'Macamana ni?'fikir Sara. Berpusing soalan itu dalam kepalanya. Dia perlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian penjahat-penjahat itu.
"Cempaka, apa kita nak buat ni?"bisik Kembang yang merasa cemas. Berkerut dahi Sara berfikir.
"Walau apapun kita mesti berhati-hati supaya tiada yang tercedera,"jawab Sara perlahan. "Begini, kau naik ke atas bukit kat tepi tu. Bawak batu-batu kecil macam ni. Lepas tu kau senyap-senyap naik ke atas bukit tu. Dari hujung situ kau naik...aku nak kau balik batu-batu ni satu persatu jangan berhenti."
"Baling batu je?"tanya Kembang.
"Ya, kau baling kuat-kuat tapi jangan biar diri kau mereka nampak."
"Habis tak kenalah batu itu ke atas mereka,"balas Kembang balik.
"Aku cuma nak mengalihkan perhatian sahaja. Kau baling batu, aku akan cuba menyelamatkan Syahida dan Pak Syeikh. Kau tak payah risau. Shu jiangjun dan Pipit akan bersedia untuk bertindak ok?"terang Sara.
"Kembang faham. Kita kutip batu-batu ini sekarang," kata Kembang mengutip batu batu sungai dan letakkan di dalam baldi kecil. Kembang berlari-lari anak tapi masih tidak berderap langkah mendaki bukit kecil itu. Sara pula merapati penjahat yang memegang Syahida dan Pak Syeikh. Dia menyorok di belakang kereta kuda yang berhampiran. Dia melihat dua kuali besi berada di dalam kereta itu dan mengambilnya.
Kembang melakukan tugasnya membaling batu satu-persatu. Itu mengejutkan ketua penjahat di situ.
"Keluar kau dari situ!"arah Ketua penjahat dalam bahasa Cina sambil mendongak ke bukit.
"Memang taklah bodoh,"kata Sara perlahan.
"Kau tak keluar aku bunuh mereka ini,"jerit ketua penjahat itu tadi. Tanpa ada suara atau reaksi, ketua itu mengarahkan dua orang untuk pergi menyiasat.
Sara keluar dari tempat persembunyian dengan dua periuk besi leper di kedua tangannya. Tiada siapa yang menyangka dia berada di belakang penjahat yang memegang Syahida dan Pak Syeikh. "Ketonk!" Sekali pukul di kepala penjahat-penjahat itu pengsan dan Sara menarik Syahida dan Pak Syeikh. Tun Daim, Shu Wu Ji, Pipit dan Shu Wu Hen bergerak pantas menyerang balas penjahat-penjahat berbaju hitam itu.
"Pak Syeikh, Syahida pergi menyorok di belakang,"arah Sara.
"Cempaka?'tanya Syahida.
"Ei...mestilah tolong orang kita. Tengah seronok ni. Dah, pergi menyorok,"arah Sara.
"Shuang er!" Panggil Shu Wu Ji apabila ada seorang penjahat meluru kepada Sara. Tanpa berlengah Sara menolak Syahida ke tepi.
"Syahida pergi!"jeritnya. Penjahat itu melibas pedangnya tetapi Sara menahan dengan periuk leper yang dipegangnya. Dia mengilas pedang itu sekuat hatinya dan menghentak kepala dan bahu yang menyerangnya dengan periuk itu. "Sorry...sapa suruh kau buat jahat kan?"katanya spontan.
"Cik muda!"Pipit berlari ke arahnya untuk melindunginya.
"Kau ok?"tanya Sara. Pipit mengangguk sambil bersedia dengan pedang yang dihadiahkan oleh Sara. "Jaga!"Sara memberi amaran apabila ada anak panah yang terbang ke arah Pipit. Sara menahan dengan periuk itu dan Pipit dapat diselamatkan cuma periuk itu berlubang dek anak panah itu. ""Fuyoo, anak panah jenis apa ni boleh tembus besi," omel Sara.
"Cempaka!" Jerit Pipit menolak Sara ke tepi apabila mendapat serangan balas di kanan Sara. Sara tertolak dan Pipit berlawan pedang dengan penjahat itu. Wu Hen berlari ke arahnya dan membantu Sara berdiri.
"Shuang er,"panggil Wu Hen.
"Wo mei shi!(aku tak apa-apa),"jawab Sara.
"Wu ji arahkan aku membawa kau ke tempat lebih selamat dengan Pak Syeikh,"kata Wu Hen. Sara mengangguk dan berlari ke tempat Syahida bersembunyi dengan Pak Syeikh. Dia menoleh dan melihat Tun Daim bersungguh-sungguh melawan musuh. 'Daim stay safe,'katanya dalam hati. 'Mungkin kita takkan berdua tapi kau tetap seperti keluarga Cempaka,'desis hatinya lagi. Tun Daim yang perasan akan pandangan Sara memberi isyarat supaya terus pergi.
"Cempaka,ayuh!" Kata Pipit yang berlari ke arahnya. "Kembang?"
"Ada atas bukit. Kau pergi bawa dia ke sini,"arah Sara. Suasana masih lagi kacau bilau dengan tentera-tentera imperial melawan musuh. Pipit tanpa berlengah berlari mencari Kembang.
Sara berlari bersama Pak Syeikh dan Syahida ke arah sungai. Wu Hen yang bersama mereka mencari tempat yang boleh membawa mereka jauh dari tempat pertempuran itu.
"Rakit!"tunjuk Wu Hen. Dia pergi mendapatkan pemilik rakit itu. Setelah membuat perjanjian dia mendapatkan Sara. "Ayuh, Pak Syeikh tidak boleh berada di sini." Sara membantu Syahida dan Pak Syeikh menaiki rakit sederhana besar itu. "Ayuh, Shuang er," kata Wu Hen menghulurkan tangannya.
"No, Pipit dan Kembang tak sampai lagi. Aku takkan tinggalkan mereka."
"Shuang er. Keadaan sangat merbahaya ni,"tegas Wu Hen. Sara menggenggam tangan Wu Hen.
"Take Pak Syeikh and Syahida to safety."
"Sara!"jerit Wu Hen. Sara tersenyum.
"I can't! I know you're worried about me. I need to go back,"kata Sara cuba melepaskan genggaman Wu Hen. Wu Hen mengetatkan genggamannya. "Ini perintah maharaja. You will be doing something big here. Selamatkan Pak Syeikh,"pujuk Sara. "Go!" Wu Hen melepaskan tangan Sara.
"Don't get hurt," kata Wu Hen.
"Jaga Pak Syeikh dan Syahida for me,"jawab Sara. Wu Hen mengangguk tanda faham dan mengisyaratkan pemilik rakit itu untuk berlepas. Sara menunggu sehingga rakit itu berada jauh dari situ. Dia berlari ke tempat tadi.
Shu Wu ji diserang kiri dan kanannya. Dia terjatuh dan penyerang dari kanan cuba menusuk pedang ke tubuhnya. Tetapi Sara dapat menikam penyerang itu dari belakang. Kerana terkejut kawannya ditikam penyerang kiri tergamam dan Shu Wu Ji menikam perut penyerang itu.
"Kau tak patut berada di sini,"jerit Shu Wu Ji.
"Bu ke qi!(sama-sama)!! Cakap terima kasih tak boleh?" Jawab Sara. Shu Wu Ji merentap tangan Sara.
"Ingat ini permainan?"tanya Shu Wu Ji matanya bersinar-sinar kemarahan.
"Ada orang mati ini permainan ke?"tanya Sara kembali. Dia menarik tangannya dari pegangan Shu Wu Ji dan berlari ke arah Tun Daim. Shu Wu Ji memgusap rambutnya.
"Cempaka!"panggil Tun Daim. "Dinda hilang akalkah? Ini merbahaya!" Jerit Tun Daim. Sara terpempan kerana dimarahi oleh dua orang lelaki berturut-turut. Ada yang cuba menikam Tun Daim. Sara menarik Tun Daim ke tepi dan menahan libasan pedang itu dengan pedangnya. Tanpa sesaat berlengah dia menikam peha penjahat itu. Dalam beberapa minit serangan dapat dipatahkan.
"Dinda! Bukankah kanda suruh pergi?!"tegas Tun Daim.
"Oh...isi borang boleh. Kanda orang ketiga memarahi dinda hanya kerana dinda menyelamatkan mereka!" Balas Sara dengan nada tinggi. Tun Daim menghela nafas panjang.
"Maafkan kanda. Kanda tak bermaksud nak memarahi dinda. Kanda cuma tak mahu dinda mendapat kecelakaan,"terang Tun Daim begitu lembut nadanya. Sara hanya memerhatikan sahaja jejaka di hadapannya. 'penat betullah nak bercakap dengan manusia sejarah ini.Ayat kalau tak berbunga tak sah,'desis hatinya.