43

456 48 1
                                    

Selesai solat subuh, Sara mengarahkan Kembang untuk membantunya menyediakan bekalan untuk baki perjalanan selepas sarapan pagi. Sara menyediakan bekalan sebanyak 20 bekas. Dia membekalkan 3 biji pau ayam setiap orang dan dua biji limau mandarin. Setiap orang mendapat bekalan air masing-masing. Dia menggeliat melonggarkan sendi yang kepenatan. 'Susah nak makan zaman ini. Semua mesti disediakan dari asas. KFC aku merinduimu,'bisik hatinya.

Semua barang dan peralatan telahpun siap dikemaskan. Waktu lebih kurang jam 9 pagi dan cuaca masih lagi sejuk.

Mereka semua mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Shu Furen. Wu Hen juga sudah bersedia untuk menyertai rombongan itu.

"Wu Hen, jaga diri,"pesan akak iparnya. Wu Hen mengangguk.

"Wo zhidao, da sao ni fangxin (saya tahu, kakak ipar jangan risau),"balas Wu Hen.

"Xiankong, wong deng ni(suami, saya menunggumu di sini)," kata Shu Furen memandang suaminya. Shu Wu Ji tidak memberikan kata balas hanyalah anggukan kepalanya. Sara menggelengkan kepalanya.

'Kepala batu sungguh. Itu je yang kau balas? Bini kot,'herdik Sara dalam hati. Dia menjeling ke atas. "Shu Wu Ji, ShuWu Ji. Mak kau beranak kau atas ais kot,"bisiknya sendiri. Sara melambai dan memberikan senyuman manis kepada tuan rumah.

"Zheng kunyang,"panggil Shu Furen. Dia menggamit Sara untuk datang lebih rapat.

"Ya Shu Furen,"kata Sara mesra. Shu Furen mengamati wajah gadis melayu ini. Tidaklah seputih salji tapi matanya penuh tenaga, senyumannya menyenangkan, biarpun bukan serumpun tidak dapat disangkal kecantikannya lain dari yang lain dan setiap katanya tiada kepura-puraan. Intuisi wanitanya mengatakan ramai yang mengharapkan perhatian gadis ini. Shu Wu Ji yang mahu berlalu itu terpempan dengan adegan itu.

"Shu Furen..?"tegur Sara yang perasan akan wanita muda itu mengamatinya. Shu Furen tersentak dari lamunannya.

"Nah,"kata Shu Furen memberikan sesuatu ke tangan Sara.

"Zhe shi shenme (apa ni?)?"tanya Sara perlahan-lahan.

"Tanda persahabatan,"jawab Shu Furen dalam bahasa Cina. Sara membuka tangannya perlahan-lahan. Kerongsang emas berbentuk bunga ditatah nilam. Sara terkejut kerana pemberian itu sudah tentu sangat mahal.

"Shu Furen...ini-"

"Ambillah,"kata Shu Furen menggenggam tangan Sara rapat. Dia memandang wajah Shu Wu Ji yang memerhatikan mereka. Kerongsang itu adalah kerongsang nenek Shu Wu Ji yang diberikan kepada menantu rumah itu. Shu Furen tersenyum kepada suaminya. Dari pandangan dan perhatian yang diberikan oleh shu Wu Ji kepada Sara, dia tahu hati Shu Wu Ji telah mempunyai pemiliknya.

Lama Sara memerhatikan Shu Furen. Wu Hen melangkah ke sisi Sara. "Da sao, women zhou (kakak ipar, kami meminta diri),"kata Wu Hen menyentuh siku Sara dan itu mengejutkan Sara. Wu Hen tersenyum manis kepadanya. Dia berbisik ke telinga Sara. "Let's go. I'll explain later,"kata Wu Hen menarik Sara berjalan bersamanya. Tindakan Wu Hen itu mengejutkan Shu Wu Ji dan Tun Daim. Mereka nampak begitu akrab sedangkan baru semalam berkenalan. Sara mengikut sahaja saranan Wu Hen. Selang seberapa tapak Sara menoleh ke belakang. Shu Furen melambai selamat tinggal. Sara membalas dengan senyuman.

Wu Hen menghantar Sara ke kereta kudanya. Kembang dan Syahida juga sedang menunggunya.

"Ah Wen ambil kudaku, aku akan bawa kereta kuda Zheng Kunyang,"Wu Hen memberi arahan dalam bahasa Cina. Ah Wen mengangguk dan menunggang kuda milik Shu Wu Hen.

Shu Wu Ji yang sudahpun menunggang kudanya datang ke arah mereka.

"Wu Hen, kenapa tidak menunggang kuda sendiri?"tanya Shu Wu Ji.

"Da ge, Wu Hen hendak berbual dengan Zheng Kunyang,"jawab Wu Hen.

"Zhen de? Hao!!!"jawab Sara ketawa dia bertepuk tangan gembira.

"Suka ya?"tanya Wu Hen bergurau.

"Zhen piao liang nan ren (Lelaki betul-betul cantik) hendak berbual dengan saya. Dah tentu saya gembira,"jawab Sara ketawa. Shu Wu Ji tidak.memberikan reaksi apa-apa cuma menundukkan kepalanya tanda faham. Sara menjeling kepada pahlawan itu dan mengangkat bahunya. 'Aduhlah, memang stone la mamat ni,'desis hatinya. Mereka memulakan perjalanan mereka pagi itu. "Wu Hen bila agaknya kita sampai ke Chang An?"soal Sara.

"Kita akan berhenti rehat tengahari. Kita terpaksa berhenti di tiga lagi tempat. So, mungkin hujung minggu. Kita mesti rehatkan kuda dua hari sebab kargo kita banyak juga,"jawab Wu Hen. Kembang dan Syahida duduk di dalam kereta kuda sudahpun tersengguk-sengguk.

"Kalau dengan kereta tak adalah lama sangat perjalanan ni kan?"keluh Sara.

"Deal with it, inilah era sejarah," pujuk Wu Hen.

"Ah, tui, what do you wanna explain to me?" Tanya Sara mengingati kata-kata Wu Hen atau Andrew tadi.

"Shu Wu Ji biarpun nampak seperti tidak peduli dia adalah ketua keluarga ini sekarang,"balas Wu Hen. Sara terkejut dengan kata-kata itu.

"Eh, yang you ni nak cakap apa sebenarnya?" Soal Sara balik. Wu Hen tersenyum menampakkan gigi-giginya yang putih tersusun.

"Kerongsang itu milik nenek Shu Wu Ji dan Shu Wu Hen. Ia diturunkan kepada menantu rumah itu."

"Peliknya. Kenapa Shu Furen hadiahkan warisan ini kepada I?"kata Sara menggaru kepalanya.

"Shu Furen dan gundik Chu ialah kenalan keluarga ini. Shu Furen keluarganya semua dibunuh kerana cuba menjatuhkan maharaja. Gundik Chu ialah sepupu yang dibuang keluarga kerana cuba kahwin lari dengan kekasihnya. Mereka ini adalah orang yang tidak asing bagi keluarga Shu."

"I am still.waiting for the punchline. Kau ni cuba nak explain apa Andrew?" Tanya Sara mengangkat keningnya. Wu Hen ketawa. Perbualan mereka dari jauh nampak seperti kenalan rapat yang mesra. Tun Daim memendam perasaan melihat keakraban Cempaka.

'Perempuan jenis apa kau ni Cempaka? Kenapa lain sangat kau berubah selepas sihat dari sakit?'desis hati Tun Daim. Shu Wu Ji hanya memerhatikan dari jauh.

"What I am trying to say, anak itu bukan anak Wu Ji. Perkahwinan mereka hanyalah untuk melindungi Shu Furen begitu juga Gundik Chu," terang Wu Hen. Sara hanya memerhatikan wajah Shu Wu Hen atau Andrew di sebelahnya. "Yang you tengok muka I ni apasal? Berlubang dah rasa pipi I ni,"usik Shu Wu Hen.

"Your point is?"tanya Sara balik.

"Are you really this stupid?"soal Wu Hen mengusik.

"No, usually men that I come to know are,"jawab Sara selamba. Wu Hen ketawa.

"Aik nak perli I balik?" Kata Wu Hen selesai ketawanya. "Selama dua tahun di sini, aku tak pernah tengok Wu Ji tersenyum. Tapi kali ini amat berlainan,"katanya lagi. Sara menghela nafas panjang.

"I don't date married man. Atas apa sebab pun," balas Sara memandang Wu Hen. Mereka berpandangan seketika.

"You are not stupid after all,"kata Wu Hen memandang ke depan semula.

"Tidak adil bagi pihak yang satu lagi jika terlalu mengikut perasaan," kata Sara perlahan. "Aku percaya aku akan balik ke zaman kita dan apa yang tinggal? Tubuh ini orang ini yang pastinya tidak akan mengingati apa-apa. Bukankah itu tidak adil?"

"Aku mengerti. Aku setuju tapi setiap orang berhak bahagia. Jika satu hari nanti kau berjaya balik ke asal, maksudnya hubungan kau dan Wu Ji tamat. Dan itu adalah takdirnya."

Sara hanya mendiamkan dirinya. Kata-kata itu kekal di fikirannya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now