59

509 49 3
                                    

Senja melabuhkan tirainya dan Sara sibuk meninjau arah mana mahu melepaskan dirinya. Apapun yang mahu dibuat dia mesti berhati-hati kerana Yong Qi meletakkan lebih kurang 20 orang pengawal di sekeliling rumah itu. Dia mendongak ke atap. Dia meniup rambutnya.

'The only way out is up,'bisik hatinya. Dia memeriksa alang dan membuat keputusan untuk memanjat tiang seri. Terlebih dahulu dia mengetatkan kain kelambu untuk dia mencampak atap genting. Dia dapat memanjat tiang seri dan meniti alang. Sampai di lokasi katil dia mula membuka atap satu persatu. Dia memanjat keluar dari lubang atap berhati-hati.

"Jiangjun, Cempaka!"kata Pipit menunjukkan kepada Cempaka yang berada di atas bumbung.

"Ge, Wu Hen akan alihkan perhatian mereka. Pipit ikut jiangjun selamatkan Shuang er,"cadang Wu Hen.

"Hao, ni Xiǎoxīn (baik, kau berhati-hati),"balas Wu Ji. Wu Hen mengangguk. Dia bangun dan pergi ke pintu masuk kawasan kediaman di situ. Wu Ji dan Pipit berlari ke tepi pokok berhampiran tembok tinggi.

"Yong Qi, kau bedebah. Lepaskan Shuang er sekarang!" Jerit Wu Hen seperti orang gila. Pengawal pintu menyuruh pengawal lain memanggil tuan mereka. "Hei, Yong Qi kalau berani kau keluar!"jerit Wu Hen. Sara yang meniti di bumbung melihat dari jauh Wu Hen di pintu masuk.

"Apasal pulak mamat ni kat situ? Bukan aku dah pesan pada Pipit datang seorang!"bisiknya.  Pengawal di biliknya semua ke pintu masuk kecuali dua orang si pintu bilik. Sara melihat Wu Ji memanjat masuk bersama Pipit. Dia menampar dahinya. "Dari aku boleh lari senyap-senyap mamat ni akan menggagalkan rancangan aku!"bisiknya lagi. Tiba-tiba ada geram di hatinya.

Pipit bersiul memberi isyarat kepada Sara. Sara mengangguk tanda faham. Dia terjun ke bawah dengan berhati-hati. Berlari Wu Ji dan Pipit mendapatkannya.

"Ni mei shi ba?(awak tak apa-apa?)"tanya Wu Ji.

"Mei shi (tak ada apa),"jawab Sara sambil mengais pasir di bajunya.

"Ayuh,"kata Pipit.

"Shuang er, kau mengecewakanku malam ini," panggil Yong Qi lalu mereka dikepung oleh askar-askar Yong Qi.

"Yong Qi, Shuang er mesti pulang ke Melaka!"balas Wu Ji.

"Oh ya ke?Mungkin tidak kerana Shuang er ialah bakal isteriku,"kata Yong Qi selamba.

Sara ketawa. "Tidak mungkin,"jawab Sara lagi.

"Lai ren! Bunuh semua kecuali Shuang er,"arah Yong Qi. Pertempuran pun berlaku.

"Shuang er, kau pergi!"arah Shu Wu Ji dalam sibuk menangkis serangan.

"Wo zhou, ni zhou. (Aku pergi kau pun pergi),"kata Sara askar Yong Qi ternyata terlalu ramai.

"Shuang er!" Jerit Wu Hen apabila ada pedang meluru ke arah Sara. Wu Hen menangkis pedang itu dengan tubuhnya.

"Wu Hen!"jerit Sara.

"Shuang er, kau pergi!"kata Wu Hen tersekat-sekat. Darah keluar membuak-buak dari rusuknya. Sara berpaling kepada Wu Ji dan melihat Yong Qi mara menyerang curi Wu Ji dari belakang.

"Wu Ji!"jerit Sara dan dia menjadi galang gantinya. Pedang Yong Qi separuh menembusi dirinya. Yong Qi terkejut. Dia terpempan melihat Sara rebah di sisi Wu Ji.

"Shuang er!"panggil Wu Hen menahan kesakitan.

"Berhenti!"jerit Yong Qi. Pipit membantu Wu Hen berjalan ke arah Sara yang sudah terbaring di pangkuan Wu Ji.

"Wu Ji, jangan salahkan diri sendiri. Hiduplah seadanya,"kata Sara tersekat. Kesakitan yang dirasai begitu hebat membuatkan pandangannya kabur. "Ini, ambil,"ucap Sara memberikan jed merah jambu kepada Wu ji dalam tangannya yang menggigil.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now