Keadaan di istana temenggung kacau-bilau dan hiruk-pikuk apabila Cempaka Sari jatuh dari pokok.
Ibunya sudah menangis hiba kerana sudah sejam Cempaka tidak sedarkan diri.
"Kanda,puteri kita puteri kita," kata Tengku Malawati teresak-esak.
"Dinda bawa bersabar. Datuk dukun diraja sedang merawat,"pujuk memanda temenggung. Hatinya rawan fikiran bercelaru puteri kesayangan tidak memberikan apa-apa reaksi semasa rawatan.
"Datuk, mengapa Cempaka masih belum sedar?"tanya Tengku Malawati teresak-esak.
"Anakanda Cempaka jatuhnya kuat mungkin sebab itu mengambil sedikit masa. Nadinya elok jadi kita doakan dia sedar secepat mungkin,"terang tok dukun.
Tun Derahim datang bersama isterinya Tun Rahah dan putera mereka Tun Daim.
"Ayub! Ku Mala, bagaimana Cempaka?"tanya Tun Derahim kepada Memanda temenggung. Temenggung hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Suasana hening seketika melihat sekujur tubuh Cempaka kaku namun masih bernafas.
Walaupun Cempaka menjadi rebutan namun hati Tun Daim tidak berkenan. Hatinya telah dicuri oleh Syahida anak ulama Parsi yang mengajar Al-quran di kampung itu. Dia ingin masuk meminang tetapi ditentang keras oleh keluarganya.
Kepala Sara terasa seperti dipalu oleh gendang. Dia memegang dahinya.
"Cempaka!"jerit kedua ibubapanya ketika nampak dia menggerakkan anggota tubuhnya. Sara membuka matanya dan terkejut melihat dia dikerumuni oleh orang tidak dikenalinya.
"Cempaka!Cempaka!"panggil Tengku Malawati. Sara bingkas bangun dan melihat bilik yang asing. Katil besi tembaga, semua perabut kayu. Orang-orang yang berpakaian seperti di dalam teater purba.
"Ni kat mana?"soal Sara masih memegang dahinya.
"Cempaka ada di kamar adinda,"jawab Temenggung.
"Siapa Cempaka?"tanya Sara. Mereka yang berada di hadapannya terpinga-pinga mendengar soalan itu.
Datuk Dukun berkata yang ini mungkin disebabkan jatuh pokok dan Cempaka kemungkinan hilang ingatan.
Sara atau Cempaka meneliti sekeliling bilik yang besar dan terhias mewah. 'Bermimpi ke aku ni?"tanya dia kepada diri sendiri berkali-kali. Dia melihat dua orang tua yang berperawakan gagah dan karismatik. Dua orang wanita yang berpakaian seperti bangsawan. Seorang gadis muda berpakaian baju kurung hijau berselempang perak dan seorang lelaki muda yang tidak ada langsung keramahan di wajahnya.
'Handsome tapi muka ketat kau apahal?'herdiknya di dalam hati.
"Anakanda!"panggil Tengku Malawati memeluknya erat. "Syukurlah anakanda sudah sedarkan diri,"katanya dalam tangis. Sara yang masih keliru itu menepuk-nepuk belakang wanita itu cuba menenangkan. "Anakanda ada sakit di mana mana?"tanya wanita cantik manis di hadapannya. Suaranya lunak padanya penuh keibuan.
Sara tersenyum. 'I don't know what's goin on but you are a very nice lady,' katanya di dalam hati. 'Kampung bunian ke ni?'desis hatinya lagi.
"Anakanda Cempaka kenalkah semua yang ada di sini?" Tanya Datuk Dukun Diraja. Sara yang menggelengkan kepalanya. Semua di situ hanya mendiamkan diri.
"Dinda! Dinda!"panggil Tun Ishak meluru berlari dari luar bilik. Dia segera duduk di sebelah Sara. Sara meneliti lelaki itu. Berkulit cerah berhidung tinggi berwajah menarik. Tun Ishak memegang bahunya. "Maafkan kanda baru pulang dari istana." Sara masih lagi membisu.
"Anakanda Cempaka ini kekanda ketiga Tun Ishak,"kenalkan Datuk Dukun kepada Sara.
"Apa yang Datuk cakapkan ini?'tanya Tun Ishak kepada ibubapanya.
"Cempaka hilang fikirannya anakanda,"terang Memanda Temenggung.
"Hah!"Tun Ishak sangat terkejut dengan kata-kata itu. Tanpa disedari airmatanya menitis. Sara tanpa disedari mengesat airmata lelaki itu. Kemudian dia memicit pipi Tun Ishak sekuatnya. "Aduh! Dinda Cempaka!" Semua di situ terkejut apabila Sara berbuat begitu. Selepas itu Sara mencubit dirinya sendiri dan mengaduh kesakitan. 'Aku tidak bermimpi,'katanya di dalam hati.
"Cempaka?"tegur Memanda Temenggung. Kini dia pula duduk di sisi Sara. Dia memandang puteri kesayangannya dengan pandangan sayu."Ini ayahanda, itu bonda, ini Kanda Ishak. Yang itu Ayahanda Tun Derahim di sebelahnya Bonda Tun Rahah. Yang itu tunang anakanda Tun Daim." Lembut tutur kata lelaki 50an di hadapannya. Airmatanya juga gugur.
"Ayahanda?"tegur Sara. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mungkin dia menerangkan yang dia bukan Cempaka melihat kesayuan di wajah mereka di sini. Pakaian mereka pelik, tuturkata pun pelik. "... dahaga,"kata Sara teragak-agak.
"Di sini Cik Muda,"dengan pantas gadis muda itu memberikannya secawan air. Sara meneguk habis air di dalam cawan porselin.
"Terima kasih,"kata Sara dan itu mengejutkan semua. Dia mengamati cawan yang dipegangnya. 'Wow, halusnya buatan cawan ni,'bisik hatinya.
"Cik Muda dayang hanya pacal yang hina,"kata Kembang Cina. "Kembang Cina hamba setia Cik Muda." Kata-kata itu mengejutkan Sara dari lamunannya.
"Hamba,hmm?"tanya Sara. 'Memang ini bukan 2018,'katanya di dalam hati. Sara tersenyum. "Cempaka ingin berehat sebentar,"kata Sara berhati-hati. Dia ingin mengambil masa memikirkan apa yang sudah terjadi.
"Anakanda silalah berehat. Minum ubat yang telah disediakan. Tidur dengan cukup jangan terlalu bergerak sehari dua ini,"kata Datuk Dukun.
Sara mengangguk. "Terima kasih,"katanya perlahan.
"Cempaka nanti bonda sediakan makanan kesukaan ya. Sementara itu berehatlah," pujuk Tengku Malawati. Sara mengangguk. Apabila semua keluar dari bilik besar itu tinggallah Kembang Cina bersamanya.
"Tutup pintu,"arah Sara. Dengan pantas Kembang Cina menutup pintu."Kau ke sini," panggil Sara. Kembang Cina duduk melutut di tepi katil. Sara memerhatikan gadis 16 tahun itu. "Apa nama negeri ini?"
Kembang Cina terkejut dengan pertanyaan itu.
"Tempat ini namanya Melaka, cik muda.""Tahun berapakah ini?"
Kembang Cina teragak-agak hendak menjawab. "Sultan yang memerintah ialah Sultan Mansur Shah."
"Hang Tuah?" Tanya Sara lagi. Kembang Cina mengangguk.
"Itu laksamana tersohor," jawab Kembang Cina. Sara terdiam. 'How on earth did I get here?' Soalan di kotak fikirannya.
"Siapa tadi tu?"
"Siapa?" "Oh itu ayahanda dan bonda Cik Muda. Memanda Temenggung Tun Ayub dan Tengku Malawati. Tun Ishak itu kekanda Cik Muda berlainan ibu."
"Berlainan ibu?"
"Isteri kedua datuk Temenggung."
"Yang Damn you tu siapa?"tanya Sara.
"Demm apa cik muda?"
"Tun Daim. Kenapa dia seperti tidak sukakan saya?"
"Dikatakan dia tidak berkenan menjadikan cik muda isterinya."
"Kenapa?"
"Dia menaruh hati kepada anak ulama di hujung kota."
"Oh...aku sukakan dia tak?"
"Cik muda lebih khuatirkan jika dia tidak berkenan memperisterikan cik muda."
"Begitu. Ada cermin?"
"Ada Cik Muda, ini hamba berikan."
Sara terkejut melihat wajahnya di cermin. Tiada perbezaan cuma dia seperti berusia remaja.
"Berapa umurku?"tanya Sara membelek wajahnya.
"17 tahun sepurnama lagi." Sara menghela nafas panjang. Bagaimana untuk dia kembali ke 2018?
"Aku ingin mandi,"arah Sara.
"Baik Cik Muda dayang sediakan," kata Kembang Cina berlari keluar dari bilik itu. Sara melihat wajahnya di cermin dan perasan rantai mutiara itu.
'Ini rantai mak,,'desis hatinya. Dia memejamkan matanya dan mengambil nafas. 'I need to get back,'katanya berkali-kali. Fikirannya buntu.