Selesai sidang makan bersama Yong Qi mereka meminta diri. Shu Wu Ji dan Shu Wu Hen mengangkat hormat dan berdiri.
"Dari pemerhatian aku, Zheng gonggong sangat menjaga Zheng kunyang,"tegur Yong Qi. Adik-beradik Shu saling berpandangan dan duduk semula.
"Zheng gong gong memang sangat sayangkan Zheng kunyang. Dia menganggap Zheng kunyang seperti darah dagingnya,"jawab Shu Wu Ji. Yong Qi mengangguk tanda memahami. "Kenapa Yong Qi daren bertanya?" Yong Qi terketawa kecil. Yong Qi menggelengkan kepalanya.
"Shu jiangjun mengesyaki aku?"tanya Yong Qi menguji.
"Shu Wu Ji tidak terfikirkan,"jawab Shu Wu Ji.
"Entah kenapa, aku sangat sukakan Zheng kunyang,"kata Yong Qi bersahaja. Shu Wu Ji berpandangan dengan Shu Wu Hen.
"Zheng kunyang telah mempunyai jodohnya,"kata Wu Hen.
"Oh?"jawab Yong Qi terkejut. "Siapa?"
"Pegawai Melaka. Dia juga berada di sini,"terang Wu Hen. Shu Wu Ji menarik nafas sedalamnya. Tindakan Wu Hen akan mencabar Yong Qi kerana Yong Qi diikutkan personalitinya lebih menyukai benda yang tidak tercapainya.
"Yong Qi daren, terima kasih di atas makan tengahari. Bila ke Nanjing giliran aku pula,"kata Shu Wu Ji berdiri dan memberi hormat. Mereka berlalu dari situ.
Tinggallah Yong Qi bersama pembantunya dia situ.
"Orang Melaka itu masih di kedai itu?"tanya Yong Qi kepada pembantunya.
"Daren mereka sedang berehat di tepi tasik di tepi kota,"jawab pembantunya. Yong Qi mengangguk. Dia yang meminta pembantunya memerhatikan Sara dari jauh sejak semalam.
"Baiklah, ayuh kita ke sana," ajak Yong Qi. Mereka menaiki kereta kuda yang telah disediakan.
"Cempaka...marilah balik. Shaoye nanti risau. Bukan sahaja shaoye, Shu jiangjun, Datuk,"ajak Kembang menarik baju Sara. Sara memerhatikan sahaja dayang dara di depannya. Dia ketawa. "Cempaka tak tau betapa sengsara Kembang, lepas shaoye, Shu Jiangjun lepas tu Datuk Daim," adu Kembang.
"Ololololo, comelnya Kembang," usik Sara masih lagi ketawa. "Relaks ah Kembang...nampak betapa cantiknya tempat ini? Bunga sana sini penuh pokok, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicau, udara yang segar,"jawab Sara menarik nafas panjang. Syahida tersenyum. 'Patutlah kanda Daim jatuh cinta dengan Cempaka. Setiap pertuturan dan tingkahlakunya sangat menarik,'bisik hatinya.
"Err...re...re apa?" Tanya Kembang kepada Sara.
"Relaks...maksudnya bertenang, jangan tergesa-gesa nikmati masa yang ada,"jawab Sara bangun. Dia nampak ada sebuah kereta kuda di atas jambatan tidak jauh dari tempat duduk mereka.
"Cempaka, kalau kereta kuda itu tidak perlahankan kuda mereka, mereka akan melanggar kereta yang datang dari situ," jerit Pipit. Syahida dan Kembang berlari ke tebing tasik. Pipit juga berlari mengikut mereka. Seperti kata Pipit kedua kereta itu tidak memperlahankan kelajuan dan mereka bertembung. Kejadian itu mengejutkan semua yang berada di situ.
Kereta kuda yang datang dari arah bertentang terbabas masuk ke tasik. Sara cepat-cepat naik ke atas bangku untuk melihat lebih jelas.
Ramai yang berlari ke tepi jambatan dan menunjukkan sesuatu.
"Cempaka ada orang lemas!"kata Pipit berlari ke arah Sara.
"Berapa orang?"
"Tiga orang jatuh ke dalam air, satu telah diselamatkan tinggal lagi dua,"terang Pipit. Tanpa berlengah Sara menanggalkan tag nama jednya dan beg duit dan diberi kepada Kembang.
"Cempaka nak buat apa ni?" Tanya Kembang terkejut.
"Aku nak selamatkan mereka," jawab Sara.
"Air tu sejuk Cempaka,"balas Kembang. Sara menepuk bahu Kembang dan tersenyum.
"Pipit ikut,"kata Pipit dan berlarilah mereka ke tepi tasik dan terjun. Semasa mereka sampai di situ kelihatan dua orang sedang tergapai-gapai. Sara mengisyaratkan Pipit ke mangsa di sebelah kanan dan dia menyelamatkan mangsa yang berada di kiri. Mangsa di sebelah kiri sudah pun tenggelam dan Sara terpaksa menyelam menyelamat orang itu. Dia sempat menarik mangsa itu ke atas. Sara terkejut kerana itu adalah Yong Qi. Dia mencari Pipit dan melihat Pipit telah pun berenang ke tepi bersama pembantu Yong Qi. Dengan susah payah Sara menarik Yong Qi ke tepi. Syahida dan Kembang membantu mereka menarik keluar dari tebing.
Sara dan Pipit basah kuyup keluar dari tasik yang airnya sungguh dingin.
"Pipit, tengok ada pernafasan tak?" Tanya Sara kepada Pipit. "Buat macam aku,"arah Sara. Dia mendekatkan telinganya ke hidung Yong Qi. "Tak bernafas, kau?" Tanya Sara. Pipit juga menggeleng. "Ok, kau tengok ni,"Sara menunjukkan tempat yang perlu ditekan bertubi-tubi. Pipit juga mencari titik itu. "Tangan kanan berada di atas tangan kiri. Kau mesti tekan berkali-kali sampai dia bernafas,faham?"
Pipit mengangguk. "Kita mula sekarang," kata Sara. Dia membuat CPR sebanyak 10 kali dan berhenti. Pembantu Yong Qi sedar dengan 5 denyutan. "Tolak badan dia ke sisi supaya air tak masuk balik," kata Sara masih lagi tenang memberi denyutan kepada Yong Qi. 'He is still not breathing,'bisik hati Sara. Dia terpaksa memberi nafas mulut ke mulut. Syahida dan Kembang terpempan kerana tidak pernah melihat kejadian seumpama itu. Orang ramai telah telahpun ramai di sekeliling mereka. Setelah tiga kali diberi nafas oleh Sara, dan selepas 4 denyutan Yong Qi batuk dan mengeluarkan air yang banyak. Sara dan Pipit membantu Yong Qi untuk bangun. Sara terduduk kepenatan.
"Kenapa ramai-ramai di tepi tasik itu?"tanya Wu Hen dia memandang Shu Wu Ji. "Ge, Wǒmen qù kàn kàn, ba,(kita pergi tengok)"ajak Wu Hen. Shu Wu Ji bersetuju. Dengan pantas mereka berlari ke arah itu.
"Shuang er!"panggil Wu Hen. Shu Wu Ji terkejut melihat Sara dan Pipit basah kuyup. Dia merasa sangat marah melihat Sara untuk sekian kalinya membahayakan nyawa sendiri.
Sara merasa amat lega melihat Shu Wu Ji dan Shu Wu Hen di situ. Dia bersandar keletihan.
"Apa dah jadi ni?"tanya Wu Hen.
"Kereta kuda bertembung. Yong Qi daren, pembantu dan pemandunya terhumban ke tasik,"jawab Sara termengah-mengah.
"Yong Qi daren?"tegur Shu Wu Ji sambil membantunya berdiri.
"Wo mei shi (aku tak apa-apa),"jawab Yong Qi dia memandang Sara yang tersandar di bahu Wu Hen dan Yong Qi mengangguk kepalanya sedikit tanda terima kasih. Kedengaran bunyi kereta kuda menghampiri. Orang-orang Yong Qi datang untuk mengambilnya pulang. Orang ramai sudah pun meninggalkan tempat itu tinggallah mereka berenam. Wu Hen membantu Sara berdiri.
"Kau boleh berjalan tak ni?"tanya Wu Hen. Sara menggelengkan kepalanya dan tersenyum. Wu Hen ketawa. Perangai Sara ini boleh membuatkan orang terdekat sakit jantung,fikirnya. Baru sahaja dia hendak berikan ruang Sara naik ke belakangnya, Shu Wu Ji memberhentikan tindakannya. Wu Hen bangun. "Ge, Shuang er..."baru sahaja Wu Hen hendak merayu bagi pihak Sara.
"Ràng wǒ lái (biar aku yang buat),"tegas Shu Wu Ji. Sara tahu Wu Ji sangat marah kepadanya melihatkan telinganya yang merah dan seperti nampak asap keluar dari hidungnya. Sara naik ke atas belakang Shu Wu Ji. Dan Shu Wu Ji mula menggendongnya. "Shuang er, biarpun kau tak hargainya nyawa kau tolonglah ada belas kasihan orang yang ambil berat pasal kau,"desis Shu Wu Ji. Sara diam sahaja.
"Dui bu qi (minta maaf), aku selamatkan orang bukan bermain-main. Aku tahu kau risau. Dui bu qi,"perlahan sahaja Sara menjawab di telinga Wu Ji. Wu Ji berhenti dan berpaling.
"Jangan buat lagi, Wǒ qiú qiú nǐ (aku merayu)," kata Wu Ji lembut sedikit dari tadi. Sara mengangguk tanda faham. Sara merehatkan kepalanya di belakang Wu Ji dan melelapkan matanya sebentar.
"Shu jiangjun sangat mengambil berat,"kata Syahida kepada Wu Hen perlahan. Wu Hen tersenyum. 'Dia sayangkan Shuang er. Wow..setahu aku ni Err Ge dibuat oleh besi tapi Shuang er umpama api yang mencairkan besi padu ini,'bisik hati Wu Hen. Dia tersenyum sendiri