33

501 49 1
                                    

Selesai memeriksa Lee Taiyi melaporkan kepada Laksamana Zheng He yang Sara beransur sembuh cuma perlu diperhatikan tidak membuat kerja berat atau berembun.

Sara ternampak cucuk sanggul mutiara di atas meja solek dan cepat-cepat mengambil dan meletakkan ke sanggul separuhnya.

"Haizi,"panggil laksamana itu.

"Shi, jiaofu,"jawab Sara tersenyum.

"Pak Syeikh, Syahida dan Tun Daim ada di luar," beritahu ayah angkatnya tersenyum. Sara mengeluarkan keluhan kecil. Laksamana Zheng He menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil.

"Terima kasih jiaofu, "kata Sara.

"Jiaofu panggil mereka ke dalam ya?"kata Laksamana Zheng He. Sara mengangguk. Dia memandang Kembang Cina yang berada di sisinya. Kembang mengangkat keningnya. Sara menjeling menyimpan senyumnya. Dah pandai anak gadis in bergurau dengannya.

"Cempaka!"panggil Syahida mesra.

"Assalamualaikum Pak Syeikh! Syahida!"

"Waalaikumsalam w.r.t. Anakanda Cempaka sudah sihat?"tegur Pak Syeikh. Tun Daim yang berada di sisi Pak Syeikh tidak ditegur oleh Sara.

"Cempaka, abang Daim datang ni,"kata Tun Daim mengambil selangkah ke hadapan. Tiba-tiba Sara merasa seperti renjatan elektrik di lehernya. Dia mengaduh kesakitan memegang lehernya. Cucuk sanggul mutiara satunya mengerlip tetapi hanya disedari oleh Kembang.

"Shuang er! Ni zhen me le?"panggil Laksamana Zheng He meluru cuba memegangnya. Shu Wu Ji terlebih dulu mendapatkan Sara yang hampir jatuh dari kesan renjatan itu.

"Wo xiàngliàn,"bisiknya memegang rantai mutiara itu. Laksamana Zheng He mengalihkan tangan Shuang er sedikit, kelihatan leher Shuang er merah berbekas berbentuk mutiara yang dipakainya. Terkejut Laksamana Zheng He dan Shu Wu Ji melihatnya.

"Cempaka," Tun Daim melangkah dekat. Sara mengaduh kesakitan sekali lagi.

"Datuk, kita ke rumah aku dulu. SHuang er mesti berehat." tegur Laksamana Zheng He.

"Tapi..."Kata Syahida.

"Cik Syahida boleh tunggu bersama Shuang er,"cadang Laksamana Zheng He.

"Aku...aku..Cempaka,"panggil Tun Daim. Laksamana Zheng He memegang tubuhnya supaya  mengikutnya itu pergi. "Jangan sentuh Cempaka!"kata Tun Daim keras. Shu Wu Ji memandang  Tun Daim dan Shuang er bersilih ganti. Dia mengendong Shuang er ke katilnya tanpa mempedulikan amaran itu.

Dia meletakkan Shuang er dengan berhati-hati. "Aku pergi panggil taiyi,"beritahunya kepada Sara. Dia beralih memandang ke arah Tun Daim. "Shu Wu Ji meminta maaf,"katanya sambil melangkah ke arah Laksamana Zheng He. Kesemuanya keluar dari bilik tamu itu kecuali Syahida dan Kembang.

"Cempaka tak apa-apa?"tanya Syahida kebimbangan setelah mereka ditinggalkan sendirian. Cempaka menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam fikirannya dia berasa hairan apa yang membuatkan rantai itu seumpama merenjat lehernya.

"Aku tak apa-apa," jawabnya tersenyum masih mengurut-ngurut lehernya. Dia mengambil keputusan untuk menanggalkan rantai itu untuk sementara waktu.

Syahida duduk bersebelahan.

"Cempaka dan Syahida hendak minum? Kembang tuangkan,"tegur Kembang yang merasa sedikit lega melihat Cempaka tidak dalam kesakitan lagi.

"Kebetulan aku laparlah. Pergi masak apa yang patut," pinta Cempaka tersenyum.

"Baik. Kembang minta diri," Kembang pergi setelah menuangkan minuman untuk dua orang gadis manis itu.

"Syahida rindu hendak bersembang dengan Cempaka,"tegur Syahida.

Sara tersenyum. "Jemput minum, Syahida." "Maafkan aku, banyak kejadian di luar dugaan dua tiga hari ini."

"Syahida faham. Panglima Shu Wu Ji nampak sangat mengambil berat akan Cempaka,"kata Syahida selesai meneguk minumannya. Sara mengangkat bahunya.

"Ya ke?Tak perasan pulak Cempaka,"balasnya sambil tertawa.

"Alhamdulillah, nampak Cempaka tersenyum ria begini hati Syahida senang."

"Hmm..yalah tu. Tun Daim ada di sini, terubat sedikit rindu kan?"usik Cempaka. Wajah Syahida kemerah-merahan menahan malu. 'Ah, susah di zaman aku nak jumpa gadis pemalu begini. Dahlah cantik, ayu, lembut. Untung kau Tun Daim,'pujinya di dalam hati.

Kembang mengetuk pintu. "Ah itu mesti Kembang. Baguslah aku pun dah lapar ni,"kata Sara. "Masuklah cepat!"jeritnya olok-olok. Kembang cepat masuk ke dalam menatang tiga mangkuk mi sup.  "Ah, ingatpun. Nasib tiga kalau kau bawak dua, aku suruh kau ke dapur lagi Kembang,"usik Sara. Kembang tersenyum dia meletakkan mangkuk itu di meja makan.

"Jemput Cempaka, Kembang. Nanti sejuk kurang sedap,"pelawa Kembang. Sara turun dari katil dibantu oleh Syahida.

"Alhamdulillah cepat sungguh siapnya,"puji Sara. "Jom kita makan sama-sama," ajak Sara.

"Wah, pandainya Kembang masak,"puji Syahida. "Harum betul baunya." Mereka duduk dan menikmati mee sup yang dimasak oleh Kembang.

Sementara itu, Tun Daim tidak senang duduk melihatkan Cempaka dalam kesakitan tadi.

"Datuk, buat apa jalan sana-sini? Duduklah. Cempaka tidak apa-apa," pujuk orang tua itu.

"Mana tabibnya?"tanya Tun Daim.

"Shu Wu Ji minta izin masuk," suara panglima cina yang segak dan gagah itu.

"Mana tabib?"tanya Tun Daim.

"Tabib semua tidak dibenarkan keluar kerana ada dua gundik diraja sedang melahirkan," jawab Shu Wu Ji. Laksamana zheng He mengusap janggutnya.

"Ya, ya betul. Mereka bersiap-sedia dari semalam. Itupun nasib baik Lee Taiyi dapat mencuri masa datang merawat  Shuang er awal pagi tadi,"tambah Laksamana Zheng He.

"Habis tu bagaimana?"tanya Tun Daim.

"Datuk jangan risau. Kita hantar Pipit memeriksa keadaan di sana,"cadang Laksamana Zheng He.

"Baik, aku pun ikut sekali,"kata Tun Daim terus berlari keluar.

"Datuk!"panggil Laksamana Zheng He. Tapi usahanya tidak berhasil kerana pergerakan Tun Daim terlalu pantas.

"Gong gong,"Shu Wu Ji bersuara. Laksamana Zheng He mengisyarakatkan supaya Shu Wu Ji tidak mengambil apa-apa tindakan.

"Dia terlalu rindukan Shuang er,"ucap Laksamana Zheng He tersenyum. "Shuang er tak apa-apa. Tā fēicháng jīzhì(Dia sangat bijak)." Masih ada kerisauan di wajahnya tetapi dia menurutkan sahaja perintah Laksamana Zheng He.

Tun Daim tiba di pintu Sara. Dia terus mengetuk dengan tergesa-gesa.

"Biar Kembang tengok siapa di depan,"kata Kembang seraya bangun dan menuju ke pintu.

"Cempaka mana?"tanya Tun Daim.

"Cik muda...."belum sempat Kembang menjawab Tun Daim meluru masuk dan memanggil Sara. Sara yang sedang asyik makan terbantut selera mendengarkan suara itu.

Dia meletakkan penyepit makanan dan memandang ke arah Tun Daim.

"Cempaka! Cempaka tak apa-apa?" Tanya Tun Daim merapatinya.  Dari ekor matanya dia ternampak rantai mutiara pemberian ibunya bergetar. 'Kenapa dengan kehadiran mamat ni rantai ini menjadi begini?'soalnya di dalam hati.

""Stop!!!!" Jerit Sara .

"Stop tu apa?"tanya Tun Daim terkebil-kebil.

"Berhenti. Kanda Daim ni demamkah?"tanya Sara mengusik.

"Bukankah Cempaka kesakitan tadi?"

"Itulah. Rasa Cempaka dah sihat tapi tengok kanda terus Cempaka kesakitan,"selamba Sara menyindir. Terdiam sebentar Tun Daim mendengarkan kata-kata itu. Sedihnya tak terkata perasaannya. Tiga bulan dia belayar hanya mahu bertemu dengan gadis itu.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now