Shu Wu Ji juga baru maklum yang Cempaka atau Sara ialah tunangan orang.
"Na...siapa dua orang di belakangnya?"tanya Maharaja.
"Hwangsha,ini pembantu patik, Pipit dan Kembang juga dari Melaka."jawab Sara.
"Beta ingin menjemput rombongan Pak Syeikh kesemuanya untuk makan malam bersama beta malam ini,"titah Maharaja mesra.
"Patik menerima jemputan Maharaja, menjunjung kasih,"balas Pak Syeikh.
"Baiklah begitu, Zheng gong gong bolehlah membawa rombongan Pak Syeikh berehat sambil bersiar-siar sementara waktu," titah Maharaja.
Kesemua yang ada di situ bersujud di kala Maharaja mahu berangkat kecuali rombongan Melaka yang merendahkan diri mereka sambil tangan kanan di letakkan di dada kiri. Maharaja tidak murka kerana memahami peradaban orang-orang Islam.
"Pak Syeikh mari kita bersiar-siar sebelum sampai ke kamar yang disediakan,"pelawa Laksamana Zheng He.
"Jiaofu, Shuang er xiang hui jia, kebu keyi me (ayah Shuang er nak pulang ke rumah boleh tak boleh)?"tanya Sara.
"Keyi, ni men Hé wǒ yīqǐ huí jiā (boleh, kamu semua balik dengan ayah),"jawab Laksamana Zheng He.
"Ala, Syahida tak ada kawan macam tu,"kata Syahida. Sara ketawa.
"Nanti malam kita jumpa ya?"pujuk Sara menepuk-nepuk bahu Syahida. "Cempaka janji," kata Sara lagi. Mereka berpisah setelah menghantar Pak Syeikh dan ahlinya ke kamar yang disediakan. Sememangnya cantik taman-taman dia situ..seluas alam. Patutlah dalam sejarah mengatakan pada satu-satu masa Istana Larangan itu boleh memuatkan ribuan orang tanpa ada rasa kesesakan.
Mereka tiba di bilik mereka tepat waktu 2 petang dan perut sudah mulai berkeroncong.
"Kenapa Cempaka tak mahu timggal di istana?"tanya Kembang.
"The palace gives me the creeps,"jawab Sara antara dengar dan tidak.
"Apa Cempaka bilang?"tanya Kembang lagi.
"Hari ni aku masak sedap. Nah...tengok, Nasi Lemak Ayam Goreng," jawab Sara menunjukkan makanan di dalam sia kayu di atas almari.
"Nasi Lemak?"jerit Pipit dan Kembang. Sara menunjukkan nasi di dalam periuk. Bau harum menjengah hidung mereka. Sara menunjukkan ayam goreng di dalam sia." Ayam Goreng?!!!!"jerit mereka berdua lagi. Sara menggelengkan kepalanya.
"Dan sambal tumis!!!"kata Sara. "Taraaaaaaa! Sedap tak?"tanya Sara.
" Laparnya!"kata Pipit. Kembang dan Sara terdiam dan melihat Pipit. Selama ini Pipit tidak pernah menunjukkan reaksi spontan begitu. Mereka berdua tidak dapat menahan ketawa.
"Apa lagi duduklah makan,"jemput Sara. "Xue Xi, Swee Lan Lái hé wǒmen yīqǐ chīfàn (mari makan bersama)," laung Sara dari dapur.
"Wo men lai, kunyang,"kata dua anak dara itu berlari-lari. Mereka duduk bersama.
"Ini apa?"tanya Xue Xi dalam bahasa Cina.
"Nasi Lemak. Hao chi. Shìzhe chī (cuba makan),"ajak Sara. Mereka berdua tidak boleh makan sambal tumis itu kerana terlalu pedas. Jadinya mereka hanya makan nasi dan ayam goreng. "Orang Melayu suka makan pedas," terang Sara dalam bahasa Cina. Mereka benar-benar menikmati makanan tengahari itu. Seperti biasa, Xue Xi dan Swee Lan akan mendapat tugasan mengemas dan mencuci pinggan.
"Xue Xi, Swee Lan Wǒ xiànzài xiǎng xiūxí ( saya nak rehat sekarang)."Jangan ganggu saya sampai lewat petang," kata Sara.
"Shi, kunyang,"jawab mereka berdua. Pipit mengikut Sara ke bilik bersama Kembang.
"Pipit balik kau mandi pakai kelabu biru yang Kembang jahitkan. Kembang pun sama,"arah Sara. "Aku penat aku korang berdua pun penat. Pergi rehat. Er Kembang nanti ambilkan baju warna kuning ya," arah Sara l.agi.
"Baik Cempaka," jawab Kembang.
"Eh taknak lah bawak yamg hijau lembut tu ya? Yang kau jahit tu,"kata Sara. Dia terus masuk ke dalam menanggalkan pakaian luaran dan tinggal seluar panjang dan baju dalam seperti singlet bertali halus. Dia terus membenamkan dirinya ke tilam lalu tertidur.
tepat lima petang Sara dikejutkan oleh Kembang. Dia membawa hanfu yang dijahitnya sendiri untuk Cempaka dan menggantungkannya.
"Cempaka, bangunlah. Kita kena bersiap ni," kata Kembang lembut. Sara bingkas bangun dan menggeliat.
"Mandikan, aku penat tak habis lagi," kata Sara. Perlahan-lahan Kembang membawa Sara ke mandian yang telah disediakan. "Kau tidur dak tadi?" tanya Sara.
"Ya, tapi Kembang tak berapa betah tidur siang," jawab kembang sambil menjirus air berwangi ke tubuh Sara.
"Ah nyamannya," kata Sara selesai mandi. Dia mengenakan
pakaiannya dan bersolat dan mengenakan solekan. Bibirnya merah pulasan dan pipinya merah jambu kening dikemaskan dan rambut disanggulkan ala french twist dan dihias cucuk sanggul mutiara."Tak pernah tak cantik Cempaka,"puji Kembang melihat imej di cermin. Sara ketawa.
"Tak ke mana cantiknya, Kembang,"jawab Cempaka atau Sara ketawa. Mereka keluar dari kamar dan melihat Pipit dan Shu Wu Ji sudah menantinya.
"Ei Shu Wu Ji, Shénme shíhòu lái (bila sampai)?"tanya Sara terkejut. Shu Wu Ji termalu-malu menjawab soalan itu.
"Baru sahaja,"jawab Shu Wu Ji. "Nǐ jīn wǎn hěn piàoliang (Malam ini awak sangat cantik),"puji Shu Wu Ji.
"xie xie, mari,"ajak Sara.
"er..Shuang er, ini untuk awak," kata Shu Wu Ji memberi sekuntum bunga peony berwarna merah jingga. Sara terkesima sebentar.
"wo de?"tanya Sara. Shu Wu Ji mengangguk. "Wǒ zuì xǐhuān de huā zhī yī (salah satu bunga kegemaran saya),"kata Sara.
"Chen de?"tanya Shu Wu Ji.
"Chen de,"jawab Sara. "Kembang tolong selitkan,"pinta Sara. Kembang meletakkan bunga itu di kanan bersama kepala cucuk sanggul.
"Sesuai bunga ini di sini,"kata Kembang.
"Shuang er, silakan,"pelawa Shu Wu Ji.Meriah suasana istana mengadap. Laksamana Zheng He yang setia menanti Sara di pintu amat senang melihat betapa cantik Cempaka malam itu.
"Jiaofu, Shuang er lai le,"tegur Sara.
"Ini anak jiaofu ka ini? Cantik sungguh!"puji Laksamana ZheNg He. Sara ketawa.
"Xie jiaofu,"kata Sara menunduk hormat.
"Mari," ajak Laksamana Zheng He. Setelah pengumuman dibuat mereka melangkah masuk. Sara mencuri tumpuan di kala itu. Putera Gaoxu dan Putera Gaozhu yang sedang rancak berbual memberikan perhatian kepada Sara.
"Hwangshang, hamba datang,"Laksamana Zheng He merafak sembah.
"Selamat datang. Shuang er, ni hen hou mei ba (kamu cantik),"puji Maharaja.
"xie Hwangshang,"jawab Sara tersenyum. 'Jangan puji sangatlah ya, aku tak nak jadi gundik,'bisik hatinya.
"Silakan, nikmati malam ini,"titah maharaja. Kelihatan beberapa gundik dan puteri-puteri berbisik sambil memandang Sara.
"Nampaknya Shuang er ramai pemerhati,"kata Shu Wu Ji.
"Nin ne?"tanya Sara mengusik. pertanyaan itu membuat wajah Shu Wu Ji bertukar kemerahan. Sara hanya tertawa. 'Shu Wu Ji kau terlalu pemalu,'bisik hatinya.
"wo..."ayat itu terhenti di situ.