《71》

2.7K 295 8
                                    

🐰

"Dah nak balik dah ke?"

Jungkook menyoal, walhal dia tahu yang waktu sekarang adalah waktu untuk pulang. Dia hanya sengaja, sengaja nak dekatkan diri dengan gadis itu.

"Ahh ya" jawab Rachel ringkas, dia senyum segaris sebelum pandang ke hadapan semula. Jantung yang berdegup kencang macam nak meletup tu dia cuba kawal. Ekspresi wajah dikawal supaya tak terlalu ketara yang dia ni tengah nervous nak mampus!

"Ohh, balik dengan siapa?"

"Dengan Taehyung- alahh hujanlah pulak" Rachel memuncungkan bibir, bukan dia tak suka dengan kehadiran hujan ni, cuma, hujan ni datang tak kena waktu. Dahlah dia tengah galau ni, tambah udara sejuk lagi, rapuhlah hati dia!

"Dah lama ke kenal Taehyung?" Soal Jungkook, sut hitamnya dibuka sebelum diberikan pada gadis itu tanpa memandang Rachel langsung. Hanya huluran tangan saja yang beraksi.

"Ehh tak payahlah. Nanti awak sejuk pu-"

"Pakai" ringkas dan pakai arahan Jungkook. Mahu tak mahu, Rachel kena ikut arahan Jungkook. Dia pakai sut Jungkook dan melarikan pandangan bila badan Jungkook yang sedikit berotot tu terserlah disebalik kemeja putih lelaki itu. Pervertlah kau ni Rachel!

"Err.. saya kenal dia dah lama. Thank you for this" kata Rachel lalu menunjukkan jaket yang sedang dia pakai. Jungkook tidak merespon. Dia memandang ke atas, awan hitam yang menitiskan titik-titik hujan itu direnung. Ada sesuatu yang ingin dia katakan, tapi itu semua tak terucap dengan kata- kata.

"Do you know.. Rcjeonjeon?"

Rachel tersentak. Dia memandang Jungkook yang sedang merenung langit ketika itu. Bibirnya dikemam, air liur ditelan.

"Err Rc.. what?"

"She claims to be my fake wife"

"Helloo! Dalam zaman sekarang ni, siapa jugak yang nak jadi fake wife? Tak membawa sebarang untung sekalipun! Rcjeonjeon tu memang isteri awak. Tapi dia-"

"Jadi maknanya, awak kenallah Rcjeonjeon tu?"

"Aniya.. bukan itu maksud saya" Rachel mengetap bibir. Dia terlepas cakaplah pulak! Jungkook merapatkan diri, lengan Rachel ditariknya sehingga gadis itu hampir tersembam pada dadanya.

"Atau.. Rcjeonjeon tu, awak?"

Gulp!

Rachel mendiamkan diri, tak tahu apa yang hendak dijawab pada Jungkook ketika ini. Mereka saling berpandangan sebelum pandangan Jungkook perlahan- lahan jatuh ke bibir merah delima milik gadis itu. Kenapa Jungkook?

"Jungkook! Eheyy kenapa ni?"

Entah datang dari mana, Taehyung muncul dengan sekaki payung lalu memanyungi mereka bertiga. Cepat- cepat Jungkook melepaskan rangkulan pada lengan Rachel.

"Sorry, we'll talk again tomorrow. See ya!" Jungkook berjalan meninggalkan Rachel dan Taehyung, berlari meredah hujan untuk mendapatkan keretanya. Taehyung mengenyitkan mata, dia siku lengan Rachel perlahan.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now