《51》

5.8K 372 6
                                    

🐰

Rachel betulkan rambutnya, untuk kesekian kali dia teliti penampilannya di pantulan cermin. Dress pendek paras lurut berwarna pink muda. Liptint dicalipkan pada bibirnya, hanya itu saja dia tahu. Liptint, lipstick dan lipbalm. Make up? Dia tahu pakai maskara, itupun comot.

Erk.

Rachel garu kepalanya tidak gatal, tak tahu nak buat apa lagi. Jungkook dah lama siap, cuma sekarang dia tengah bercakap dengan PA- nya di balkoni melalui telefon. Ada sedikit kekeliruan, katanya. Entahlah, Rachel berjalan ke almari, sandal warna pink cair yang masih baru dari kotak dikeluarkan, memang sepasang dengan dressnya. Dia sarungkan sandal pada kakinya dan cek balik. Eum, kiyowo.

"Jungkook, saya pergi dulu. Nanti saya jumpa awak kat sana. Wokeyy?" Rachel julurkan kepalanya untuk melihat Jungkook yang masih bercakap di telefon. Mungkin dia tak nak bualannya diganggu, maka Rachel ambil keputusan untuk kesana dulu. Dia keluar dari suite mereka lalu berjalan melintasi jambatan kecil dan disitu dia sampai ke majlis makan malam yang diadakan secara besar- besarkan sempena annivesary yang ke- 10 resort tersebut.

Rachel mula berjalan kearah meja yang menghidangkan makan malam dan dessert, bersinar- sinar anak mata dia bila nampak kek mousse yang terhidang dipinggan kecil dan sedia diberikan kepada pengunjung. Rachel ambil satu pinggan kecil lalu berganjak ke tepi untuk beri laluan pada orang lain.

Pst pst!

Beberapa orang pemuda mula tertoleh- toleh padanya. Buatkan selera Rachel untuk makan kek mousse tu terganggu. Dia lirikkan anak mata pada kumpulan lelaki tersebut, ada 3 orang, memakai suit berwarna hitam. Satu berambut blonde manakala 2 lagi berambut perang. Rachel meng- ignore jejaka miang tersebut lalu teruskan makan kek moussenya. Mood dia sekarang nak makan, makan dan makan.

"Heyy, sorang je ke?"

Rachel berhenti saat capai suapan yang ketiga. Dia toleh ke kirinya, disitu lelaki berambut blonde tadi berdiri tegak sambil senyum kecil padanya. Rachel jarakkan diri, mengundang lagi senyuman nakal lelaki itu bila melihat tubuh Rachel bergerak menjauhinya.

"Dua orang, saya datang dengan-"

"Dengan saya kan? Aww i got you babe, it's look like it was my lucky day today. Finally i found my destiny" potong lelaki itu seraya merapatkan jurang antaranya dengan Rachel. Belum sempat lelaki itu mahu menarik lengan Rachel supaya rapat dengannya, tangannya sudah ditepis kasar. Hampir terteleng lelaki itu jadinya.

"Watch out bro, she's my wife. Hands on her you'll be in grave" mendatar, keras dan kasar nada suara Jungkook seraya menarik pinggang Rachel agar rapat dengannya. Wajah lelaki itu mula berubah pucat bila nampak gerangan yang menghalang perbuatannya tadi. Serta merta lelaki itu menunduk 90 darjah berkali- kali mengucapkan kata maaf. Jungkook hanya diam, dia tarik aku rapat pada dada dia.

"He touch you?"

Rachel menggeleng, dia dongakkan kepala untuk pandang wajah Jungkook yang sememangnya dah tegang habis tu. Rasa nak gelak pun ada, Jungkook macam mencuka, dia palingkan wajah untuk pandang lelaki berambut blonde yang masih tertunduk- tunduk minta maaf.

"Tuan, saya betul- betul minta maaf. Saya tak sengaja, saya tak sangka pulak cik ni isteri Tuan, saya minta maaf, saya janji tak buat lagi" katanya, wajahnya sudah mula nampak macam tak berdarah. Jungkook tidak merespon, dia pandang lelaki itu atas- bawah. Menilai lebih tepatnya.

"You are fired-"

"Jungkook! It's not a big deal. Kenapa sampai nak pecat dia pulak?" Potong Rachel lalu tepuk dada Jungkook tanda protes, aku pandang wajah lelaki tadi. Rasa macam nak menangis, meraung pun ada. Tunggu masa je sebelum empangan air mata dia pecah. Jungkook diamkan diri, dia jeling lelaki tadi sebelum dia tarik aku ke meja makan dan labuhkan punggung disitu. Jungkook helas nafas berat, dia tekup pipi aku dan pandang mata aku dalam- dalam.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now