《49》

6.2K 403 36
                                    

🐰


Sebaik bukak mata awal pagi tadi, Rachel dah lari masuk kamar mandi sebab malu yang teramat. Huaaaa apa benda yang dia buat semalam tu? Rasa nak celup kepala dalam baldi bila perkara semalam berputar balik dalam kepala otak dia tanpa diminta. Rachel geleng- geleng kepala, cuba hilangkan bayangan Jungkook.

Dia putar kepala paip lalu basuh muka dia dengan air sejuk. Dia tepuk pula muka dia dengan tangan bila wajahnya yang sememangnya putih tu terasa makin panas pulak. Buatkan makin merah. Rachel letakkan kedua tangannya di sinki lalu pandang wajahnya di pantulan cermin. Disaat itulah baru dia perasan yang ada banyak hickey di bahagian leher. Yahhhhhhh!!!!!! Makin membahang lah Rachel jadinya, rasa sesak nafas dia balik. This is untrue.

"Babe.. what are you doing inside? Can i come in?" Suara serak- serak basah, suara orang baru bangun tidur. Menambahkan lagi rasa gemuruh pada diri Rachel. Gadis itu mundar-mandir dalam kamar mandi tu, tak menjawab lagi soalan Jungkook tadi.

"Sayang?"

Rachel kaku bila Jungkook sudah menapak masuk kedalam kamar mandi tu dengan rambut yang serabai dan tak berbaju, hanya seluar pendek warna hitam. Jungkook singgah untuk tengok wajah dia pada cermin lalu raup rambut dia kebelakang. Rachel yang baru mahu melangkah keluar dari kamar mandi terbantut bila Jungkook pusingkan badan dan letakkan tangan dia pada dinding putih, menghalang gadis itu dari melangkah pergi.

"Kenapa lari?" Soal Jungkook, Rachel tundukkan wajah seraya menggeleng kuat. Keadaan sekarang betul- betul boleh buat diri dia jadi gila. Sekarang ni bukan Jungkook yang gila, Rachel yang gila.

"Ma- mana ada saya lari dari awak. Saya nak ambil tuala, nak mandi" jawab Rachel lalu dia pandang pintu kamar mandi nak avoid eye contact dari Jungkook yang sememangnya boleh buat Rachel jadi gila balik. Lelaki itu rapatkan wajah setelah sedar hickey yang terlakar cantik dileher gadis itu lalu tangannya naik untuk mengusap leher Rachel, buatkan gadis itu mengetap bibirnya. Nak halang Jungkook, tapi suaranya tak keluar pulak. Pulak dah.

"I'm sorry about last night i-"

"Diamlah! Jangan ungkit balik, kalau awak ungkit lagi saya hempuk awak" Kata Rachel lalu dia tolak badan Jungkook kemudian berlari keluar dari kamar mandi. Duk rapat dengan Jungkook macam tadi boleh buatkan dia kehabisan oksigen. Rachel geleng- gelengkan kepala lalu dia pandang katil, wajah dia membahang lagi. Dia tepuk pipinya dan pusingkan badan, nak jalan balik pi kamar mandi tapi dia terlanggar pulak dada Jungkook yang tah sejak bila ada kat belakang dia tu.

"Yahh buat ap-"

Jungkook tarik Rachel dan peluk tubuh gadis itu erat- erat. Buatkan bebelan gadis itu terhenti. Jungkook letakkan dagunya diatas kepala Rachel. Dia tepuk belakang badan gadis itu dan goyang- goyangkan badannya pelan.

"Kau malu dengan aku?"

Rachel diam. Dia balas pelukan Jungkook dan sembunyikan wajah pada dada lelaki itu. Dia lagi rela menghadap dada Jungkook berbanding menghadap muka Jungkook yang boleh buatkan jantung rasa nak pecah balik. Mereka diamkan diri lama. Jungkook kecup lembut rambut Rachel.

"Aku minta maaf sebab paksa kau-"

"Kan saya cakap jangan ungkit balik? Awak betul- betul nak saya hempuk awak ke?" Ucap Rachel lalu dia peluk pinggang Jungkook sebab wajah dia dah membahang balik. Jungkook ketawa kecil. Dia tepuk lagi belakang badan Rachel. Lega rasanya, bila Rachel dah menjadi sepenuhnya menjadi milik dirinya, zahir dan batin. Buatkan rasa sayangnya terhadap gadis itu makin membuak- buak. Nampaknya susahlah mereka nak berenggang lepas ni.

"Lepas ni jangan nakal- nakal lagi. Kalau kau tak nak aku ter-"

"Diamlah!!" Rachel tolak tubuh Jungkook supaya jauh darinya. Dia berjalan ke almari lalu dia bukak. Matanya membulat besar bila ternampak ada pakaian didalam almari tersebut. Beberapa t- shirt dan seluar jeans, ada dress dan tuxedo juga. Siap dengan pakaian kecik- kecik lagi. Wait, macam mana dia boleh tak tahu ni? Kalau dia tahu semalam, tak adalah dia pakai baju kemeja Jungkook dan buat freeshow semalam. Babeng betul. Dia pandang Jungkook dan kecilkan anak mata.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now