15

734 55 9
                                    

Pipit, Kembang dan Sara kembali ke bilik dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira. Pipit menguap kemengantukan.

"Kamu orang hendak tidur, tidurlah dulu,"kata Sara selesai bertukar pakaian dia termenung di jendela. Bulan penuh berwarna kemerah-merahan. "Strawberry moon,"katanya perlahan. Dia mengambil mantel atau jubah panjang bagi menutupi baju tidurnya dan bantal tidur. Dia melangkah ke dek paling atas. Suasana sunyi kerana ramai yang sudah melelapkan mata.

Di atas dek, tiada seorang pun manusia. Suluhan cahaya bulan tidak memerlukan sebarang cahaya lilin. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku mengadap bulan yang seperti boleh dicapai. Dia duduk dengan selesa memeluk kedua lututnya.

"Oh, bulan. Kau cantik malam ni. Sampaikan salam rinduku pada mak, mamatok. Abang Adi, abang Arif dan Abang Adam,"katanya menghela nafas panjang. Dia menyebut semua ahli keluarganya. "I miss my iphone. I miss my tv, I miss the shopping malls and I really miss my job!" Jeritnya. Terasa ingin menangis semahunya di situ. "Aku nak balik!!!"katanya lagi. "Kalau masuk instagram cantik bulan ni," omelnya sendiri. Dia mengatur jemarinya membentuk empat segi mengganti frame kamera.

"Nǐ zài zuò shénme ne(awak sedang buat apa itu)?" Kedengaran satu suara jelas kedengaran. Kerana terlalu terkejut Sara melompat dari tempat duduknya terus ke terduduk di lantai. Sara mencari-cari pemilik suara itu. Ada sedikit perasaan cuak di hatinya. Kemudian dia ternampak seorang lelaki dalam kesamaran rembulan.

"Ni..(awak)," Sara meneka-neka. "Oh, houkan jiangjun (general segak)?" Ucap Sara terkejut.

"bukan awak patutnya masuk tidur?" Tanya Shu wu ji seperti menyindir.

"Ikut suka orang ah nak buat apa pun. Bù guān nǐ de shì (bukan hal kau),"jawab Sara terus duduk dan tidak mempedulikan lelaki itu. Dia duduk sambil mengurut belakangnya yang terasa sengal. Suasana sunyi seketika.

"Tadi makan malam ke tidak?"tanya Sara masih lagi wajahnya melihat bulan. General Shu melangkah ke hadapan dan berdiri jauh dari Sara namun masih boleh berbual. General Shu tidak menjawab apa-apa. 'Dasar bisu 90% memang tak akan menjawab,'kutuk Sara di dalam hati.

Reaksi lelaki bersanggul kecil satu atas kepala itu membuatkan Sara merasa tiada gunanya dibuat kawan. Dia mengambil keputusan itu tidak mempedulikan lelaki itu.

Dia mengambil bantal dan memeluknya. Dia menyandarkan tubuhnya di tiang kapal. Dia menaikkan kedua kakinya ke atas bangku. 'Selesa sungguh begini,'kata hatinya. Bayu laut berpuput lembut seperti membuai dirinya. Bunyi lautan dibelah kapal kedengaran jelas.

Dalam beberapa minit, Sara sudah tersengguk-senguk. Kerana terlalu mengantuk dia meletakkan bantal dan baring di atas bangku.

"Kunyang,cik awak tidak boleh tidur di sini," kata General Shu.

"Wǎn'ān.  Awak pergi. Tinggalkan saya sendirian,"kata Sara yang sudah berbaring dan menyelimuti dirinya dengan jubah itu.

"Xiǎojiě ,"tegur General Shu lagi. Sememangnya tidak sesuai untuk gadis semuda Sara tidur merata-rata.

"Bì zuǐ!(senyaplah!),"balas Sara yang bercakap dengan mata yang tertutup. General Shu hanya memerhatikan tubuh gadis genit tetapi sangat berani itu. Lebih kurang lima belas minit  General Shu masih berdiri di situ. Dia menggelengkan kepalanya kerana biarpun kecil Zheng Shuang atau Sara ini keras kepala.

Dengan sekali angkat Sara diletakkan ke  bahu kanannya. Sara yang mamai kemengantukan menyedari perbuatan General Shu itu.

"kau yang mintak,"katanya perlahan. Sara tanpa berlengah terus mengeluarkan kentut. "Booong,"sekuat yang Sara boleh.

"Argh!!!" Terkipas-kipas General Shu cuba menepis bau kentut. Sara sangat berpuashati dendam terbalas.

'Padan muka kau!'jeritnya dalam hati. Susahnya hendak menahan ketawa. General Shu mengetuk pintu bilik Sara tetapi tiada yang menjawab. Dia menolak daun pintu dan ia terbuka. Dia masuk dengan berhati-hati. Kembang terjaga tetap General Shu meletakkan jari ke mulutnya menyuruh Kembang diam.

Dia membaringkan Sara di tepi Kembang.  "Kenapa dengan Cempaka?"tanya Kembang berbisik.

"Dia tidur,"jawab General Shu. Oleh kerana hari sudah jauh malam, Kembang biarkan saja. Dia bangun lalu mengunci bilik selepas General keluar. Kembang kembali ke tempat tidur dan berbaring sebelah Cempaka.

"Dia boleh cakap Melayu rupanya,"bisik Sara. Nak luruh jantung Kembang melihat mata Sara terbuka luas.

"Cempaka! Bukan tidurkah tadi?" Tanya Kembang berbisik kerana takut mengganggu Pipit di balik papan pemisah di bilik itu.

"Tadi dia bawa aku macam tu, aku kentut,"akui Sara. Kembang hanya menggelengkan kepalanya. Sara ketawa menutup mulut dengan tangannya. Kembang pun terketawa bersama. "Jom tidur," ajak Sara melelapkan matanya tapi bibirnya mengukir senyuman.

General Shu pulang ke biliknya dan fikirannya terlekat kepada gadis genit yang keras kepala. "Dia kentut...!"katanya dalam hati. Dia tidak tahu hendak gelak atau marah.

General Shu kembali ke dek atas menikmati malam seterusnya. Dia lemas berada di bilik...jadi dia lebih suka berada di situ.

Seberapa ketika Sara bangun kerana dia mahu menikmati subuh menyinsing. Terlalu awal hari masih gelap dan suasana masih senyap sunyi. Dia berjalan ke dek atas memakai mantel atau jubah panjang di atas baju tidurnya. Dia pergi ke tempat malam tadi. Dia melihat dalam kesamaran General Shu tidur dalam keadaan berbaring di bangku. Sara tersenyum dia menghampiri lelaki itu dan meneliti wajah itu. 'segak tapi di zaman ini orang paling segak pendek umur dibunuh?'dia bertanya kepada diri sendiri. Dia menanggalkan mantel dan menyelimuti general itu. Dia meninggalkan Shu Wu Ji dan berjalan ke tepi kapal untuk menikmati matahari terbit.

Dia mengangkat tangannya dan mengambil nafas panjang. 'segarnya udara,' bisik Sara. Tiba-tiba dia rasa ada orang meletakkan sesuatu di bahunya. Dia terkejut dan melihat Shu Wu Ji di sebelahnya.

"Bangun awal?"tanya Shu Wu Ji. Lama Sara merenung.

"Boleh cakap Melayu,"tanya Sara. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya.

"Bù hǎo,"kata Shu Wu Ji pendek.

"Wǒ huì jiào nǐ ( saya akan ajar),"balas Sara tersenyum. Dalam kesamaran fajar dia dapat melihat Shu Wu Ji kurang ketat mukanya.

"Wǒ méi xìngqù (saya tak berminat)," kata Shu Wu Ji acuh tak acuh. Kata-kata itu menyakitkan hati Sara. Dia terus melangkah menjauhkan diri dari Shu Wu Ji.

'Sombong. Baik lepas ni aku cakap Melayu dengan kau. Padan muka,'bentak Sara di dalam hati.

"Eih, xiaojie (cik)," kata Shu Wu Ji menahan Sara. Sara menghentikan langkahnya dan berpaling. "tolong berperangai baik). awak anak Zheng gong gong," Shu Wu Ji mengingatkan. Sara menarik nafas dan berpaling arah. Dia terus melangkah ke bucu kapal untuk menikmati matahari terbit tanpa gangguan.

"Boleh blah ah,"kata Sara berbisik.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now