Selesai mengemas, Kembang, Pipit dan Sara duduk di meja batu di taman. Semua membisu kerana kepenatan.
"Cempaka,kenapa minta dapur?"tanya Kembang. Sara tersenyum.
"Bukankah lebih baik kita masak sendiri. Pertama kita akan lebih yakin kedua zaman ini suka bermain racun. Kita baru di sini kita masih tak tahu siapa lawan siapa kawan,"jawab Sara. Pipit mengangguk tanda faham.
"Tapi Kembang tak pandai masak,"kata Kembang.
"Cempaka kan ada,"balas Cempaka. Kembang dan Pipit bertukar pandangan. setahu mereka Cempaka tidak pernah ke dapur apatah lagi memasak. "Eh...tak percayalah tu. Nanti Cempaka buktikan,"kata Sara lagi. Xue xi dan Swee Lin berjalan beriringan merapati mereka.
"Zheng xiaojie, Chúfáng zhǔnbèi hǎole (dapur sudah siap),"beritahu mereka serentak.
"Hao le. Dah nak maghrib. Bolehlah kita memasak,"kata Sara. "Xue Xi, Swee Lin Ni-men kěyǐ huí jia( anda berdua boleh balik) tetapi gadis-gadis belasan itu terkaku di situ. Mereka terus melutut di hadapan Sara. "Nǐ zài zuò shénme ne(apa yang awak buat ni?)?"tanya Sara. "Qǐlái ba (tolong berdiri)," kata Sara sambil menarik tangan kedua mereka.
"Xiǎojiě bù xǐhuān wǒmen me(cik tak sukakan kami)?"tanya Xue Xi.
"Nǐ zài kāiwánxiào (awak bergurau ke ni)?"tanya Sara lagi.
"Ne...Wǒmen zuò cuòle ma (kami ada buat salah)?"tanya Swee Lin dengan wajah kerisauan. Sara menghela nafas panjang. Gadis semuda 15 ini seperti Kembang sudah kenal pahit manis kehidupan.
"Bu shi ba (bukan itu). Ni men Bié dānxīn(Kamu semua jangan bimbang)!" balas Sara. Dia memandang Kembang dan Pipit. mereka hanya mengangkat kening tanda mereka pun hairan.
" Nǐ shénme shíhòu huí jiā (bila kamu semua balik rumah)?""Shuìjiào qián (sebelum tidur),"jawab Xue Xi.
"Shénme shíhòu (bila)?"
"Wǔyè (tengah malam),"jawab Xue Xi dan Swee Lin. Sara tersenyum.
"Hao le. Kembang tolong Cempaka. XI er Lin er ni men Bǎ zhuōzi fàng zài wǒ de fángjiān lǐ (kamu berdua sediakan meja di bilik saya),"arah Sara.
"Shi xiaojie (baik cik),"kata mereka dan berlalu pergi.
"Pipit? Pipit nak buat apa?"tanya Pipit berkobar-kobar.
"Kau pergi mandi. Busuk,"usik Kembang. Pipit terpinga-pinga dan cuba membau dirinya sendiri dengan mengangkat lengannya. Kembang dan Sara ketawa.
Sara dan Kembang pergi ke dapur dan melihat-lihat keadaan di situ. Dapur kayu dan dua kuali besar yang diletakkan di atas dapur yang dibuat oleh tanah liat.
"Cempaka pasti Cempaka boleh memasak di sini?"tanya Kembang. Sara mengangkat bahu.
"Tahu atau tidak kita cuba sahaja. Sebelum apa-apa kita masak nasi dulu. Kembang pergi cari penggesek api. Nyalakan dapur,"arah Sara. Dia mencari bekas beras dan menjumpainya dengan senang. 'Dapur ini sederhana sahaja besarnya. Senang hendak mencari barang,'bisik hatinya. Dia mengambil sebuah besen dan masukkan 3 pot beras dan membasuhnya dengan air yang disimpan dalam satu tempayan besar. "Kembang api dah nyala?"tanya Sara.
"Sudah Cempaka,"jawab Kembang terbatuk-batuk dalam kepulan asap. Satu ruang dapur berasap.
"Ok kita nak masak nasi dulu,"kata Sara membawa besen berisi beras yang sudah dibasuh dan mencurahkannya ke dalam periuk besi itu. "Kau pastikan api itu menyala Kembang kalau tak kita makan nasi mentah,"Sara mengingatkan. Kembang yang mengipas api dalam asap terbatuk-batuk. Cempaka menggelengkan kepalanya melihat anak dara itu membuat kerja. "Beginilah, Kembang," kata Sara atau Cempaka menunjukkan cara yang lebih baik mengipas api.