Hari masih gelap tapi ayam sudah berkokok dengan nyaringnya. Tanpa perlu dikejut Sara bangun dengan sendirinya. Dia menggeliat badannya yang penat seperti sudah segar. Dia bangun dari katil dan ke meja marmar dan menuang air kosong secawan. Air yang sejuk tanpa perlu peti ais terasa menyamankan. Dia melangkah ke luar bilik. Semuanya gelap dan sejuk.
"Brr....sejuk gila ni,"komen Sara memeluk tubuh. Tanpa berlengah dia ke dapur. 'Agaknya baru jam 5 pagi ni,"dia bercakap dengan diri sendiri. Dia menghidupkan api dan membasuh beras untuk memasak bubur nasi untuk sarapan. Dia nampak ada ikan bilis dan telur masin tanpa berlengah dia merebus 3 biji telur masin dan menggoreng ikan bilis itu sehingga garing. Tepat setengah jam semua siap kecuali bubur nasi yang perlukan lebih masa.
"Zheng xiaojie," tegur Xue Xi yang melangkah masuk ke dapur kemas bersiap.
"Xue Xi, padamkan api bila bubur nasi masak,"arah Sara dalam bahasa cina.
"Shi,xiaojie,"jawab Xue Xi.
"Saya nak pergi berlari"beritahu Sara. Nanti hidang sarapan bila saya selesai,"katanya lagi. Xue Xi hanya mengangguk biarpun dia tidak faham mengapa Sara hendak berlari. Sara balik ke bilik dan menyalin pakaian. Dia mengejutkan Kembang dan Pipit untuk menyertainya.
"Cempaka, pagi masih gelap,"kata Kembang.
"Lebih baik gelap dari panas,faham? Dah jom kita lari 10 pusingan kita berlatih untuk sejam,"arah Sara. Pipit seperti biasa tiada komen hanya menuruti arahan Sara.
Mereka membuat larian sebanyak 10pusingan mengelilingi rumah Laksamana Zheng He yang berekar besarnya. Sampai di dataran di hadapan bilik Sara. Mereka berlatih seni mempertahankan diri pula.
"Tae kwon do!"jerit Sara. " Chombi.." Pipit dan Kembang sudah arif langkah2 yang perlu dibuat jadi semuanya seperti otomatik. "Karate-do,"arah Sara.
"Hai, sensei!"sambut Kembang dan Pipit.
"Latihan pedang,"beritahu Sara. Kembang dan Pipit beradu tenaga untuk latihan pedang. Giliran Sara pula untuk menguji kemahiran Pipit.
"Tang! Tang!" Bunyi pedang kayu bertembung. Sara mengasak Pipit tanpa belas dan Pipit menggunakan segala pengetahuannya untuk menewaskan Sara. Sara melompat tinggi dan cuba menewaskan Pipit tapi Pipit tangkas menepis dan melibas pedang kayu Sara sehingga dia terlepas pedang yang dipegangnya. Sara menepuk tangannya berpuas hati.
Masing-masing kepenatan kesemputan. Hari semakin cerah. Mereka bertiga berehat di bawah pokok.
"Zheng xiaojie, Yào zǎocān ma? (Nak hidangkan sarapan?),"tanya Swee Lin yang asyik memerhatikan mereka.
"Yao!!!!" Mereka bertiga menjerit lalu ketawa. Duduk tiga bulan di atas kapal tidak membantu kecergasan diri mereka.
"Shuang er,"panggil Shu Wu Ji.
"Wu Ji? Wow awalnya. Kenapa?"tanya Sara.
"Shi,"jawab Shu Wu Ji. "Zheng gong gong minta Shuang er bersiap sebab Pak Syeikh hendak ke istana,"beritahu Shu Wu Ji.
"Ok, no problem,"jawab Sara membuat isyarat ok. "Mari sarapan dulu.," Kata Sara. Mereka berempat duduk bersama di bawah dangau yang cantik di tepi kolam.
"Bubur nasi?"tegur Shu Wu Ji.
"Ya kenapa?"tanya Sara.
"Tak ada apa-apa," kata Shu Wu Ji. Ternyata lazat sungguh bubur nasi yang lengkap dengan telur masin dan ikan bilis garing,potongan daun sup dan daun bawang membangkit selera.
"Kami pergi bersiap," kata Sara. Pipit dan Kembang juga menyusul selepas Sara. Shu Wu ji masih duduk di situ. Xue Xi datang untuk mengemas meja.
"Siapa yang masak sarapan)?"tanya Shu Wu Ji.