17

663 55 2
                                    

Pak Syeikh menyusun semua barang-barang yang akan dibawa turun.

"Walid kita bila sampainya?"tanya Syahida.

"Lagi setengah purnama,"jawab Pak Syeikh sambil melihat-lihat peti-peti tersusun.

"Lamakah kita di sana walid?"tanya Syahida.

"Selagi tugas walid sebagai pendakwah tidak selesai,"jawab Pak Syeikh. Syahida terdiam. Nampaknya tiada lagi peluang bertemu dengan Tun Daim. Syahida tanpa berkata apa-apa melangkah keluar dari bilik mereka.

Maghrib baru sahaja berlabuh, matahari terbenam di ufuk timur sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Syahida, apa tuan hamba buat di sini?"tanya satu suara. Dia menoleh dan melihat Sara berada di situ.

"Cempaka rupanya. Dah maghrib?"tanya Syahida. Sara menggelengkan kepalanya.

"Uzur,"jawab Sara pendek. dia melangkah ke sebelah Syahida. "Indah langit senja ini,"ucap Sara. Syahida mengangguk sedikit. "Apa yang bermain di fikiran nampak kesedihan," kata Sara perlahan. Syahida menarik nafasnya dalam-dalam.

"Nampaknya hamba lama lagi akan pulang ke Melaka,"jawab Syahida membiarkan selendangnya dipuput bayu.

"Syahida rindukan Tun Daim,"kata Sara memandangnya. Syahida tersenyum kecil.

"Jodoh di tangan Allah. Mencintai Allah kerana memberikan perasaan ini kepada Syahida,"keluhnya. Sara memegang tangan Syahida menenangkannya.

"Cempaka doakan jika berjodoh dengannya Allah permudahkan,"pujuk Sara lagi.

"Belum pernah mendengar seorang bakal isteri mengatakan itu kepada gadis lain yang mencintai bakal suaminya," kata Syahida. Sara ketawa.

"Itu kerana gadis itu cantik dan baik sekali,"jawab Sara. Syahida tersenyum.

"Walid bilang Cempaka akan tinggal berasingan," kata Syahida. Sara mengangguk.

"Cempaka ada bapa angkat sekarang dan dia benar-benar mahu Cempaka menjadi keluarganya,"jawab Sara. "Yang pasti Cempaka akan setiap hari ke tempat dakwah itu cuma bermalam sahaja di tempat lain."

"Alhamdulillah. Tidaklah terlalu bosan Syahida nanti,"kata Syahida tersenyum.

"Cempaka lapar. Temankan Cempaka makan?"ajak Sara .

"Kebetulan Syahida juga lapar. Marilah," balas Syahida. Mereka beriringan berjalan. Mereka bertembung dengan Shu Wu Ji.

"Kunyang, Zheng gong gon xīwàng nǐ hé tā gòng jìn wǎncān (cik, Zheng gong gong mencari cik untuk makan malam),"kata Shu Wu Ji. Sara tidak membalas apa-apa.

"Apa yang dia cakap Cempaka?"tanya Syahida.

"Entah tak faham,"jawab Sara sambil mengangkat bahu. "Panglima, apa yang cuba tuan hamba sampaikan?"tanya Sara kembali. Dia memandang Shu Wu Ji tanpa berkelip. Dia sedang menguji lelaki di hadapannya.

"Zheng gong gong menjemput cik makan,"kata Shu Wu Ji walau dengan sedikit pelat namun dapat difahami. Sara ketawa mendengarkan pelat itu.

"Tak baiklah Cempaka ketawa,"tegur Syahida. Sara memandang gadis suci itu menggelengkan kepalanya. Lalu dia mencubit pipi Syahida dengan kedua belah tangannya.

"Ah, comelnya awak,"katanya girang.

"Duō xiè (terima kasih banyak-banyak), Shu jiang jun. Wǒmen xiànzài jiù qù (kami pergi sekarang)," kata Sara dan menarik tangan Syahida supaya mengikutnya.

"Pandai Cempaka berbahasa Cina. Cempaka belajar?"tanya Syahida. Sara hanya ketawa.

"Syahida belum pernah bertemu dengan bapa angkat Cempaka bukan?"tanya Sara. Syahida menggelengkan kepalanya. "Hari ini Cempaka perkenalkan,"balas Cempaka ceria. Shu Wu Ji berjalan di belakang mereka dan melihat keceriaan Sara. Senyuman gadis itu seperti matahari.

"Jiaofu, Shuang er datang!" Jeritnya dari jauh sudah kedengaran. Zheng gong gong yang baru sahaja mengarahkan sesuatu kepada orang-orangnya tersenyum.

"Shuang er! Ini anak Pak Syeikh bukan?"balas Zheng gong gong sambil menunjuk kepada Syahida.

"Ya jiaofu!"jawab Shuang er atau Sara sambil memeluk lengan Syahida.

"Mari-mari masuk. Makanan sudah siap,"jemput orang tua itu ke dalam.

"Wah, banyaknya lauk.Jiaofu xiǎng ràng wǒ pàng ma?(Ayah hendak buat saya gemuk?)"usik Shuang er. Zheng gong gong ketawa. Sudah lama Sara tidak melawatnya kerana sibuk membantu Pak Syeikh.

"Cempaka Shuang er tu...?"

"Itu nama cina Cempaka. Dia sudah jadi anak saya,"jawab Zheng gong gong tersenyum. "Mari duduk. Nanti lauk sejuk tak sedap. Jiangjun Nǐ yě zuò xià (awak juga duduk),"jemput Zheng gong gong. Tanpa ada bantahan Shu Wu Ji mengikut arahan itu.

"Jiaofu, yang lain mana?"tanya Sara melihat-lihat di sekelilingnya

"Mereka semua ada kerja. Nǐ bùbì dānxīn (kamu tak perlu risau),"balas Zheng gong gong. Mereka terus menjamah makanan sambil berbual-bual kosong. "Shuang er, rindu tak kepada keluarga?"tanya Zheng gong gong. Sara hanya mengangguk. Dia rindukan mak, mamatok dan abang-abangnya. "Ini ada surat dari Melaka,"kata Zheng gong gong memberikan satu sampul berwarna koko. Dia membuka sampul itu dan membacanya.

( Bismilahirahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ke hadapan adindaku yang dikasihi. Salam kerinduan dari kejauhan.

Bulan terang penyuluh malam,
Bintang berkelip setia menemani,
Adinda dirindui siang dan malam,
Adinda tetap di dalam hati.

Adinda,
Ayahanda dan bonda begitu merindui adinda. Kekanda juga begitu. Adinda mesti hampir sampai ke tujuannya mengikut perkiraan kekanda.

Kekanda sayugia memberitahu, Tun Daim juga di dalam perjalanan ke sana. Mungkin dia akan sampai lewat sedikit.

Adinda, kanda Ishak akan mengikut rombongan Tun Perpatih meminang puteri cina. Dan kanda berhasrat dinda mengikut kanda pulang ke Melaka bersama kanda.

Sampai di sini dulu. Jaga diri dinda baik-baik. Kanda Ishak doakan perjalanan adinda selamat.

Yang benar,
Tun Ishak)"

Sara menghela nafas panjang dan melipat kembali surat itu.

"Yǒu shé me xīnxiān shì ma? (Apa beritanya?)"tanya Zheng gong gong.

"Jiaofu, Tun Ishak akan mengikut rombongan Tun Pepatih meminang puteri ci na,"terang Sara.

"zhēn de ma? (Betul ke?),"tanya Zheng gong gong dia memandang sekilas kepada Shu Wu Ji. Sara mengangguk. Tiba-tiba dia rasa sedih. Dia tidak mahu kembali ke Melaka. Bukan sekarang. Dia mahu melihat tamadun Cina. Dia mahu melihat segalanya yang ada dalam lipatan sejarah.

"Wǒ gēgē yào wǒ gēnzhe tā huí jiā (Abang saya mahu saya mengikutnya pulang),"beritahu Sara. Shu Wu Ji menyembunyikan perasaan terkejutnya.

"Apa yang Cempaka cakap ni?"

"Kanda Ishak mahu datang mengambil Cempaka pulang ke Melaka,"katanya lemah.

"Apa!"kata Syahida terkejut. Sara tidak memberitahu Syahida yang Tun Daim juga dalam perjalanan kerana dia mahu membuat kejutan kepada Syahida. "Tapi..."

"Alah lambat lagi! Jangan sedih-sedih. Kita masih ada tiga purnama!"pujuk Sara tersenyum. Zheng gong gong melihat sahaja Shuang er di hadapannya. Alangkah bagus gadis seceria ini benar-benar menjadi anaknya.

"Betul-betul. Syahida jangan risau. Masa banyak!"kata Zheng gong gong. "Mari sambung makan,"ajaknya lagi. Shu Wu Ji tidak mengerti mengapa dia hilang selera tiba-tiba.

"Gong gong, Qǐng yuánliàng wǒ (maafkan saya). Wǒ hái yǒu yīxiē gōngzuò yào (saya masih ada kerja hendak dibuat),"katanya meminta diri. Sara dan Syahida bertukar pandangan dengan kelakuan Shu WuJi yang anginnya berubah sekejap saja.

Sekilas ikan di air, Zheng gong gong sudah tahu jantan betinanya. Dia yang sudah lama syak Shu Wu Ji menyimpan perasaan terhadap anak angkatnya mengizinkan saja. Sudah tentu berita Shuang er mesti kembali ke Melaka mengusik perasaannya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now