22

609 59 2
                                    

Laksamana Laut Zheng He mengadap Maharaja Yongle setiap kali balik dari pelayaran. Dia akan memberi laporan yang terperinci tentang tugasan yang diberikan sebaik mungkin. Kali ini misinya ialah mengenali kekuatan dan kelemahan Kesultanan Melaka kerana Maharaja bersetuju memberikan seorang puterinya sebagai pengantin diplomatik.

"Zheng gonggong, apakah pendapat kamu tentang Melaka?" tanya Maharaja setelah dia mengarahkan semua pegawainya bersurai kecuali Laksamana Zheng He. 

"Melaka ialah sebuah negeri yang kaya, mempunyai sistem perdagangan yang hebat dan terbilang," jawab Laksamana Zheng He. Maharaja mendiamkan diri nya seketika seperti berfikir-fikir. 

"Jadi, adakah kita akan mendapat faedah yang besar jika kita mempunyai hubungan diplomatik dengan Melaka?"

"Untuk menjawab soalan Maharaja, patik merasakan itu satu tindakan yang bijak kerana Melaka mengawal perdagangan dan pentadbiran di Selat Melaka," jawab Laksamana Zheng He tenang. Maharaja mengurut janggutnya. 

"Baiklah, sebulan dua, Melaka menghantar berita yang wakilnya akan berada di sini," beritahu Maharaja.

"Baik Maharaja," ucap Laksamana Zheng He menunduk.

"Baliklah berehat," titah Maharaja Yongle. Laksamana Zheng He meminta diri perlahan-lahan keluar dari Balai mengadap.

"Zheng gong gong, dapur Cik Zheng telah pun disiapkan,"beritahu Shu Wu Ji. Laksamana Zheng He mengangguk tanda faham. berlalu sahaja mereka ke luar Istana mereka terserempak dengan Putera Kedua, Putera di Yunnan iaitu putera kedua maharaja.

"Zheng gong gong,"tegur Putera Zhu Gaoxu. Putera tersebut baru sahaja pulang dari memeriksa kawasan sungai Yang tze yang menjadi satu masalah negara ketika itu.

"Yang mulia putera kedua,"balas Laksamana Zheng he sambil memberi tunduk hormat.

"Zheng gong gong sudah hilang berat tapi nampak ceria dan sihat,"tegur putera itu yang ditemani oleh pengawal peribadinya seorang.

"Orang tua beginilah,"jawab Laksamana Zheng He tersenyum. Putera kedua ketawa. Fizikal putera itu tinggi daripada Laksamana Zheng tetapi sedikit rendah daripada Shu WuJi. Putera kedua memang dikenali sebagai putera yang gagah dan berani.

"Zheng gong gong sudikah tuan minum bersama beta?"tanya Putera Zhu Gaoxu. Laksamana Zheng He dan Shu WuJi saling berpandangan.

"Apakata kita minum saja di rumah patik?"ajak Laksamana Zheng He.

"Bagus juga lama kita tidak berbual,"balas Putera Gaoxu tanpa teragak-agak. Laksamana Zheng He tahu ini mesti ada udang sebalik batu untuk melobi pengaruhnya.

"Hen Hao! Mari," ajak putera itu. Mereka jalan beriringan ke rumah Laksamana Zheng He yang tidak jauh daripada Istana.

Sara yang hanya memakai baju bertali halus dan seluar separas lutut berwarna hitam berendam di dalam kolah kayu yang berisi air wangian dan bunga-bungaan. Aromanya mengasyikan. Kembang sangat bagus dalam menjahit pakaian jadi baju mandi ini adalah dijahit oleh Kembang. Rambutnya disanggul tinggi. Apabila berada dalam keadaan tenang begini barulah dia merasa tubuhnya agak penat.

Dia memejam matanya mengambil nafas dalam-dalam. Tiba-tiba dia terdengar bunyi benda jatuh di belakangnya. Terkejut Sara dibuatnya.

"Shéi (siapa)?!!" jerit Sara. Dia bingkas bangun dan meneliti segenap ruang bilik. "Kembang? Pipit?"panggilnya tapi tiada sahutan. Dia keluar dari kolah dan mengambil beberapa tapak. Sepantas kilat seorang lelaki serba hitam menutup  separuh mukanya dengan sapu tangan hitam menendang pintu dan berlari keluar. Sara terus mengejar lelaki itu. Dia mencapai sekaki payung dan membaling tepat ke kepala lelaki itu. Lelaki itu rebah dan pengsan di situ. Pipit yang mendengar bunyi bising keluar dari biliknya.

"Cempaka!"panggil Pipit. Dia berlari ke arah Cempaka. "Siapa ni?"tanya Pipit. Cempaka mengangkat bahunya tanda diapun tidak tahu.

Tiba mereka mendengar suara Laksaman Zheng sedang rancak berbual dari jarak dekat.

"Bawa dia ke bilik aku. Ikat dan sumbat mulutnya. Tunggu aku datang,"arah Sara. Pipit dengan mudah mengangkat lelaki itu dan membawa lelaki itu pergi dengan pantas. Pipit menghilangkan diri tepat masanya.

"Shuang er, Nǐ zài zuò shénme (sedang buat apa ni)?"tegur Laksamana Zheng He. Sara terpempan. Mereka memandang Sara dari bawah ke atas kerana Sara hanya memakai pakaian dalam yang lencun dan berada di laman dan malam itu agak sejuk. "Nǐ bù juédé lěng ma ( tak sejuk ke)?"tanya Laksamana Zheng He.

"Shuang er..," Sara memerah otak untuk mencari alasan. Shu Wu Ji dan putera kedua menanggalkan mantel mereka  untuk Sara tetapi Shu Wuji lebih pantas membaluti   tubuh Sara. "jiaofu, Shuang er, Wǒ zhèngzài xǐzǎo, wǒ kàn dàole yī zhǐ(saya sedang mandi dan nampak seekor tikus),"Sara memberi alasan.

"zhēn de ma (betul ke)?" tanya Laksamana Zheng He. Sara mengangguk pantas. Laksamana Zheng He menggelengkan kepalanya.

"Zheng gong gong. ta shi shei (ini siapa)?"tanya Putera kedua. Belum pernah dia melihat gadis yang berkulit tidak secerah gadis-gadis yang ada di negara itu. Tetapi gadis ini cantik. rambut lebat hitam, mata besar galak bibir berbentuk hati yang cantik. Dan bentuk tubuh yang menawan.

"Diànxià zhè shì wǒ yǎng de nǚ'ér (Yang mulia ini ialah anak angkat patik) Tā láizì mǎliùjiǎ (Dia dari Melaka)," kata Laksamana Zheng He. "Shuang er, Zhè shì dì èr gè wángzǐ (ini ialah Putera kedua),"kata Laksamana Zheng He kepada Sara.

"Ohhh, dianxia,"kata Sara sambil menunduk hormat.

"Qing lai ba,"balas Putera kedua tersenyum.

"Xie dianxia,"kata Sara. "Jiaofu, Wǒ xiǎng yào wǔjí gēnzhe wǒ (saya nak wuji ikut saya),"pinta Sara kepada ayah angkatnya.  Laksamana Zheng He membenarkannya.

"Dianxia,qing (yang mulia, sila)," ajak Laksamana Zheng He menunjuk ke arah rumahnya. Mereka berlalu. Putera kedua Masih lagi memandang Sara yang nampak sangat selesa dengan WuJi.

Sara terbersin di hadapan Shu Wu Ji. "Shuang er,"tegur Shu Wu Ji sambil menggosok bahu Sara. "Jangan sakit,"kata Shu Wu Ji bimbang.

"Cepat,"arah Sara berlari ke biliknya. Shu Wu Ji merasa hairan melihat kelakuan Sara.

Sara membuka pintu dan menarik Shu Wu Ji ke dalam. "Nǐ zài zuò shénme (apa yang awak buat ni)?"tanya Shu Wu Ji terpinga-pinga.

"Cempaka,"panggil Kembang berlari anak kepadanya.

"Wu ji ikut Kembang. Shuang er,Wǒ xiǎng huàn yīfú (saya nak menyalin pakaian),"arah Sara. Wuji tanpa berkata apa-apa mengikut sahaja. Sara menukar kepada pakaian siang dan terus ke ruang tamu. Shu Wu Ji,Kembang dan Pipit masih memerhatikan lelaki yang masih pengsan bersarung separuh muka tetapi sudah terikat di kerusi. "Dia masih tidak sedar?"tanya Sara kepada Pipit. Pipit menggelengkan kepalanya.
"WuJi Shuang er sedang mandi bila dia ni masuk ke bilik. Saya mengejar dan menangkapnya di luar,"terang Sara. 

"Apa kita nak buat sekarang?"tanya Pipit.

"Kita buka kain di mukanya,"balas Shu Wu Ji. Pipit pergi dan menanggal sapu tangan di muka pemceroboh itu.

"Dianxia!"terjerit Shu wu Ji terkejut.

"Dianxia?"tanya Sara hairan.

"Ini putera sulung.Zhu Gaozhi,"jawab Shu Wu Ji lagi.

"Kenapa dia menceroboh ke sini?"tanya Sara kepada Wuji tetapi tiada jawapan. Shu Wu Ji terus mendapatkan putera itu mengejutkannya. Tetapi putera itu masih tak sedarkan dirinya.

"Apa yang Shuang er dah buat ni?" tanya Shu wu Ji.

"Tak ada apa. Shuang er baling payung kena kepalanya,"jawab Sara penuh ikhlas. "Ni shuo, wo zhi dao bu zhi dao ta shi wangye(awak rasa saya tahu ke dia ni putera)?"tanya Sara apabila melihat ekspresi Shu Wu Ji. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now