49

442 44 0
                                    

Shu Wu Ji berjalan ke arah rumah sakit sambil terkumat kamit mulutnya. "Aku tak ada perasaan?"tanya dia kepada dirinya sendiri. "Dia ingat dia siapa? Dia ingat semua orang macam dia? Buat kerja tidak pernah merancang tidak pernah berfikir tentang keselamatan, tak pernah nak dengar arahan?!"bentak dia sendiri. "Dahlah degil," tambahnya. Dia menghelakan nafas panjang. Belum pernah wanita yang mencabar kesabarannya seperti ini. Isteri dan gundiknya tidak pernah memberikan masalah kepada dirinya. Itulah ciri-ciri wanita sejati. Dia membandingkan Sara dan wanita-wanita dalam hidupnya.

Sara menggeliat dan menguap. Tubuhnya terasa begitu keletihan.

"Mari Cempaka, Kembang dah siapkan air mandi,"jemput Kembang.

"Alhamdulillah. Letih sangat Cempaka rasakan ketika ini. Kembang tolong Cempaka mandi,"pinta Sara yang berdiri dan melangkah lemah ke dalam rumah mandi.

"Mei wenti Zheng kunyang (tiada masalah Cik Zheng),"balas Kembang ceria. Sara ketawa mendengarkan kata-kata itu. Sara tidak berbicara apa-apa kerana apa yang dirasakan hanyalah keletihan.

"Kembang panggilkan Pipit "arah Sara selesai berpakaian tidur.  Kembang berlari mendapatkan Pipit di hujung bilik.

"Cempaka, Pipit dah sampai,"panggil Kembang. Sara keluar dari rumah mandi itu tersenyum.

"Pipit, aku mengantuk malas nak jalan,"akui Sara. Kembang dan Pipit berpandangan.

"Marilah, Pipit hantarkan," kata Pipit seraya membongkokkan diri. Sara naik ke atas belakang Pipit.  Pipit bangun dan berjalan ke bilik penginapan Sara. Shu Wu Ji yang baru sahaja memasuki kawasan rumah penginapan itu melihat Pipit mendukung Sara di belakangnya. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. 'Terlalu manja!'tegurnya di dalam hati.

"Pipit,nyanyikan satu lagu,"pinta Sara.

"Nak lagu apa Cempaka?"tanya Pipit yang tenang melangkah.

"Tian mi mi,"jawab Sara yang sudahpun memejamkan matanya.  Pipit mengalunkan lagu itu perlahan-lahan. Sara juga yang mengajarnya lagu itu.

Kembang yang berjalan seiringan tersenyum kerana untuk seorang yang gagah seperti Pipit lunak juga suaranya.

Kembang membuka pintu bilik dan mereka membawa Sara masuk. Sara sudahpun terlelap tidak sedar bila mereka sampai ke bilik.

Di tepi katil hospital itu Salina mengusap lembut rambut Sara. Dia kemengantukan selepas menelan dua biji ubat tidur. Dia menongkat kepala dan terus tertidur.

"Sara,"panggil ibunya. Kedengaran suara itu sangat dekat di telinga.

"Mak,"sahut Sara. Dari segalanya kegelapan segalanya menjadi cerah perlahan-lahan. Sara berdepan dengan ibunya. Dia berlari memeluk ibunya erat. Hanya airmata turun di antara mereka.

"Sara rindu mak, mamatok. Sara nak balik mak,"kata Sara dalam esakannya. Salina mengurut belakang Sara dengan penuh kasih sayang.

"Mak percaya Sara pasti akan balik. Rantai Sara bergetar setiap hari. Jangan hilangkan rantai tu Sara. Hanya dengan rantai itu Sara boleh kembali," beritahu Salina.

"Semua susah di sini. Nyawa pun murah harganya. Setiap hari ada saja yang dibunuh dan membunuh. Sara rimas,mak,"Sara mengadu. Salina melepaskan pelukannya. Mereka duduk di atas bangku kayu dan memerhatikan pelangi 9 warna di hadapan mereka.

"Kenapa Sara? Sara diserang?"tanya Salina. Sara mengangguk. Salina berpaling menatap wajah Sara."Sara ok tak ni?"

"Kalau tak okey masakan boleh bertemu di persimpangan masa ini mak,"jawab Sara. Salina menghela nafas lega.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now