51

446 46 2
                                    

Yong Qi berpindah meja untuk melihat lebih jelas Sara dan rakan-rakannya. Dia memberi isyarat kepada seseorang di hujung kedai apabila melihat Sara keluar dari kedai itu. Budak lelaki tersebut berlari dan meragut kantung duit Sara dengan pantas. Pipit terus mengejar budak itu tanpa berlengah.

'Aiyoh, dejavu sungguh,'desis hati Sara. "Syahida, Wuhen tunggu di sini sebentar,"kata Sara tetapi dia ditahan oleh Wuhen.

"Kau tunggu di sini,"kata Wu Hen.

"Aku boleh tangkaplah budak tu,"tekan Sara.

"Ini bukan Melaka, kau tunggu sahaja di sini,"kata Wuhen memberi arahan. Sara memandang kepada Syahida dan Kembang.

"Eh,Pipit dah balik?"jerit Sara menunjuk ke satu arah. Wuhen, Syahida dan Kembang serentak memandang ke arah yang ditunjuk oleh Sara. Sara dengan pantas berlari ke arah bertentangan.

"Shuang er!!"panggil Wu hen. Dia menampar dahinya. Dia tidak boleh meninggalkan Kembang dan Syahida bersendirian. "Degil!!!"jerit Wuhen.

Salina bangun pagi itu di katil hospital dan melihat tubuh Sara terbaring di situ. Nafasnya stabil wajahnya tenang. Ibunya melangkah masuk ke dalam bilik wad itu.

"Assalamualaikum,"tegur Puan Salmah.

"Waalaikumsalam wrt, mama,"sambut Salina memeluk ibunya. "Sal rindukan Sara mak. Selagi dia tak bangun-"ayat Salina tergantung di situ. Salmah mengurut-ngurut belakang Salina. "Just look at her, dia semakin kurus,"kata Salina melepaskan pelukannya dan memandang Sara semula.

"Mama tak pasti benda ni akan berjaya, tapi kita boleh usaha nak bawa Sara balik,"kata Salmah. Salina memandang ibunya tidak berkelip.

"How?"tanya Salina serius.

"Tapi cara ini belum tentu berjaya. Silap langkah kita akan kehilangan Sara selamanya."

Salina menghela nafas panjang. Begitu pula ceritanya. Ditunggu dia jadi risau, dicari usaha boleh mengugat nyawa Sara.

"Ok, kalaulah kita boleh berusaha sedarkan Sara, bagaimana caranya,"tanya Salina.

"Ada banyak kemungkinan. Sekiranya kita memaksa Sara kembali dikhuatiri yang kita jumpa bukannya Sara tapi Cempaka. Kedua, sekiranya dia kembali tanpa dia bersedia dia tidak akan mengingati apa-apa,"terang Puan Salmah mengambil tempat di sofa putih dalam bilik itu.

"Ada lagi kemungkinan?"tanya Salina. Puan Salmah mengangguk.

"Atau rantai itu akan membawa Sara ke satu tempat yang kita sendiri tak boleh mencapainya,"terang Puan Salmah itu lagi

"Dari mana asal rantai itu mama?"tanya Salina duduk di sisi ibunya.

"Rantai itu turun temurun. Rantai itu kepunyaan Wang Li Bao. Mutiaranya diambil dari tujuh lautan didiamkan di pergunungan selama tujuh keturunan. Wang Li Bao itu ialah susur galur keturunan kita sebelah perempuan."

"Siapa Wang Li Bao?"tanya Salina ingin tahu.

"Puteri Hang Li Po,"jawab Salmah berbisik. Salina ketawa tidak percaya. Salmah hanya memerhatikan Salina tanpa berkata apa.

 "Mama serius ni?" 

Salmah mengangguk. "Wang Li Bao ialah puteri Maharaja dari gundik yang tak tercatat di dalam salasilah kerana ibunya memilih membesarkannya di luar istana. Namun maharaja sentiasa memantau kehidupan mereka dua beranak dari istana. Mereka tinggal di sebuah rumah ladang dengan 10 pekerja dan punca pendapatan mereka adalah perladangan."

Salmah berhenti berbicara sebentar untuk menuang kopi o panas di dalam cawan untuk mereka berdua.

"Wang Li Bao anak yang bijak dan berani tetapi sehingga umurnya 16 tahun dia tidak tahu yang ayahnya adalah Maharaja Yong le."

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now