel lalu memegang kepalanya. Soalan Jimin memang tak masuk akal sekali.

"Ahh maafkan saya" ucap Jimin lalu menggosok lehernya. Lelaki itu menjeling Taehyung yang duduk dijarak yang sedikit jauh dengan mereka. Tahulah dia yang lelaki itu sedang memerhatikan gerak gerinya dari jauh.

Taehyung meminta orang suruhannya untuk memasukkan beg pakaian ke kereta. Terjeling- jeling dia memandang Jimin.

"Awak tak rasa ke Jungkook memang tak ada harapan lagi-"

"Apa awak cakap ni? Awak sepatutnya as his childhood friend kena support. Bukan cakap benda tak bagus! Kenapa? Awak nak sangat ke Jungkook mati?" Rachel menyoal dengan nada suara yang sedikit meninggi. Jimin menggeleng tanda tidak.

"Bukan macam tu maksud saya. Saya cuma-"

"Rachel! Come here, Jung- Jungkook dah sedar!" Taehyung berlari mendapatkan Rachel. Gadis itu membeliakkan anak matanya sebelum berdiri dari tempat duduk dan mengikuti Taehyung masuk ke wad Jungkook.

Jimin masih berada di tempat yang sama, tersengih penuh makna sebelum mengangkat punggung berlalu pergi dari situ.

Sebaik memasuki wad Jungkook, Puan Jeon, sudah berada disitu dengan air mata yang bergelinangan jatuh ke pipi. Dia menggelengkan kepalanya, Rachel hanya mengerutkan dahi tidak faham. Ketika dia masuk, Jungkook sedang duduk sambil menyandarkan badannya pada papan katil.

"Jungkook.."

Rachel sudah hampir menangis, Jungkook mengangkat wajah, dia pandang Puan Jeon sebelum tersenyum memandang aku.

"Hai.. who are you?"

Waktu seakan berhenti ketika Jungkook mengatakan perkataan itu. Rachel menekup mulutnya, air matanya berjuraian jatuh.

"Jungkook.. ini saya. Rachel Kim, i-isteri awak.." kata Rachel seraya menangis teresak- esak. Taehyung juga ikut kaku di belakang Rachel. Jungkook kerutkan dahi, dia pandang Puan Jeon yang sedang mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Mama, apa semua ni? Jungkook dah kahwin ke?" Soal Jungkook.

Rachel mengemam bibir, mahu jatuh terjelepok dia disitu. Taehyung menahan lengan Rachel dari jatuh menyembam lantai.

"Jungkook!"

"Ahh, Jieun noona" Jungkook melebar senyuman sebaik terlihat kelibat gadis bernama 'Jieun noona' tersebut. Serentak ketiga kepala memandang ke arah figura perempuan yang sedang berdiri dihadapan pintu tersebut. Jieun tersebut lalu masuk kedalam wad, berdiri di tepi katil Jungkook.

"Noona, kenapa lambat datang? Jungkook rindu.."

Rachel berlari keluar, tak sanggup dia dengar kenyataan dimana Jungkook lebih mengenal wanita lain dari isterinya sendiri. Puan Jeon mendapatkan Rachel, bahu gadis itu disentuh.

"I'm sorry Rachel. Tolong bersabar, mama faham perasaan kamu" Puan Jeon menggosok bahu Rachel, menenangkan gadis itu yang tengah menangis teruk. Siapa juga yang tak menangis? Suami kot!

"Mama.. macam mana Jungkook boleh jadi macam ni. Rachel.. macam mana dia tak boleh ingat Rachel? I'm his wife! Ma.." Rachel menangis terisak- isak. Puan Jeon hanya mampu mendengar, tak mampu nak jelaskan.

"I'm sorry.."

"Rachel balik dulu, nanti Jungkook dah ingat sikit, nanti mama bawa Rachel jumpa Jungkook. You need a rest." Bisik Puan Jeon. Rachel tidak menjawab, dia masih terbawa perasaan sebak yang tak terhingga, dia jatuh terduduk di kerusi di luar wad, diikuti Puan Jeon.

Taehyung memerhati gerak geri Jieun, gadis itu masih lagi melekat dengan Jungkook. Jieun menjeling ke Taehyung lalu bergerak mendekati lelaki itu. Taehyung menyambar lengan Jieun, buatkan gadis itu meringis sakit.

"Kau jangan fikir kau dah menang, sikit pun tak"

"Huh, so what? Kau dengan perempuan jijik tu boleh pergi mati. Ahh i mean, give her to Jimin. That guy is almost die waiting for her-"

"Jangan pentingkan diri Jieun! Jungkook tu suami orang-"

"So what? Aku tak boleh sentuh dia langsung? Tengoklah sekarang Taehyung, siapa dia lebih ingat. Kenangan aku dengan dia lebih banyak dari perempuan jijik tu!"

"Jaga mulut kau!"

"Taehyung, apa dah jadi?" Jungkook mencelah. Lelaki itu mengerutkan dahinya, seperti budak innocent. Taehyung melepaskan lengan Jieun.

"Aku pergi dulu"

"Eah? Kau baru je sampai-"

"Aku tak ada mood. Ada masa, aku jumpa kau. Goodbye, selfish" Bisik Taehyung pada Jieun sebelum melangkah keluar dari wad Jungkook. Rachel dihampiri, tapak tangan dihulur.

"Taehyung, hantar Rachel balik. Nanti mama tengok dia. Tapi sebelum tu, mama nak kamu tengok- tengokkan dia sementara mama jaga Jungkook. Boleh kan?"

Taehyung mengangguk, lengan Rachel ditarik.

"Let's go home"

"No, how about Jung-"

"Lupakan dia sementara. I'm here, with you. Always with you" kata Taehyung lembut sebelum pipi Rachel dikesatnya. Rachel diamkan diri sebelum mengikuti Taehyung.

"Saya balik dulu mama.. nanti saya tengok datang tengok Jungkook balik. Ma, saya pergi dulu" kata Rachel sebelum memeluk Puan Jeon.

"Jaga diri"

"Erm.."

.

.

"Who are you? Why i can't get you out of my mind?"

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now