《87》

3.7K 336 35
                                    

🐰

Selesai berada di US selama 3 hari 2 malam, Jungkook dan Rachel pulang jugak akhirnya ke Korea. Hubungan mereka seperti biasa, tapi Jungkook masih belum ingat apa- apa. Rachel masih tetap bersyukur dan berharap yang Jungkook akan cepat sembuh. Turun sahaja dari flight, Taehyung tersengih lebar sebaik ternampak kelibat Chae woon.

Disebabkan oleh paksaan dari Taehyung, Chae woon ikut pulang ke Korea dengan menaiki flight yang berbeza. Taehyung sudah berjanju mahu mengahwini Chae woon dalam masa sebulan lagi. Ternyata, penantiannya tak sia- sia, kan?

"Hai, Rachel.. boleh I cakap dengan you kejap?" Chae woon berkata perlahan. Dia teragak- agak untuk mengajak Rachel berbicara, dia rasa bersalah sebab berkata benda buruk pada Rachel. Rachel mengangguk kecil sebelum mereka berdua bergerak jauh sedikit dari kedua lelaki tersebut.

"First, I nak minta maaf. I tak berniat pun nak kacau hubungan you dengan Jungkook. I cuma rasa terkilan, sebab bertahun I hidup dengan Jungkook, Jungkook hanya pernah merasai rasa sakit bercinta. You tahu kan, Jieun? Dia tu penyebab I rasa semua perempuan yang dekat dengan Jungkook berniat jahat. I minta maaf, betul- betul minta maaf" luah Chae woon, tapak tangan Rachel dia raih lalu genggam perlahan. Rachel tersenyum kecil.

"Tak ada masalahlah, kalau bukan disebabkan awak pun, saya tak mungkin berbaik dengan Jungkook. Saya tahu saya salah sebab selaku isteri dia, saya rasa pengecut. Saya rasa takut kehilangan dia, bukan saya tak cuba sembuhkan dia Chae woon, cuma awak tahu kan sakit kepala dia? Saya takut dia makin sakit bila cuba ingat saya semula. Saya tak nak perkara tu berlaku, saya pun nak minta maaf kalau buat awak sakit hati. Sorry.."

Chae woon tersenyum lebar. Tapak tangan Rachel dia tepuk perlahan sebelum dia menggeleng kecil. Dia memang sudah salah tafsir, Rachel memang berniat baik. Dia memang cintakan Jungkook tulus dari hati dan itu buatkan Chae woon rasa lega. Jungkook memang jumpa perempuan yang baik untuk dirinya, dan Rachel adalah gadis tersebut.

"Dah siap ke, sweetie?"

Serentak kedua mereka berpaling memandang empunya suara. Disitu, berdirinya Taehyung dengan senyuman kotaknya sementara Jungkook dengan sengihan bunnynya. Kedua lelaki tersebut sudah siap mengambil beg masing- masing. Sekarang yang tinggal hanyalah untuk membawa pulang hak milik masing- masing.

"Eo, dah siap" jawab Chae woon lalu melangkah ke Taehyung, lengan lelaki itu dia peluk sebelum mereka beriringan ke pintu utama. Jungkook dan Rachel mengikuti dari belakang. Mereka akan berangkat pulang dengan kereta masing- masing.

"Awak nak balik ke rumah awak terus? Tak nak tinggal dengan saya?" Jungkook menyoal setelah dia menutup bonet kereta. Rachel menggeleng kecil sebelum dia menggeleng kecil.

"Em, saya nak kemas barang kat rumah. Rasa macam dah lama pula kena tinggal, jadi saya-"

"Saya pun apa kurangnya. Kita rasa macam dah lama sangat berjauhan, awak tak nak spend time dengan saya ke? Melepas rindu"

"Saya masih PA awak, kan? Hari- hari kita boleh jumpa. Saya janji saya akan tinggal rumah awak lepas kemas rumah. Okay?" Kata Rachel. Jungkook senyum segaris, dia bukakan pintu untuk Rachel sebelum gadis itu masuk kedalam perut kereta lalu menutupi. Jungkook senyum lebar lalu beralih ke tempat duduk pemandu.

"Malam ni jangan off phone tau, saya nak calling- calling dengan my baby sayang" kata Jungkook seraya tersenyum lebar. Rachel tersenyum lebar, dia mengusap pipinya sebelum menggeleng kecil, haih Jungkook ni macam- macam!

"Tak payahlah nak calling- calling bagai. Apa awak nak saya buat? Saya akan catat dan buat dalam secepat yang mungkin" kata Rachel, Jungkook mulai menghidupkan enjin kereta sebelum kereta bergerak ke destinasi yang ingin dituju.

"Tak ada apa, untuk sehari ni saya bagi awak rest sebab dah bekerja selama 3 hari. Jadi.. saya selaku bos awak, kena bagi muka sikit memandangkan awak ni isteri saya. So.. kenalah berlembut sikit, kan sayang?" kata Jungkook. Rachel hanya memasang telinga, tak ada niat nak mencelah mahupun ikut berkata- kata.

"Lahh diam pulak?"

"Saya bagi awak peluang bercakap je, sebab saya rindu.." Rachel tersengih seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Jungkook menjongketkan kening.

"Rindu apa?"

"Rindu nak dengar suara awaklah.." jawab Rachel buatkan senyuman Jungkook makin lebar. Lelaki itu menoleh sekilas sebelum mengenyitkan anak matanya pada Rachel. Gadis itu sambut dengan tawaan kecil. Sungguh dia rasa kena attack dengan kenyitan anak mata Jungkook.

Alahaii hati, boleh slow sikit tak?

"Amboii, rindu nak dengar suara saya pulak dah. Rindu dengar suara je ke, orang dia tak rindu?" Jungkook menyoal lagi. Sengaja mahu menguji Rachel.

"Ehh gila tak rindu?! Kalau boleh, saya nak betul heret awak balik rumah, tapi.. em yalah waktu tu orang sana jual mahal. Jadi saya pun ikutlah jual mahal.." jawab Rachel. Jungkook ketawa besar, sungguh dia rasa puas dan terhibur dengan jawapan Rachel. Haih, dahlah comel!

"Dah awak innocent sangat. Saya pun nak try awaklah" kata Jungkook. Ketika itu kereta sudah masuk ke halaman rumah banglo milik Yoongi.

"Ehh hari ni, awak ada tetamu ke?" Soal Jungkook sebaik terlihat beberapa biji kereta terparking di halaman rumah. Rachel kerutkan dahi, dia menggeleng kecil.

"Tak tahulah. Eh saya keluarkan beg dululah" Rachel bergegas membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta. Jungkook yang baru hendak keluar dari kereta tu terbantut bila Rachel menutup pintu kereta lelaki itu lalu melambaikan tangannya setelah beg dikeluarkan dari bonet kereta. Laju Jungkook turunkan cermin kereta.

"Halau nampak?

"Mana ada, awak baliklah dulu. Nanti saya call awak" kata Rachel. Jungkook mengangguk kecil sebelum menaikkan tingkap, sempat lagi dia melambaikkan tangannya ke Rachel sebelum kereta bergerak keluar dari kawasan halaman rumah.

"Jadi.. there's any good news?" Soalan dari suara garau milik seorang lelaki buatkan laju Rachel berpaling. Yoongi sedang berdiri di hadapan pintu dengan wajah bekunya. Rachel telan air liur.

"Ehh abang dah balik?"

Yoongi tidak merespon, dia arahkan Rachel masuk sebelum pintu rumah ditutup rapat. Di ruang tamu, Minjoon unnie, Sakura Ren, dan Hoseok sedang duduk santai. Sebaik terlihatkan Rachel, dengan pantas Minjoo berdiri lalu mendapatkan gadis itu.

"Rachel okay? Kenapa tak maklumkan pada kami yang Rachel.. ada sedikit accident yang berlaku? Macam mana dengan kondisi kamu dan.. Jungkook?" Soal Minjoo, Rachel mengetap bibir seraya menggeleng kecil tanda yang dia tak apa- apa.

"Betul ni dah okay? Jungkook kenapa tak ikut-"

"Dia hilang ingatan lepas kemalangan tu and now, dia masih tak tahu apa yang berlaku. Perkara yang hampir libatkan nyawa macam ni, kau sembunyikan dari kami? Rachel, i'm you brother! Susah sangat ke nak call? Cakap masalah kau pada kami?" Yoongi meluahkan apa yang ingin dia kata. Rachel mengetap bibir, Minjoo hanya diamkan diri, dia tarik Rachel duduk atas sofa untuk tenangkan gadis itu.

"Rachel minta maaf.."

"Kalau ada benda yang lebih teruk berlaku macam mana? Aku selaku abang angkat kau rasa terkilan tau tak! Mulai hari ni, aku tak benarkan kau jumpa Jungkook lagi! Not for hours, not even second. Aku anggap kau dan dia sudah tidak mempunyai hubungan!" Yoongi berkata tegas. Rachel menangis.

"Abang! Dia tu masih suami saya, salah ke saya selaku isteri dia terus berada di sisi dia? Jungkook perlukan saya, dia kena sembuh-"

"Dia still boleh jumpa doktor kan? Doktor boleh sembuhkan dia. Now, no more Jungkook, no more husband and wife. Kau dan dia dah tak ada hubungan. Itu keputusan aku, muktamad!" Sebaik Yoongi mengatakan hal tersebut. Lelaki itu terus meluru keluar dari rumah, memandu entah kemana, meninggalkan Rachel yang dah meraung.

"Yoongi!"

.

.

ehekehek!!

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now