6

850 65 0
                                    

"Ei, lepaskan!"bentak Sara. Tun Daim melepaskan lengannya.

"Dinda tunang kanda. Tiada siapa boleh menyentuh biarpun seurat rambut,"kata Tun Daim. Sara ketawa.

"Bukan kau tidak sukakan ikatan ini? Tak perlu berpura-pura melindungi aku," balas Sara. 'Kau? Berani kau beraku kau dengan aku?'fikir Tun Daim.

"Siapa kau sebenarnya?"tanya Tun Daim. Sara terpempan. Si Damn you ini mengesyaki sesuatu tentang dirinya. "Cempaka Sari jelitawan yang menjadi rebutan,baik tuturkatanya, lembut airmukanya tapi Cempaka yang ini seperti kekampungan tiada adab,"tegur Tun Daim. Sara menapak di sekeliling Tun Daim mengukur keberanian Tun Daim.

Tiba-tiba Kembang datang berbisik, Syahida anak ulama Parsi di belakangnya. Sara menoleh.

"Wah! Cantiknya. Matanya jernih, kulitnya mulus hidungnya cantik terletak,"kata Sara. Kehadiran Syahida memeranjatkan Tun Daim.

Syahida cuba untuk tersenyum.

"Ini Syahida bukan?"tegur Sara. Syahida mengangguk. Sara menjeling kepada Tun Daim. 'Jika kau benar mahukan dia, aku akan membantumu,'bisik hatinya.

Sara pergi kepada Daim dan merampas cucuk sanggul Jed putih dari tangannya. Daim tidak sempat berbuat apa-apa.

"Syahida, terimalah ini sebagai tanda ingatan dari Tun Daim."

"Cempaka!"Tun Daim bersuara. 

"Adik kenal tidak orang itu?"tanya Sara. Syahida mengangguk tersipu-sipu. "Mari kita ke sana, haus pula tekak hamba," kata Sara menarik tangan Syahida. Tun Daim rasa sungguh terperangkap tetapi dia mengikuti sahaja langkah Cempaka.

Mereka duduk di satu meja.  Syahida hanya tertunduk malu. Sara memandang Kembang dan mencuri pandang kepada Tun Daim.

"Hai, depan sekuntum bunga idaman tidak payahlah kaku seperti kayu,"usik Sara dan Kembang terketawa. Syahida juga menyimpan senyum.

"Assalamualaikum saudara, hendak minum apakah?"

"Pakcik berikan kami minuman panas,"ucap Sara.

"Hendak makan apa-apakah?"tanya pakcik tua itu tadi.

"Berikan apa yang selalu dimakan di sini,ya?"jawab Sara mesra. Pakcik itu terus ke dapur menyiapkan pesanan.

"Adik Syahida ini berjalan keseorangankah?"tanya Sara lembut.

"Walid ada di sana sedang berurusan,"tunjuk Syahida kepada seorang tua sedang berbual panjang.

"Cantik tak cucuk sanggul itu?"tanya Sara. Syahida mengangguk masih tersipu. 'Ya Allah sucinya budak ini. 2018 dah tak ada gadis seperti ini,'bisik hatinya. "Hamba Cempaka,"Sara memperkenalkan dirinya.

"Hamba tahu, tunang kepada kanda Daim,"jawab Syahida.

"Kanda Daim?"balas Sara nada mengusik lalu melirik kepada Tun Daim. Sara tersenyum. "Syahida jangan risau, jodoh pertemuan di tangan Allah. Biarpun bertunang belum tentu berakhir ke jinjang pelamin,"kata Sara. Kata-kata itu mengejutkan Tun Daim. Wajahnya kemerah-merahan menahan perasaan.

"Apa maksud cik muda?"tanya Syahida.

"Maksudnya..."kata-kata Sara terhenti apabila pakcik itu datang dengan pesanan makanan. "Kita jamah dulu rezeki ini,"kata Sara. "Jemput minum."

Sara terlihat kelibat Tun Ishak. Dia melambai mesra.   Sara bingkas bangun dan mendapatkan Tun Ishak. Tun Daim memerhatikan sahaja. "Abang, mari kita minum,"ajak Sara memegang lengan Tun Ishak. Entah mengapa hati Tun Daim tidak tenteram dengan kemesraan itu.

"Abang ini..."Sara cuba memperkenalkan.

"Syahida puteri Ulama Syeikh Yusufi," sambung Tun Ishak sambil memandang kepada Tun Daim.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now