61 (epilog)

686 50 6
                                    

Setahun berlalu, kehidupan Sara, Wu Hen Dan Wu Ji berlangsung dengan aman. Suasana sibuk di rumah mamatok kerana hari pernikahan antara Sara dan Wu Ji akan berlangsung. Sara yang sudah siap berpakaian serba putih mengenakan kasut berwarna emas.

"Sara!Sara! Cepat. Wu Ji...Wu Ji...,"jerit Salina.

"Kenapa mak?"tanya Sara cemas.

"Kereta mereka hilang kawalan terhumban ke sungai di depan simpang,"terang ibunya.

Tanpa berlengah dia mengambil kunci kereta dan memecut ke simpang berkenaan. Dia melihat ramai di situ termasuk Wu Hen.

"Wu Ji!!!" Sara sudah hampir hilang akal. Dia berlari ke tebing sungai dan melihat pasukan bomba sibuk membuat usaha memyelamat. Wu Hen memeluk Sara supaya Sara tidak terjun ke sungai.

"Shuang er! shuang er," panggil Wu Hen. Dia mengalihkan tubuh Sara menghadapinya.

"Wu Hen, Fāshēngle shénme(apa dah jadi)?" Segala sendi Sara seumpama  agar-agar.

"Dia mengelak beberapa kanak-kanak menunggang basikal di tengah jalan."

"And you?"

"Wu Ji menyuruh aku mengambil cincin yang dia tertinggal di rumah inap,"kata Wu Hen. "Jadi aku menaiki kereta lain." Sara hampir hilang akal. Badannya menggigil dia terjelepok di tanah. Hatinya tidak putus berdoa keselamatan Wu Ji. Wu Hen tidak melepaskan Sara walau sesaat. Tiba-tiba anggota bomba membawa naik tubuh Wu Ji. Mereka memberikan first aid tetapi masih tiada reaksi. Sara yang dipapah oleh Wu Hen menghampiri Wu Ji.

"Wu Ji,"panggil Sara cuba membangunkannya. "Wu Ji,"panggil Sara lagi. Hatinya meruntun. "Wu Ji today is our wedding day,"katanya berbisik.

"Cik sila ke tepi paramedik sampai,"kata seorang ahli bomba di situ. Paramedik membuat semua yang terdaya oleh mereka. Tiba-tiba Wu Ji batuk dan memuntahkan air.

"Wu Ji,"Sara panggil.

"Ge.."panggil Wu Hen.

"Maaf cik, dia mesti dibawa ke hospital segera. Kalau cik mahu naik ambulan bersama,"kata paramedik itu.

"Come on, you ride on the ambulance, I follow with my car,"kata Wu Hen. Sara mengikut sahaja saranan itu.

Sampai di hospital, Wu Ji diletakkan ke wad biasa setelah lepas dari tahap kritikal.

Ketuanya datang menziarahinya.

"Cik Sara,"sapa ketua itu.

"Ketua Li,"sapa Sara kembali.

"I'm sorry this happened on your wedding day,"kata Ketua Li. Sara tersenyum tanpa berkata apa-apa. Hatinya terdetik jika Wu Ji sudah kembali ke asalnya.

"Li duizhang,"tegur Wu Ji.

"Ni xing le (kau dah jaga)?"tanya Ketua Li.

"Wu Ji,"panggil Sara. Dia menghampiri katil Wu Ji.

"Nǐ shì shéi,(awak siapa)?"tanya Wu Ji.

"Kau betul-betul tidak kenal siapa ini?"tanya Ketua Li. Wu Ji menggelengkan kepalanya. Sara mengambil langkah ke belakang. Igauannya menjadi kenyataan.

"Sara,"panggil Wu Hen. Sara menoleh ke belakang. Airmatanya hampir jatuh. "Kau ni kenapa?"

Ketua Li menghampiri mereka dan membawa mereka keluar.

"Nampaknya Wu Ji tidak mengingati apa-apa terutama tentang kamu Sara,"kata Ketua Li.

"Miss Li, wo dong. Tak perlu penjelasan apa-apa,"kata Sara. "Kami balik dulu. Mari Wu Hen,"ajak Sara. Wu Hen yang masih terpinga-pinga mengikut sahaja Sara di belakang.

"Shuang er aka Sara kau tak apa-apa?"tanya Wu Hen menghidupkan enjin kereta.

"At least dia masih hidup. Aku rasa Wu Ji sudah pulang ke zamannya. Sebab itu aku tidak terlalu terkejut tadi."

"Bersyukur juga mak kau dan mamatok mengerti keadaan ini,"kata Wu Hen. Sara mengangguk lemah.

"Hantarkan aku balik. Aku terlalu letih."

Wu Hen yang setia menghantar Sara ke rumahnya. Selepas menjelaskan perkara yang terjadi, Sara balik ke bilik pengantin berhias indah. Dia melihat telefon bimbit di atas mejanya. Seharian sibuk dengan persiapan dia langsung tidak memeriksa mesej-mesej yang ada. Tiba -tiba dia ternampak mesej dari Wu Ji.

"Qin ai de, hari ini kita akan menjadi suami isteri yang sah. Wo ai ni. Walau apapun terjadi."

Sara menangis semahu-mahunya keseorangan.  Dia melihat mesej itu masuk 10 minit sebelum kemalangan itu berlaku.

Dia membalas mesej itu biarpun dia tahu Wu Ji, Shu Wu Ji tidak akan dapat membacanya.

"Wo ye ai ni.Wǒ tài ài nǐle(aku juga mencintaimu. Terlalu memcintaimu) walau apapun terjadi."

Dia menghantar mesej itu. Dia melihat selfie-selfie dan video-video di telefonnya. Di saat itu dia merindukan Zheng gong gong, abang ishak. Wu Ji si muka stone yg hampir menjadi suaminya. Kalaulah aku boleh kembali ke zaman itu semula hanya untuk memastikan Wu Ji selamat.Alangkah baiknya. Dia terlalu kepenatan dan tertidur di meja soleknya

(Di saat itu rantai mutiara merah jambu yang berada dalam kotak kayu di meja solek mengeluarkan cahaya dan bergetar)

*Sara Vol 2. Mo Li Hua*

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now