9

775 64 1
                                    

Usai makan tengahari, mereka berada di situ. Tun Daim meminta Syahida mengikutnya ke satu sudut taman.

"Dinda, kekanda ingin katakan sesuatu,"kata Tun Daim.

"Mesti hendak meluahkan rasa rindu yang tidak kunjung padam,"komen Sara berdrama. Tun Ishak ketawa.

"Adinda ni macam-macam,"kata Tun Ishak ketawa.

"Apa yang kanda ingin katakan?"tanya Syahida. Lama Tun Daim mencari kata-kata.

"Adinda lupakanlah kekanda,"ucap Tun Daim.

"Kanda..apa salah adinda?"soal Syahida terkejut.

"Tak lama lagi kanda akan bernikah dengan Cempaka. Tidak adil bagi dinda terus menanti," ucap Tun Daim.

"Bukankah kanda berjanji untuk tidak meneruskan pernikahan ini? Cempaka merelakan hubungan kita sebab itu dia memanggil dinda ke sini,"balas Syahida airmata sudah bergenang. Sara merasa tidak sedap hati melihat wajah Syahida. Dia ingin pergi kepada mereka tetapi ditahan oleh Tun Ishak.

"Abang,"kata Sara cuba membantah.

"Jangan masuk campur adinda. Duduk di sini temankan abang,"arahan itu kedengaran sebagai permintaan oleh Sara. Dia menurut sahaja walaupun tanpa rela.

"Abang...Syahida menangis tu,"kata Sara. Tun Ishak memegang tangannya.

"Daim mengucapkan salam perpisahan kepada Syahida,"balas Tun Ishak.

"Abang tahu perkara ini?"tanya Sara. Tun Ishak mengangguk. "Daim ada memberitahu abang pagi tadi. Dia memilih untuk memutuskan hubungan dengan Syahida,"terang Tun Ishak.

"Tapi mengapa? Syahida itu gadis sempurna. Lebih baik dari Cempaka,"ucap Sara.

"Kalau Cempaka masih tidak nampak abang tak tahu nak terangkan bagaimana lagi,"kata Tun Ishak.

"Nampak apa?"tanya Sara.

"Sejak semalam, selepas kita balik bersiar-siar, hati Daim berubah. Bukan Syahida lagi memegang hatinya tapi dinda,"terang Tun Ishak. Sara ketawa. Tun Ishak merasa hairan.

"Dia yang beritahu abang semua ni?"tanya Sara lagi masih ketawa. Tun Ishak mengangguk. "Lelaki senang sungguh berubah hati,"sambung Sara. "Tapi abang rugi tu. Syahida tu lebih cantik,lebih lembut lebih baiklah dari dinda. Pelik kalau Tun Daim mengambil keputusan begitu,"kata Sara. Biarpun dia nampak ceria,kepalanya sarat mencari jalan agar Tun Daim akan terus dengan Syahida. "Sekejap ya bang. Cempaka nak bercakap sekejap dengan Tun Daim,"kata Sara terus berlari ke arah Tun Daim.

"Syahida!"panggil Sara.

"Cempaka, tinggalkan kami sekarang,"bentak Tun Daim. Sara menjelirkan lidahnya kepada Daim. Sara menarik Daim jauh dari Syahida yang teresak-esak.

"Kau ni gila ya?"tegur Sara. Wajah Tun Daim kemerah-merahan menahan marah dengan kata-kata itu.

"Kau? Gila dinda panggil kanda?"soal Tun Daim. Jegilan matanya tidak menakutkan Sara.

"Kita akan dinikahkan. Tapi kau- kanda masih boleh memperisterikan Syahida. Cempaka rela dia jadi isteri kedua kanda,"ucap Sara.

"Cempaka!"tengking Tun Daim. "Murah sangat ikatan perkahwinan kita adinda sanggup berkongsi suami dengan orang lain?"bentak Tun Daim. Cempaka memang pelik. Tiada wanita yang sanggup dimadu tetapi Cempaka minta seorang madu. "Apa helah dinda sebenarnya?"soal Tun Daim memegang lengan Sara dengan kuat.

"Lepaskan. Sakit tau tak?"cakap Sara memberi amaran. Tun Daim melepaskan pegangannya. "Selepas kita dinikahkan. Sampai satu ketika adinda akan minta diceraikan. Kalau kanda tidak berkahwin dengan Syahida serentak dengan dinda orang akan menuduh dia sebagai perampas."

"Hah?! Adinda mahu bercerai selepas kita berkahwin? Sekarang ini, adinda yang tidak rela menjadi isteri bukan?"

"Bukankah adinda bukan sebaik Syahida, tidak malu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong? Kanda sendiri yang menyatakan itu kepada dinda,"jawab Sara. Dia pernah meminta seseorang membaca satu nota yang ditulis oleh Cempaka. Perasaan sedih Cempaka apabila Tun Daim memberikan kata-kata nista kepadanya. Itu yang Sara mahu mengajar Tun Daim kerana menyakiti hati Cempaka. Tun Daim terdiam. "Kanda pernah berkata sekiranya adinda bukan anaknya Temenggung, keluarga kanda bahkan khadam kanda takkan menoleh dua kali ke arah dinda?"tambah Sara. Sakit hatinya terbalas kini. Cempaka telah dibela oleh Sara.

"Cempaka, abang..." Tun Daim mula mengerti layanan dingin Cempaka adalah kerana kata-katanya terdahulu.

"Pernikahan kita terpaksa dituruti kerana itu janji orang tua. Tapi tidak semestinya kita mesti merana dengan keputusan itu. Sebab itu adinda mahu kanda bernikah dengan Syahida kerana kanda juga mengakui hanya dia layak bertakhta di hati kanda. Jangan putuskan hubungan dengan Syahida kerana adinda," kata Sara lagi. "Sepertimana hati kanda hanya layak diberikan kepada Syahida, hati Cempaka bukan untuk diberikan kepada sesiapa,"ucap Sara. "Tolong hantarkan Syahida pulang,"kata Sara sambil berlalu. 'Hah hah hah! Padan muka kau Daim. Egois tak tentu hala dapat kat kau balik,' desis hati Sara. Tun Daim termangu di situ.

"Abang, Cempaka masuk dulu. Nak solat. Kembang dan Pipit kemaskan mana yang patut,"Sara memberi arahan. Tun Ishak mengangguk. Dia melihat Tun Daim kebingungan. Syahida menghampiri Tun Daim.

"Mari kanda hantarkan dinda pulang,"kata Tun Daim tiada emosi. Tun Ishak hanya memerhatikan keadaan itu. 'Cempaka juga yang jadi pemenang,'bisik hatinya.

Tun Daim membawa Syahida pulang namun dia membisu sepanjang perjalanan. Hatinya dan fikirannya hanya ada Cempaka. Sesalan demi sesalan hadir. Bukan sekali dia bercakap begitu dengan Cempaka. Malahan sejak waktu yang dipersetujui untuk mereka dinikahkan dia berlaku kejam kepada Cempaka.

"Syahida, sampai di sini hubungan kita. Biarpun Cempaka membenci kanda, akan kanda cuba meminta keampunan sepanjang hidup kanda. Semoga jodoh dinda lebih baik dari kanda,"kata Tun Daim perlahan.

"Hanya kanda di hati dinda,"kata Syahida. Tun Daim tersenyum pahit.

"Hanya Allah dapat membalas keikhlasan dinda terhadap kanda,"kata Tun Daim sambil berlalu. Itu sebabnya Cempaka tidak mempedulikannya. Ternyata dia sudah terlupa yang dia telah menyakiti hati Cempaka. Selama ini, Cempaka tidak pernah membalas apatah lagi menarik muka. Selama ini Cempaka melayannya ibarat berlian. Sejak jatuh dari pokok, perangai Cempaka terus berubah. 'Salah aku juga,'kata hatinya. Dia berjalan pulang dan singgah ke pasar aneka. Dia melihat peniaga Cina tempoh hari.

"Datuk! Ada berminat dengan barang kemas?"tanya peniaga itu ceria. Tun Daim hanya memerhati barangan di hadapannya. "Tengok ini. Cincin jed hijau dengan perak sebentuk. Berikan kepada kekasih hati tentu dia tidak marah lagi,"kata peniaga itu. Tun Daim terkejut.

'Tahu-tahu saja taukeh ini,'kata hatinya. "Berapa?"

"Tak mahal. 10 syiling emas,"katanya mesra.

"Aku cuma ada 5 syiling emas,"jawab Tun Daim.

"Kalau ini untuk gadis cantik semalam baju hijau, wa turunkan harga. 5 syiling emas,"ucap taukeh itu.

"Taukeh ingat itu perempuan?"tanya Tun Daim. Taukeh itu tersenyum.

"Dia sangat cantik. Kalau di tempat saya mungkin maharaja juga mahu jadikan dia permaisuri,"kata Taukeh. Tun Daim menjadi cemburu dengan kata-kata itu. Selama ini kenapa aku tidak pernah melihat Cempaka begitu.

"Nah 5 syiling emas,"kata Tun Daim memberikan duit itu. Taukeh itu memberikan sebentuk cincin itu di dalam kotak baldu.

"Cincin ini istimewa. Lihat di sini,"tunjuk taukeh itu. Kalau jari kecil tekan begini. Kalau tak muat bukanya begini,"terang taukeh itu tadi. Tun Daim meminta diri dan pulang ke rumahnya. Dia memegang kemas bekas cincin itu. Selagi Cempaka tidak memaafkannya, selagi itu keresahan itu bersarang di fikirannya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now